Tertanya-tanya apakah kriteria yang perlu diambilkira dalam pembelian power bank? Berikut adalah tips membeli power bank yang dirasakan amat penting dalam menyelesaikan masalah anda.
Saiz Fizikal Power Bank
Kalau ditanya tentang power bank sudah tentu rata-ratanya mahukan power bank yang kecil molek tapi berkuasa tinggi. Jangan terperanjat jika suatu hari nanti sebuah power bank mampu melakukan jump-start sebuah bateri kereta.
Namun pada hari ini, saiz sebuah power bank sudah dikira sesuai dengan kemahuan pengguna. Bersaiz sekitar saiz sebenar sebuah handphone membolehkan kedua-duanya dibawa ke mana-mana saja. Yang untung ialah kaum wanita kerana mereka memiliki handbag. Yang leceh ialah kaum lelaki yang terpaksa membawa handbag pula. Dalam handbag lelaki penuh dengan segala macam gajet. Ehmmm…
Kapasiti Bateri
Siapa yang mahu guna power bank yang nampak cantik, kemas dan bergaya namun mempunyai kapasiti bateri yang rendah. Lebih teruk jika masa mengecas sebuah telefon mengambil masa yang lama. Baik tak payah cas jika dekat setengah hari menunggu bateri handphone jadi penuh.
Bilangan Port USD
Kebanyak pengguna membawa paling kurang 2 jenis gajet. Satu ialah handphone dan satu lagi tablet. Ini bukan tablet yang diambil di farmasi ye. Oleh itu 2 port USB diperlukan untuk menampung kemahuan pengguna menggunakan telefon dan tablet secara optimum. Zaman ini mana ada lagi pengguna yang sanggup berenggang dengan 2 jenis gajet tersebut.
Kuasa Yang Keluar Dari Dari Power Bank
Jika ada 2 port USB bermakna USB tersebut mengeluarkan 2 tahap kuasa, selalunya 1A atau 2.1A. Lebih tinggi Amps, lebih pantaslah masa mengecas sesebuah telefon pintar.
Casing dan Material
Jika selalu menggunakan power bank untuk tujuan aktiviti berat seperti berkhemah, berkelah, memanjat bukit dan sebagainya, eloklah membeli power bank yang mempunyai casing yang tidak mudah pecah seperti aluminium.
Jaminan Kerosakan Power Bank
Belilah power bank yang mempunyai jaminan dari pihak penjual sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh beli. Kebiasaannya jika selepas 10 kali cas penuh dilakukan dan tiada apa-apa masalah, bermakna power bank tersebut dalam keadaan baik.
Lampu Suluh Power Bank
Memandangkan handphone dan power bank sentiasa berada dengan pengguna, adalah wajar jika anda mendapatkan power bank yang mempunyai lampu suluh. Jika terputus bekalan elektrik di rumah atau kereta meragam di tengah malam di persekitaran jalanraya yang gelap, setidak-tidaknya ada lampu suluh ditangan.
Diharap tips membeli power bank yang dinyatakan di atas, mampu memberikan sedikit idea kepada anda dalam urusan memilih power bank yang baik.