Apa Itu Wireless Mesh?

mesh topology concept

Wireless Mesh menguntungkan kita? Sebelum itu ketahui tentang Apa Itu Wireless Mesh sebelum duit anda melayang membeli sesuatu yang tidak perlu.

Wireless Mesh atau Rangkaian Mesh Tanpa-wayar merupakan satu bentuk rangkaian yang berkait antara satu nod ke satu nod yang lain secara berselirat. Setiap satu nod berhubung dengan setiap nod yang lain dan begitulah juga hubungan nod yang lain terhadap jiran mereka. Sila rujuk gambarajah dibawah untuk menerangkan maksud di atas.

Mesh Network Topology

Topology Mesh

Berbanding kaedah Conventional Network Topology, setiap satu nod hanya dihubungkan ke satu nod utama. Gambarajah dibawah menjelaskan perkara ini.

Conventional Network Topology

Topology Rangkaian Konvensional

Apakah Kelebihan Wireless Mesh Network?

Jelas sekali kaedah Mesh lebih baik kerana jika salah satu nod gagal berfungsi, nod yang lain masih dapat berhubung dengan nod yang selebihnya.

Sejarah Awal Mesh Network

Pada peringkat permulaan technology ini dibangunkan untuk tujuan ketenteraan di mana jika satu nod rosak, maklumat masih dapat disalurkan hingga titik destinasi melalui jaringan nod yang lain.

Penggunaan Kaedah Mesh Di Rumah

Kaedah Mesh mula diperkenalkan di kediaman bagi mengatasi kelemaham signal Wifi broadband. Umum mengetahui setiap kediaman mengalami masalah dead zone atau zon mati iaitu terdapat kawasan-kawasan tertentu didalam rumah yang kurang mendapat signal Wifi atau langsung tidak menerima signal Wifi. Ini disebabkan faktor kepingan dinding yang mengurangkan kekuatan signal Wifi dari Router.

Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa Wifi Extender dipasang di lokasi-lokasi strategik di dalam rumah untuk menguatkan signal Wifi. Memang benar masalah dapat diatasi tetapi pengguna tidak digalakkan bergerak meninggalkan tempat yang diliputi oleh Wifi Extender ketika melayari video kerana sejurus selepas bergerak, signal kembali lemah kerana semakin pengguna menjauhi Wifi Extender tersebut, semakin lemahlah kekuatan signal Wifi. Untuk kembali menguatkan signal Wifi, pengguna perlu memilih Wifi Extender yang lain yang berhampiran dengan mereka. Senario ini membuatkan pengguna rasa bosan ketika melayari internet kerana sering terputus sambungan ke internet. Perkara ini perlu diulang-ulang apabila pengguna bergerak ke kawasan dead zone.

Adakah anda perasan bahawa setiap Wifi Extender mempunyai nama yang berbeza? Pengguna tidak boleh memberikan nama yang sama pada setiap Wifi Extender. Apabila signal Wifi semakin lemah, peranti yang digunakan oleh pengguna samada telefon pintar, laptop atau pun tablet tidak direka untuk bijak menukar haluan ke Wifi Extender yang paling hampir dengannya. Jika dilihat pada tetapan Wifi di peranti yang digunakan oleh pengguna, ianya masih “melekat” pada salah satu Wifi Extender yang berkemungkinan amat jauh dari peranti tersebut.

Jadi Apakah Itu Wireless Mesh?

Dengan kemunculan teknologi Mesh, masalah di atas berjaya dilenyapkan kerana Mesh Wifi menggunakan nama yang sama atau dikenali sebagai SSID. Apabila pengguna bergerak ke lokasi yang lain didalam kediaman mereka, nod Mesh Wifi yang semakin jauh seolah-olah berkomunikasi dengan Mesh Wifi yang paling hampir dengan pengguna untuk menyambung tugas mereka. Kerjasama yang erat diantara nod Mesh Wifi membuatkan pengguna dapat menggunakan gajet secara berterusan. Logiknya disini ialah setiap nod Mesh menggunakan nama pengenalan yang sama atau pun disebut sebagai SSID (Service Set Identifier). Apabila satu SSID yang sama digunakan oleh semua alat Mesh Wifi, gabungan ini membentuk satu jaringan yang sama tanpa perlu menukar sambungan ke alat Mesh Wifi yang lain ketika pengguna mula bergerak menjauhi alat tersebut di sesebuah penjuru kediaman.

Kesimpulan, Mesh Wifi merupakan penyelesaian terbaik ketika ini bagi mengatasi masalah dead zone didalam kediaman pengguna. Pengguna dapat menggunakan internet secara berterusan tanpa terputus di setiap penjuru rumah. Namun ianya juga bergantung kepada bilangan Mesh Wifi yang dipasang disesebuah kediaman. Pengguna perlu mencuba meletakan alat Mesh Wifi di lokasi-lokasi dead zone dan pastikan setiap inci rumah dapat diliputi oleh signal Wifi. Sudah tentu lebih banyak Mesh Wifi lebih baik tetapi pengguna perlu bijak melihat faktor yang menyebabkan signal menjadi lemah. Masukkan dalam perkiraan saiz rumah, berapa aras yang ada di kediaman, jumlah bilik dan sebagainya. Untuk permulaan 2 unit Mesh Wifi diperlukan untuk rumah 2 tingkat. Pengguna boleh menambah unit yang lain sekiranya masih terdapat dead zone di kediaman mereka.

Semoga informasi ini bermanfaat.

1 Comment

  1. Pingback: Apa Itu Mesh Wifi Unifi? - Rentas Minda

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.