Apakah Itu TAC (Transaction Authorisation Code)?

maybank2u login skrin

Mengapakah setiap transaksi yang anda lakukan di laman Web perbankan online memerlukan Transaction Authorisation Code atau ringkasnya TAC? Anda mungkin tidak menyedari kepentingannya tetapi hakikatnya TAC tersebut amat penting sekali.

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang dipetik di laman Web Maybank2u.

Mengapa saya perlukan TAC?

TAC diwajibkan untuk beberapa transaksi kerana ia merupakan ciri-ciri tambahan keselamatan untuk melindungi akaun anda dari diterjah masuk oleh pihak-pihak yang tertentu.

transaction authorisation code (TAC)
Transaction Authorisation Code (TAC)

Adakah TAC ini sama seperti nombor PIN perbankan online?

Tidak, ia tidak sama. PIN perbankan online diberikan oleh bank di cawangan di mana anda memohon Maybank2u. TAC tidak digunakan untuk login masuk ke akaun perbankan online anda. Ianya digunakan untuk melakukan transaksi-transaksi tertentu didalam perbankan online anda.

Berapa lamakah jangka hayat TAC?

Jangka hayat TAC hanya lah ketika mana anda masih dalam jangkamasa login Maybank2u. Setelah anda keluar dari Maybank2u, hayat TAC pun berakhir.

Di mana saya boleh memohon TAC? Di cawangan bank?

Tidak boleh memohon dari kaunter Bank. Ia hanya boleh dipohon ketika anda melakukan transaksi-transaksi tertentu di dalam sistem Maybank2u. Transaksi tersebut akan memaksa anda memohon TAC, dan sistem akan menghantar kod TAC ke nombor telefon anda.

Jika saya di luar negara, bolehkah saya memohon TAC?

Boleh. Pastikan nombor telefon anda didaftarkan ke akaun anda melalui mesin ATM sebelum anda berlepas ke luar negara dan pastikan anda membawa telefon anda dan telefon anda boleh digunakan di luar negara. Anda perlu berurusan dengan syarikat telefon untuk membuka talian anda bagi kemudahan perantauan antarabangsa.

Perlukah saya memohon TAC untuk setiap transaksi?

Ya, satu (1) TAC untuk setiap transaksi yang tertentu.

Saya secara tidak sengaja ter’klik’ 2 kali. TAC yang mana perlu saya gunakan?

Anda mesti gunakan TAC yang terkini yang dihantar ke peti SMS anda.

Saya ter’delete’ SMS yang mengandungi TAC. Bagaimanakah caranya untuk saya teruskan transaksi Maybank2u?

Mohon sekali lagi dan gunakan TAC yang terkini.

Bolehkah saya mendaftar/menukar nombor telefon di Maybank2u?

Tidak boleh. Prosidurnya hanya melalui mesin ATM.

Adakah bayaran dikenakan kepada saya untuk perkhidmatan TAC ini?

Tiada bayaran yang dikenakan buat masa ini.

Berapa lama untuk saya menerima TAC?

Ianya bergantung kepada keadaan trafik SMS di pihak penyedia perkhidmatan telefon yang anda langgani.

Saya dah masukkan TAC tapi dapat mesej kesalahan dari Maybank2u. Apa perlu saya buat?

Ada beberapa sebab :

  • Salah TAC atau dah tamat jangka hayat.
  • Lebih dari 3 kali cubaan.
  • Mesti memohon semula TAC kerana login anda ke Maybank2u sebelum ini telah dihalang oleh sistem. Dalam kata lain, TAC mesti dipohon dalam sesi yang sama.

Ada masalah ke jika saya masukkan TAC yang salah?

Anda diberikan 3 kali cubaan. Anda akan menghadapi masalah sekiranya gagal dalam percubaan yang ketiga di mana sesi Maybank2u anda akan ditamatkan oleh sistem dan anda tidak boleh lagi memasuki Maybank2u. Ini adalah merupakan salah satu dari ciri-ciri keselamatan bagi memastikan transaksi benar-benar dilakukan oleh pemilik akaun yang sah. Anda dikehendaki menghubungi Customer Care hotline di 1-300-88-6688 atau +603-7844 3696 (sekiranya anda berada di luar negara) untuk bantuan mengembalikan kebenaran mengakses semula Maybank2u anda.

Baca artikel dalam blog ini berkenaan penipuan online banking.

Apa yang perlu saya buat jika saya mengesyaki ada kegiatan tidak sah terhadap akaun saya?

Jangan panik, sila hubungi Customer Care hotline di 1-300-88-6688 atau 03-58914744 seberapa segera untuk membolehkan pihak bank menghalang sebarang transaksi ke atas akaun anda dan menghalang capaian terhadap akaun Maybank2u anda.

Bagaimana saya tahu yang saya menerima SMS dari pihak Maybank2?

Semua TAC akan dihantar ke peti SMS anda dari shortcode dan longcode berikut :

  • Maxis : 66628 / 39628
  • Celcom : 66628 / 39628
  • DiGi : 66628
  • U Mobile : +31 XXXXX
  • 31 XXXXX
  • 60172020993
  • 60133698082
  • 60162017841
  • 60172020993

Ringkasan :

Transaction Authorisation Code merupakan kod penting untuk seseorang melakukan transaksi di dalam sistem Maybank2u. Ia adalah bertujuan untuk mengekang aktiviti-aktiviti perbankan online yang mungkin cuba dilakukan oleh mereka yang bukan merupakan pemilik akaun tersebut. TAC akan dihantar ke peti SMS pemilik akaun Maybank2u melalui nombor-nombor shortcode dan longcode yang tertentu. Sekiranya anda diminta oleh seseorang untuk memberikan nombor TAC yang masuk ke peti SMS anda, sila abaikan permintaan tersebut. Mereka mungkin scammer yang sedang memasuki akaun Maybanku2 anda. Awas akan penipuan online banking yang kerap terjadi ketika ini. Untuk menambah sedikit ilmu tentang bagaimana ianya terjadi sila rujuk artikel Penipuan Maybank2u Online Banking. Sekian.

Rujukan :

2 Comments

  1. Pingback: Cara Transfer Duit Online CIMB - Rentas Minda

  2. Pingback: Cara Guna Secure2u Maybank - Rentas Minda

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.