Terkini Maybank, sebagai sebuah bank terbesar di Malaysia telah mengorak langkah dengan memperkenalkan satu kaedah pengesahan transaksi menggunakan Secure2u. Jika diselidiki dari segi tatacaranya, cara guna Secure2u Maybank tidaklah sesusah mana pun. Ianya amat mudah diikuti kerana objektif utamanya ialah mengetatkan langkah keselamatan disamping memudahkan pelanggan Maybank melakukan transaksi online.
Apa Itu Secure2u Maybank?
Secure2u ialah cara yang lebih selamat dan mudah untuk melakukan transaksi Maybank2u dan MAE anda, menggunakan teknik Pengesahan Selamat (kelulusan sekali klik) dan Secure TAC (nombor TAC 6 digit yang dijana pada applikasi mudah alih). Ciri ini adalah alternatif kepada SMS TAC dan boleh didapati melalui aplikasi Maybank2u MY dan aplikasi MAE.
Apakah Transaksi Yang Menggunakan Secure2u?
Berikut adalah senarai transaksi yang menggunakan kaedah Secure2u :
- Pindahan Akaun Pihak Ketiga Yang Baru
- Pindahan Wang Antara Bank Yang Baru (DuitNow, Pindahan Bank Serta-merta)
- Pindahan Wang Antara Bank Yang Baru (Pindahan Bank GIRO)
- Western Union
- Tabung Haji
- Pembayaran Bil
- Topup Pra-bayar Serta-merta (Terbuka)
- Topup Pra-bayar Serta-merta (Tertutup dengan PIN)
- IDD/STD Card
- Pra-bayar Internet
- One-off Payment
- DuitNow
- JomPAY
- EzyCash
- Uplift Fixed Deposit
- *FPX
- *DPE
* Perkhidmatan yang akan disediakan pada masa akan datang.
Melakukan Transaksi Secure2u Maybank
Dalam coretan artikel kali ini, ia tidak menerangkan cara daftar secure2u Maybank, sebaliknya ia akan lebih menjurus kepada cara penggunaan Secure2u Maybank.
Langkah awal yang perlu anda lakukan ialah memuat-turun Maybank2u MY App melalui platform Google Playstore ataupun di App Store bagi pengguna iPhone. Lakukan proses pendaftaran nombor telefon yang sah dan sistem Maybank2u akan menghantar kod One Time Password (OTP) ke telefon anda sebagai langkah keselamatan yang mengesahkan anda adalah pemilik sebenar nombor telefon yang didaftarkan.
Seterusnya anda boleh keluar dari applikasi Maybank2u MY App sekiranya ingin mencuba melakukan transaksi dari laman web Maybank2u. Jom kita cuba lakukan transaksi supaya anda lebih memahaminya. Masuk ke laman web maybank2u dan lakukan transaksi. Tidak tahu apa transaksi yang perlu dilakukan? Anda boleh menjadi seorang penderma kepada mana-mana badan kebajikan dan berikut ialah cara transfer duit online kepada pihak penerima.
Sejurus anda melakukan klik ke atas button REQUEST, anda akan menerima notifikasi di telefon anda. Apabila anda membuka notifikasi tersebut, applikasi Maybank2u MY App akan terbuka dengan sendirinya dan seterusnya mod komunikasi adalah di antara anda dan Maybank2u MY App tersebut.
Hanya dalam 4 langkah, anda telah berjaya melakukan transaksi pindahan. Sekiranya ia dilakukan di telefon pintar anda, proses akan menjadi lebih ringkas.
Kesimpulan
Jika dilihat dari tatacara pindahan wang tersebut, ianya tidak melalui perkhidmatan SMS yang dahulunya digunakan untuk menghantar kod TAC. Secure2u menggandingkan peranti telefon pintar anda dengan akaun Maybank2u anda, menawarkan tahap keselamatan tambahan kerana semua transaksi yang dilakukan hanya boleh dibenarkan pada peranti berdaftar anda. Ikatan unik Secure2u dengan telefon pintar anda mengurangkan risiko anda terdedah kepada penipuan SMS TAC dan menghapuskan kebergantungan terhadap rangkaian Telco untuk perkhidmatan SMS. Tambahan pula, anda tidak lagi perlu menunggu transaction authorization code yang dihantar melalui SMS ke kotak inbox SMS anda.