Bagaimana Menguji Kepantasan Laman Web

pingdom website speed test

Mempunyai sebuah laman web, lamn blog, mahupun laman forum memerlukan beberapa usaha dibelakang tabir untuk memastikan laman web tersebut dapat dicapai sepantas boleh oleh pelawat. Ramai pengendali blog atau laman web tidak menyedari laman web mereka mengambil masa yang lama untuk dipaparakan di skrin komputer ataupun smartphone. Hal ini perlu dielakkan untuk menjamin merasa bosan menunggu.

Bagaimana Menguji Kepantasan Laman Web

Pengujian bukan bermakna anda mengujinya di Malaysia. Perlu memilih untuk menguji capaian paling jauh ke laman Web anda.

Ada beberapa pilihan tools yang dapat menjalankan urusan pengujian kepantasan laman web. Pingdom Website Test Speed adalah yang tools yang aku gunakan untuk menguji rentashidup.com.

pingdom website speed test

Pertama sekali, masukkan alamat URL sepertimana yang diminta didalam skrin di atas. Setelah itu, klik [START TEST]. Tools berkenaan akan memaparkan hasil keputusan ujian kepantasan website anda.

pingdom speed test summary

Performance grade nampaknya tidak berapa baik untuk blog RentasHidup. Akan diusahakan sehingga mencapai lebih dari 80% untuk diklasifikasikan sebagai blog terbaik dari segi kepantasan paparan blog. Perkara sebegini biasa berlaku untuk sesebuah laman web yang dikira masih berusia setahun jagung.

Dalam ujian di atas, sengaja aku memilih ujian dari Dallas, USA. Ini kerana ada juga pelawat dari sana yang berkunjung ke laman web aku. Akan diusahakan untuk melonjakkan rentashidup.com ke tahap sasaran mata 90. Tapi bila ye untuk aku bertindak. 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.