Kelebihan WiFi 6 Dalam Rangkaian Tanpa Wayar

Kelebihan Teknologi Wi-Fi 6

Pernahkah anda mengalami situasi kelembapan muat-turun video atau imej sewaktu melayari Internet? Apakah jenis router WiFi yang anda gunakan? Anda patut tahu apakah kelebihan WiFi 6 dalam rangkaian tanpa wayar bagi menangani masalah yang anda hadapi.

Teknologi Wi-Fi 6 kini telah banyak digunakan di pejabat mahupun di rumah kerana faktor harga peranti ini masih dikira murah yang boleh didapati secara online. Saya berjaya mendapatkan peranti ini secara pembelian online pada harga tidak sampai RM350. Router TP-Link yang dibekalkan oleh Telekom Malaysia (TM) telah agak ketinggalan kerana saya melanggan Unifi Broadband telah agak lama. Bertahun-tahun lamanya hinggakan dah terlupa bila tahun sebenar saya melanggannya.

Saya ingin bercakap tentang toys terbaru dalam koleksi peranti Internet saya iaitu Tp-link Archer AX73 yang kelihatan begitu gagah memancar isyarat ke seluruh pelosok rumah saya. Best memang best. Tak perlu lagi memasang WiFi extender. Sebelum ini saya menggunakan 2 WiFi extender, itu pun kualiti WiFi masih mengecewakan sekiranya berada jauh dari Router.

Lihat sahaja pada bentuknya seperti di atas, nampak gagah bukan? Dengan 6 sesungut yang dapat membawakan isyarat 2.4GHz dan 5GHz pada setiap masa sememangnya mengujakan bagi mereka yang sedang melayari Internet. Anak-anak saya terus memberikan respon “Wah…kenapa Internet sekarang ni laju je ye?”. Saya pun mula bercerita tentang peranti tersebut kepada mereka. Dengan anak-anak kena terangkan secara jelas seolah-olah mereka faham. Jangan sesekali berselindung jika anda tidak faham, cari maklumat di Internet yang berkaitan dengan kelebihan WiFi 6 dalam rangkaian tanpa wayar agar mereka faham. Tak faham semua pun tak mengapa, mesti ada sedikit yang mereka faham.

Saya kurang bersetuju dengan cara orang lama menerangkan kepada anak mereka kenapa matahari tiada di waktu malam. Jawapan yang diberi … “Oh, malam matahari masuk tidur.” Ini bukan jawapan yang sepatutnya. Cari maklumat dan terangkan perkara yang sebenar mengikut kajian Sains.

Apakah Kelebihan WiFi 6 Dalam Rangkaian Tanpa Wayar?

Teknologi Wi-Fi 6 dibangunkan untuk mempertingkatkan kelajuan, mempertingkatkan keberkesanan dan mengurangkan kesesakan dalam aliran trafik sesebuah rangkaian yang sedang menggunakan Internet pada kadar yang tinggi. Dengan penggunaan teknologi Orthogonal Frequency-Division Multiple Access (OFDMA) yang merupakan teknologi multi-user membolehkan paket-paket data dihantar secara serentak untuk mengelakkan pembaziran masa di Router.

Gambarajah dibawah dapat menerangkan maksud yang di atas dengan lebih jelas.

penghantaran data tanpa OFDMA
Penghantaran Data Tanpa Teknologi OFDMA
penghantaran data dengan OFDMA
Penghantaran Data Dengan Teknologi OFDMA

Kesimpulan

Secara ringkasnya gambarajah di atas menunjukkan tanpa teknologi OFDMA, paket-paket data diangkut ke destinasi secara teratur yang akhirnya secara keseluruhan untuk mengangkut sejumlah data yang besar akan memakan masa yang agak lama sekiranya terdapat banyak pengguna Internet pada satu-satu masa. Peranti di destinasi pula terpaksa menunggu untuk melengkapkan data menjadi satu bentuk maklumat. Manakala dengan teknologi OFDMA, lebih banyak paket-paket data yang akan diangkut secara serentak dan dihantar ke peranti di destinasi. Dengan demikian pembaziran masa di router dan peranti dapat dikurangkan. Sebagai penutup catatan artikel kali ini ialah berkenaan harga router dengan teknologi WiFi 6. Lingkungan harga bermula dari RM350 ke atas dan tunggulah waktu yang sesuai di Shopee atau Lazada untuk memiliki peranti router tersebut. Kebiasaannya ada harga diskaun hebat pada tarikh-tarikh tertentu. Selamat mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.