Kesan Buruk Gajet Terhadap Kanak-kanak

ketagihan gajet

Penggunaan gajet pada ketika ini amat berleluasa sehinggakan bayi yang masih kecil juga terpegun melihat imej-imej bergerak di skrin. Diperingkat umur yang seterusnya pula sekitar 2 hingga 6 tahun, gajet sentiasa ada disisi. Diperingkat sekolah rendah pula, telah ramai yang mempunyai akaun Instagram mahupun Facebook. Seterusnya diperingkat sekolah menengah adalah amat janggal jika golongan ini tidak mempunyai akaun media sosial.

Apakah fenomena ini mendatangkan kebaikan kepada golongan di atas?

Berikut adalah sebahagian dari kesan buruk gajet terhadap kanak-kanak.

Gajet Mengurangkan Masa Komunikasi Di antara Anak dan Ibubapa – Amat ketara sekali apabila anak-anak kecil menghabiskan masa dengan gajet, mereka kurang berbual dengan ibubapa. Ibubapa pula menggunakan gajet sebagai senjata untuk “mendiamkan” mereka agar ibubapa dapat melakukan urusan-urusan lain ketika didalam kereta ataupun didalam rumah.

Photo by Daria Shevtsova from Pexels

Ibubapa seharusnya mengambil peluang keemasan ketika anak-anak masih kecil untuk meluangkan lebih banyak masa berinteraksi dengan anak-anak kerana ini amat penting dalam membentuk perkembangan minda mereka agar kemahiran berkomunikasi dapat dipertingkatkan. Perbualan mengenai topik pengetahuan am atau sains, mampu mengajak mereka berfikir dan secara tidak langsung sesi soal jawab pun bermula.

Gangguan Masa Tidur Dan Rehat – Celik sahaja mata di awal pagi, gajet dicari. Terlalu banyak masa dengan gajet menyebabkan anak-anak leka sehinggakan mereka memaksa diri mereka untuk terus berjaga walaupun sebenarnya mereka telah letih. Jumlah jam rehat atau jumlah jam tidur semakin mengecil apabila terlalu asyik bermain dengan gajet.

Photo by Gianni Orefice from Pexels

Gajet Mengurangkan Keinginan Mencuba Sesuatu Yang Baru – Ramai kanak-kanak yang ketagihan gajet di usia muda mereka kurang berkeinginan mencuba sesuatu yang baru di alam realiti. Mereka tidak gemar berjalan, berlari, bercakap, makan, minum dan sebagainya.

Mengurangkan Rasa Keinginan Melibatkan Diri Dengan Aktiviti Luar Rumah – Mereka yang didalam kategori ini, merasakan permainan online lebih menyeronokkan berbanding permainan realiti seperti bola sepak, bola jaring, badminton dan sebagainya. Tidak mampu menempatkan diri bersosial di medan sukan bersama rakan-rakan sebaya.

Photo by Jessica Lewis from Pexels

Permainan Didalam Gajet Mempengaruhi Sikap – Anak-anak yang ketagihan permainan online atau permainan yang e didalam gajet cenderung meniru watak-watak didalam permainan tersebut. Permainan berunsur keganasan boleh menyebabkan mereka menjadi lebih agresif dari segi perlakuan. Manakala ungkapan-ungkapan kasar didalam permainan tersebut akan terbawa-bawa didalam pertuturan mereka.

sikap buruk anak akibat gajet
Photo by Gianni Orefice from Pexels

Konsentrasi Terhadap Pelajaran Terganggu – Mereka menjadi semakin kurang memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Apa-apa saja yang dibualkan lebih kepada topik mengenai permainan video yang sedang hangat di pasaran.

Merencatkan Perkembangan Fizikal – Setiap kanak-kanak yang ketagihan gajet akan duduk diam di sesuatu tempat dan ini menjejaskan proses pengukuhan otot-otot di setiap anggota badan. Sepatutnya pada peringkat umur sebegitu, mereka aktif berjalan, berlari dan melompat.

Matang Sebelum Waktu – Kanak-kanak yang menggunakan gajet tanpa dikawal oleh ibubapa boleh menyebabkan mereka melayari laman-laman web yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka.

Kesimpulan

Gajet mampu mendatangkan kesan buruk perkembangan diri seseorang kanak-kanak sekiranya ibubapa tidak mampu mengawal penggunaan gajet tersebut. Hadkan masa penggunaan gajet dan disiplinkan mereka untuk menggunakan gajet pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Rujukan :

1 Comment

  1. Pingback: Keburukan Gajet Ke atas Kanak-kanak – Rentas Minda

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.