Apakah Kelebihan Unifi Air?

unifi home internet

Peneraju telekomunikasi di Malaysia, Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) telah melancarkan pelan jalur lebar tanpa wayar yang dikenali sebagai Unifi Air sekitar September 2019. Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah kelebihan Unifi Air.

Apakah Itu Unifi Air?

Unifi Air adalah medium jalur-lebar berkelajuan tinggi bagi capaian Internet tanpa wayar. Umum tentu telah mengenali produk jalur-lebar Unifi sebelum ini yang dipasang di kediaman dan premis perniagaan yang menggantikan teknologi lama sistem komunikasi berkabel. Bezanya produk terbaru ini tidak menggunakan kabel sama sekali.

kelebihan unifi air

Jadi, apakah kelebihan Unifi Air? Ianya merupakan sebuah peranti kecil yang hanya perlu dipasang di soket eletrik. Lebih mengujakan ialah ia tidak terhad di kediaman anda sahaja, ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja selagi mana kawasan tersebut mempunyai liputan Unifi LTE. Dengan demikian, anda tidak perlu risau sekiranya rumah yang akan dikunjungi mempunyai kemudahan Internet atau tidak, bawa peranti tersebut bersama anda dan pasangkan ianya ke soket elektrik rumah tersebut.

Harga Unifi Air

Pada harga yang amat kompetitif bernilai RM79 ianya didatangakan dengan sebuah peranti Wireless Router dan tempoh kontrak ialah selama 24 bulan. Kelajuan Unifi Air mampu mencapai secara puratanya 20Mbps untuk kedua-dua tujuan memuat-turun dan memuat-naik data. Data yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk imej, video, audio, dokumen dan sebagainya. Lakukanlah aktiviti memuat-naik dan memuat-turun tanpa perlu berfikir panjang kerana tiada had langsung (Unlimited Quota). Tidak cukup dengan itu, Wireless Router Unifi Air mampu menampung sehingga 64 sambungan gajet yang ingin mengakses Internet pada tempoh masa yang sama. Anda cuma perlu membayar upfront payment sebanyak RM100 ketika mendaftar dan ianya akan dinyatakan dalam bil pertama anda. Bukankah ke semua tawaran di atas amat berbaloi dengan kadar harga Unifi Air?

Bagaimana Mendaftar Unifi Air?

Anda perlu hadir ke mana-mana cawangan TMPoint untuk melakukan proses pendaftaran. Sudah tentu anda sedikit kecewa kerana tiada opsyen untuk melakukan urusan pendaftaran secara online. Jangan kecewa kerana Telekom Malaysia dalam rangka merealisasikan impian anda pada penghujung Jun 2020.

Informasi Lain Berkaitan Unifi Air

Kad SIM Unifi Air hanya bertujuan untuk perkidmatan data, ianya tidak berfungsi untuk membuat panggilan telefon mahupun SMS dan hanya kad SIM Unifi Air sahaja yang berfungsi dengan perkhidmatan Unifi Air. Selepas 24 bulan harga Unifi Air melalui pakej RM79 masih kekal sama. Ada juga yang bertanya samada ianya boleh digunakan di luar negara. Maaf, ianya hanya untuk perkhidmatan di dalam Malaysia sahaja. Peranti router Unifi Air adalah dari jenama Huawei 4G B618-65 dan mempunyai tempoh jaminan 12 bulan dari tarikh pembelian. Sekiranya anda menamatkan perkhidmatan sebelum tamat tempoh kontrak, terdapat penalti yang dikenakan. Penalti akan digugurkan sekiranya anda mengemukakan bukti yang jelas menunjukkan perkhidmatan rangkaian LTE di kawasan anda sentiasa sesak atau terdapat unsur-unsur penipuan oleh pihak ejen yang mempromosikan perkhidmatan Unifi Air.

Pelan Unifi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat, Syarikat Telekom Malaysia juga menyediakan pelan tambahan percuma kepada para pelanggan Unifi Mobile. Untuk keterangan lebih lanjut mengenainya, anda boleh mengikutinya di artikel Pelan Unifi Semasa PKP.

Bagaimana Cara Membayar Bil Unifi?

Sesuai dengan perkembangan teknologi bayaran secara online, TM menyediakan kemudahan pembayaran melalui kaedah berikut :

  • myunifi menerusi mobile app
  • SMS link yang anda terima mengenai peringatan bil bulanan
  • JomPAY menerusi perbankan online
  • e-Wallet (Boost App, Touch ‘n Go App, Shopee)

Selain itu pelanggan juga boleh melakukan pembayaran di kaunter-kaunter berikut :

  • TM Authorized Dealer (TAD)
  • POS Malaysia
  • Agrobank
  • Ejen Bank Berdaftar BSN (EBB)
  • Epay
  • ONEPAY (M1)
  • 7-Eleven
  • 99 Speedmart
  • KK Mart
  • myNEWS
  • TMpoint
  • PayQuick
  • JomPAY melalui ATM

Kesimpulan :

Terlerai sudah sedikit-sebanyak mengenai apakah kelebihan Unifi Air dan mengapa produk ini masih lagi dalam kriteria yang popular. Pada harga serendah RM79 sebulan dengan tawaran percuma Wifi Router diikuti dengan gabungan ciri-ciri penggunaan data tanpa had, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendapatkan pakej ini.

11 Comments

  1. Mie

    Saya berminat dan ingin mendaftar..adakah perlu check liputan di kawasan tempat tinggal saya dahulu

    Reply
    1. Admin (Post author)

      Ye kena check dulu. Dptkan pandangan org yg telah guna di kawasan anda.

      Reply
  2. Che Daud

    Berapakah pinalti dikenakan sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan sebelum kontrak tamat

    Reply
    1. Admin (Post author)

      penalti dikira atas baki jumlah langganan bulanan.

      Reply
  3. MOHAMAD MASRIZAN BIN MUS

    Saya dh apply unifi air dicawangan TM net untuk sim kad sahaja.Tp sampai sekarang tiada signal internet untuk peranti router tersebut.Saya dh cuba mana-mana tempat yg ada rangkaian LTE untuk UNIFI..

    Reply
    1. Admin (Post author)

      peranti rosak, bawa ke TM dan uji di sana

      Reply
  4. Pingback: Perbandingan Jalur-lebar Unifi - Rentas Minda

  5. mohd azuan

    assalamualaikum…sy ada guna unifi air tampa kontrak tp kwsan sy di luar liputan…jd lansung tak blh pakai la…jd haruskah sy bayar bulanan atau biarkan saja tampa membayar…tampa kontrak

    Reply
    1. Admin (Post author)

      Waalaikumussalam, tamatkan servis unifi air tu tuan. Tanpa kontrak tak bermakna tuan tidak terhutang dengan TM. nanti kalau tuan tak bayar surat tuntutan bayaran tertunggak akan dihantar kepada tuan.

      Reply
  6. eida

    hye admin..boleh tau jika bayar di jompay..unifi air dalam kategori code 8888 @ 3608 ya?sejak unifi update sistem..nak byar guna apps memang susah..tq admin

    Reply
    1. Admin (Post author)

      biller code unifi 8888

      Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.