Pelan Unifi Semasa PKP 1.0

unifi plan pkp rm59

Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh kerajaan, beberapa pakej khas telah diwujudkan dan salah satunya ialah pemberian data Internet percuma sebanyak 1GB sehari dari syarikat telekomunikasi yang tertentu. Walaupun Telekom tiada dalam senarai tersebut, bukanlah bermakna mereka tidak mengambil bahagian. Syarikat Telekom Malaysai Berhad melalui produknya mobile@Unifi menawarkan hotspot percuma LTE 999 Gb bagi pelan mudah alih tanpa had unifi. Ini satu angka yang cukup besar bagi tujuan akses ke Internet melalui kaedah hotspot. Bagi pelan prabayar mudah alih pula akses tanpa had selama 7 hari diberikan oleh Telekom Malaysia. Jelas sekali pelan Unifi semasa PKP ini amat membantu rakyat Malaysia melakukan tugas-tugas pejabat yang berpusat di rumah. Ini dapat membantu golongan yang tidak mempunyai kemudahan Unifi Broadband di mana pemasangannya akan mengambil sedikit masa kerana perkhidmatannya yang menggunakan kabel. Kontraktor Telekom perlu hadir ke rumah pelanggan Unifi Broadband untuk kerja-kerja pengkabelan dan melakukan ketetepan pada Router.

pelan ultimate unifi semasa pkp
Pelan Ultimate Unifi Semasa PKP

Unifi Tawar Sokongan Pelanggan Di Rumah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 7:15 AM

UNIFI akan terus menawarkan sokongan bagi kemudahan pelanggan di rumah susulan pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Pakej itu termasuk pas hotspot percuma LTE 999 GB bagi pelan mudah alih tanpa had unifi, pas data LTE tanpa had selama tujuh hari bagi prabayar mudah alih #BEBAS dan akses percuma semua saluran televisyen unifi termasuk saluran premium dan potongan 20 peratus bagi pembelian khidmat video-on-demand.

Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia Bhd (TM), Anand Vijayan berkata, pihaknya menerusi Unifi terus membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pelbagai penyelesaian.

“Unifi mengenal pasti tiga cabaran utama perniagaan ketika PKP iaitu mengekal kebersambungan, peluang pemasaran terhad dan akses pembiayaan fleksibel,” katanya.

Menurutnya, semua pelanggan PKS Unifi diberi akses percuma terhadap platform bersepadu Penyelesaian Pemasaran Digital (DMS) Unifi.

unifi logo dengan tag pkp
Unifi Logo Dengan Mesej PKP

“Platform ini memberi akses mudah terhadap mekanisma pemasaran digital seperti Instaweb, Google Ads dan Facebook Ads serta mereka dapat menikmati diskaun sehingga 20 peratus apabila membuat langganan,” katanya.

Pelanggan yang berminat boleh melayari www.yellowpages.my bagi maklumat lanjut.

“Selain langkah itu, perniagaan mencari sokongan kewangan juga boleh menghubungi rakan Unifi seperti SME Bank dan RHB Bank.

“Sebagaimana arahan Bank Negara Malaysia (BNM), kedua-dua bank itu boleh mengagihkan dana sehingga RM1 juta dan memberi moratorium atau penangguhan pembayaran balik pembiayaan sehingga enam bulan,” katanya.

Dalam pada itu, pelanggan unifi yang memerlukan bantuan teknikal bagi akaun masing-masing dinasihatkan memanfaatkan saluran perkhidmatan pelanggan digital masing-masing bagi mengelak interaksi fizikal dan mengurangkan risiko jangkitan.

Saluran itu termasuk portal khidmat pelanggan di laman seawang unifi, aplikasi myunifi dan platform media sosial di Facebook @weareunifi dan Twitter @helpmeunifi.

– TAMAT –

Ringkasan Pelan Unifi PKP

Selari dengan inisiatif pihak kerajaan dalam mengurangkan keperitan rakyat sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Syarikat Telekom Malaysia Berhad melalui produknya mobile@Unifi menawarkan hotspot percuma LTE 999 Gb bagi pelan pasca-bayar dan LTE tanpa had selama 7 hari bagi pelan pra-bayar #BEBAS. Di samping itu, pelanggan juga akan diberikan akses percuma ke atas semua saluran televisyen unifi termasuk saluran premium dan 20% diskaun bagi pembelian video-on-demand.

Rujukan

Harian Metro Online : Unifi tawar sokongan pelanggan di rumah

2 Comments

  1. Pingback: Apakah Kelebihan Unifi Air? - Rentas Minda

  2. Pingback: Perbandingan Jalur-lebar Unifi - Rentas Minda

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.