Perbandingan Jalur-lebar Unifi

unifi 30 day free broadband

Ramai yang teragak-agak pelan jalur-lebar Unifi yang manakah sesuai untuk kegunaan mereka. Kurangnya pemahaman mengenai ciri-ciri jalur-lebar memungkinkan mereke memilih pelan jalur-lebar yang salah. Perkara ini memang nampak remeh kerana pada dasarnya jika mereka memilih pelan yang mahal sudah tentulah mereka akan menikmati hasil yang terbaik. Tetapi terfikirkah anda jika anda memilih pelan yang mahal sedangkan anda tidak menggunakan pelan tersebut secara optimum, bukankah ianya satu pembaziran?

Secara umumnya sebagai contoh, jika anda membeli sebuah kereta Ferrari untuk berulang-alik ke tempat kerja, memanglah anda tidak basah ditimpa hujan dan dapat sampai ke tempat kerja dengan selesa. Bagaimana jika anda memandu kereta tempatan Viva? Masih boleh sampai ke pejabat dalam keadaan yang selesa. Ini ditambah pula dengan gaya pemanduan anda yang tidak suka memandu laju. Oleh yang demikian, wajarkah anda membelanjakan sejumlah wang banyak untuk membeli kereta Ferrari untuk ke pejabat sedangkan anda takut memandu laju.

Begitulah juga dengan pelan jalur-lebar di mana ukuran nilai harga banyak terletak pada kelajuan talian Internet yang ditawarkan. Selalulah melihat pada nilai Megabytes per seconds (Mbps) yang membezakan setiap pelan jalur-lebar Unifi. Ukuran kelajuan Mbps ini merujuk tahap kelajuan muat-turun fail-fail imej, audio dan video yang bergantung kepada saiz fail-fail tersebut.

Bagaimanakah Saiz Mempengaruhi Masa Muat-turun?

Sebagai contoh, jika fail imej ialah 3.8Mb dengan kelajuan 300Mbps, tempoh lengkap masa muat turun ialah 3.8Mb / 300Mbps. Secara ringkasnya 300Mbps bermaksud 300Mb dimuat-turun dalam masa 1 saat. Oleh yang demikian untuk memuat-turun 3.8Mb hanya memerlukan 0.013 saat. Laju bukan? Namun, sekali lagi tanya diri anda adakah anda memerlukan kelajuan muat-turun yang selaju itu? Tambahan pula di rumah hanyalah sekadar beberapa orang sahaja yang menggunakan Internet. Sekiranya terdapat 2 orang yang memuat-turun fail yang bersaiz 3.8Mb, maka, secara umumnya tempoh masa muat-turun adalah terlewat sekali ganda iaitu 0.013 x 2 = 0.026 saat. Kelajuan seperti 300Mbs ini lebih sesuai untuk kegunaan pejabat yang menggunakan Internet secara maksimum.

Pelan Jalur-lebar Unifi

Berikut adalah pelan jalur-lebar Unifi yang tersedia untuk kegunaan anda.

pelan broadband unifi
pelan broadband unifi

Ringkasan

Kesimpulanya, pemilihan pakej banyak bergantung kepada kegunaan jalur-lebar yang diperlukan oleh anda. Admin berpendapat pakej yang dikira bersesuaian untuk kegunaan di rumah ialah Pakej 30Mbps Unlimited Data kerana kelajuan 30Mbps itu sendiri sudah dikira memadai untuk anda melayari Internet dan menikmati saluran-saluran khas Unifi Play TV. Harga yang ditawarkan RM89 sebulan boleh dianggap berpatutan jika dibandingkan dengan apa yang diberikan oleh pihak Telekom Malaysia.

Bacaan Lain :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.