Apakah Kelebihan Unifi Air?

unifi home internet

Peneraju telekomunikasi di Malaysia, Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) telah melancarkan pelan jalur lebar tanpa wayar yang dikenali sebagai Unifi Air sekitar September 2019.

Apakah Itu Unifi Air?

Unifi Air adalah medium jalur-lebar berkelajuan tinggi bagi capaian Internet tanpa wayar. Umum tentu telah mengenali produk jalur-lebar Unifi sebelum ini yang dipasang di kediaman dan premis perniagaan yang menggantikan teknologi lama sistem komunikasi berkabel. Bezanya produk terbaru ini tidak menggunakan kabel sama sekali.

pakej unifi air

Jadi, apakah kelebihan Unifi Air? Ianya merupakan sebuah peranti kecil yang hanya perlu dipasang di soket eletrik. Lebih mengujakan ialah ia tidak terhad di kediaman anda sahaja, ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja selagi mana kawasan tersebut mempunyai liputan Unifi LTE. Dengan demikian, anda tidak perlu risau sekiranya rumah yang akan dikunjungi mempunyai kemudahan Internet atau tidak, bawa peranti tersebut bersama anda dan pasangkan ianya ke soket elektrik rumah tersebut.

Harga Unifi Air

Pada harga yang amat kompetitif bernilai RM79 ianya didatangakan dengan sebuah peranti Wireless Router dan tempoh kontrak ialah selama 24 bulan. Kelajuan Unifi Air mampu mencapai secara puratanya 20Mbps untuk kedua-dua tujuan memuat-turun dan memuat-naik data. Data yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk imej, video, audio, dokumen dan sebagainya. Lakukanlah aktiviti memuat-naik dan memuat-turun tanpa perlu berfikir panjang kerana tiada had langsung (Unlimited Quota). Tidak cukup dengan itu, Wireless Router Unifi Air mampu menampung sehingga 64 sambungan gajet yang ingin mengakses Internet pada tempoh masa yang sama. Anda cuma perlu membayar upfront payment sebanyak RM100 ketika mendaftar dan ianya akan dinyatakan dalam bil pertama anda. Bukankah ke semua tawaran di atas amat berbaloi dengan kadar harga Unifi Air?

Bagaimana Mendaftar Unifi Air?

Anda perlu hadir ke mana-mana cawangan TMPoint untuk melakukan proses pendaftaran. Sudah tentu anda sedikit kecewa kerana tiada opsyen untuk melakukan urusan pendaftaran secara online. Jangan kecewa kerana Telekom Malaysia dalam rangka merealisasikan impian anda pada penghujung Jun 2020.

Informasi Lain Berkaitan Unifi Air

Kad SIM Unifi Air hanya bertujuan untuk perkidmatan data, ianya tidak berfungsi untuk membuat panggilan telefon mahupun SMS dan hanya kad SIM Unifi Air sahaja yang berfungsi dengan perkhidmatan Unifi Air. Selepas 24 bulan harga pakej RM79 masih kekal sama. Ada juga yang bertanya samada ianya boleh digunakan di luar negara. Maaf, ianya hanya untuk perkhidmatan di dalam Malaysia sahaja. Peranti router Unifi Air adalah dari jenama Huawei 4G B618-65 dan mempunyai tempoh jaminan 12 bulan dari tarikh pembelian. Sekiranya anda menamatkan perkhidmatan sebelum tamat tempoh kontrak, terdapat penalti yang dikenakan. Penalti akan digugurkan sekiranya anda mengemukakan bukti yang jelas menunjukkan perkhidmatan rangkaian LTE di kawasan anda sentiasa sesak atau terdapat unsur-unsur penipuan oleh pihak ejen yang mempromosikan perkhidmatan Unifi Air.

Pelan Unifi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat, Syarikat Telekom Malaysia juga menyediakan pelan tambahan percuma kepada para pelanggan Unifi Mobile. Untuk keterangan lebih lanjut mengenainya, anda boleh mengikutinya di artikel Pelan Unifi Semasa PKP.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.