Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pakej khas kepada pengguna telekomunikasi khususnya kepada pengguna perkhidmatan telefon bimbit iaitu Internet percuma semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
Pakej ini bernilai RM600 juta bermula dari tarikh 1 April 2020 sehinggalah tempoh PKP berakhir. Lanjutan dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengguna telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis dan UMobile akan mendapat faedah dari pakej khas tersebut sebanyak 1GB secara percuma setiap hari.
Data Internet yang ditawarkan adalah Internet berkelajuan tinggi dan boleh dicapai dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari sehinggalah tempoh PKP berakhir. Apa yang dapat admin gambarkan dengan tersedianya pelan data Internet percuma ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu rakyat yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, mengikuti pelajaran secara online yang dikendalikan oleh pihak sekolah.
Manakala Telekom Malaysia Berhad dan TIME dotcom Berhad akan bertindak membantu dalam penyediaan tambahan kapisiti gentian optik sebagai menyokong pertambahan trafik data oleh pengguna yang kebanyakannya mula bekerja dari rumah.
Petikan dari HMetro Online : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 10:34 PM
INDUSTRI telekomunikasi menawarkan pakej khas kepada semua pengguna termasuk usaha menambah baik rangkaian telekomunikasi yang secara kolektif bernilai RM1 bilion.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerusi satu kenyataan berkata, antara pakej khas yang akan ditawarkan adalah Internet percuma dengan nilai RM600 juta bermula 1 April ini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
Ia dibuat berikutan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.
Antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah semua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom, Digi, Maxis dan UMobile akan menerima Internet berkelajuan tinggi percuma dengan kapasiti 1GB percuma.
Ia boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang bermula 1 April dan dikuatkuasakan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Inisiatif itu juga membabitkan panggilan percuma ke talian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.
SKMM dalam kenyataan itu menyatakan syarikat telekomunikasi turut memberi komitmen untuk melabur RM400 juta sehingga suku kedua tahun ini untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian.
“Pelaburan ini akan meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian untuk tapak kritikal seperti hospital, agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan dan pusat media.
“Dalam masa sama, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubung Negara (NFCP) akan terus dilaksanakan untuk menambah baik kesalinghubungan digital negara terutamanya di kawasan luar bandar.
“Sebanyak RM3 bilion sudah diperuntukkan kerajaan menerusi SKMM seperti diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 1 yang diumumkan 27 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan berkenaan.
Pada masa sama, agensi itu menyatakan bahawa perkhidmatan pos dan kurier komited untuk membantu usahawan menjalankan perniagaan e-dagang selain daripada meneruskan perkhidmatan seperti biasa untuk rakyat Malaysia.
SKMM yakin inisiatif diumumkan dapat meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 di samping membolehkan kesalinghubungan berterusan supaya rakyat dapat melaksanakan tugasan harian lebih efisien.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pakej yang ditawarkan sepanjang tempoh PKP, pengguna digalakkan merujuk atau menghubungi syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing.
– Tamat –
Kesimpulan
Banyak yang telah diusahakan oleh kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat bagi menangani krisis wabak COVID-19 dan krisis ekonomi yang sedang melanda dunia amnya dan Malaysia khasnya. Bantuan kewangan telah diberikan oleh kerajaan dan pihak bank juga melakukan perkara yang sama dengan menangguhkan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan. Manakala sumbangan syarikat-syarikat telekomunikasi memberikan akses Internet percuma semasa PKP ini, sebanyak 1Gb sehari sewajarnya diberikan pujian. Semoga kita semua dapat sama-sama membantu menangani wabak ini dengan tinggal di rumah bagi memutuskan rantaian COVID-19.
Rujukan :
- HMetro Online : 1GB Internet percuma setiap hari sepanjang PKP
Pingback: Pelan Unifi Semasa PKP - Rentas Minda
Pingback: Perbandingan Jalur-lebar Unifi - Rentas Minda