Whatsapp Versi Terbaru 2.19.175

whatsapp version 2.19.175

Populariti Whatsapp sebagai alat komunikasi media sosial memang tidak dapat disangkal lagi. Dari peringkat umur kanak-kanak sehinggalah ke peringkat umur lanjut usia, rata-ratanya mengenali Whatsapp.

Bahkan jika ditinjau applikasi perbualan media sosial yang terdapat dalam telefon bimbit seseorang, boleh dikatakan setiap orang pasti menggunakannya. Antara penyebab mengapa ia begitu popular berbanding yang lain ialah ia menampilkan skrin yang kemas dan applikasi ini amat “ringan” dari segi penggunaan memori sesebuah telefon bimbit.

Ianya amat mudah digunakan kerana susun-atur fungsinya yang mudah untuk dijelajahi oleh para penggunanya. Dalam erti kata lain, seseorang boleh mula menggunakannya sebaik sahaja memuat-turun applikasi tersebut di Google Playstore tanpa perlu merujuk kepada dokumentasi user manual. Tidak perlu juga mengikuti tutorial yang terdapat di Internet samada dalam bentuk video di YouTube mahupun dokumentasi bertulis.

Dari masa ke semasa anda disarankan untuk memuat-turun versi terbaru Whatsapp dengan tujuan menggunakan Whatsapp yang mempunyai fungsi-fungsi terbaru, mengemaskini ciri-ciri keselamatan yang terdapat padanya ataupun membaik-pulih fungsi sediaada yang dilaporkan sebagai ralat applikasi dalam versi terdahulu. Kemungkinan anda tidak perasan bahawa terdapatnya fungsi yang bermasalah kerana anda tidak menggunakan fungsi tersebut.

Oleh yang demikian saya selaku Admin blog rentasminda.com amat menyarankan anda mengemaskini applikasi Whatsapp di telefon bimbit anda secara berjadual, sebaik-baiknya sebulan sekali.

Anda boleh mengemaskini applikasi Whatsapp anda di Google Playstore.

Semoga nasihat ini bermanfaat untuk anda. Selamat mengemaskini Whatsapp. Semakin lama anda mengabaikan mesej ini, semakin berisiko media sosial Whatsapp di telefon anda.

1 Comment

  1. Pingback: Whataspp Privacy Setting | Rentas Minda

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.