Ramai di antara kita yang masih belum mengetahui apakah fungsi sebenar Whatsapp Privacy Setting yang telah lama tersedia di dalam applikasi Whatsapp. Kebanyakan pengguna hanya mengetahui cara-cara menghantar mesej dan membalas mesej samada mesej berbentuk teks, gambar, video, audio, lokasi atau pun dokumen. Mereka tidak ambil pusing pun mengenai fungsi-fungsi lain yang tidak kurang pentingnya.
Whatsapp Privacy Setting bermaksud pengguna boleh menghadkan pengguna-pengguna Whatsapp yang lain dari mencapai maklumat-maklumat tertentu berkenaan diri mereka.
Status Kali Terakhir Menggunakan Whatsapp
Setiap kali seseorang memasuki applikasi Whatsapp dan kemudian meninggalkan applikasi tersebut, rekod mengenai masa terakhir pengguna akan disimpan di sistem Whatsapp. Ini membolehkan rakan-rakan mereka mengetahui bilakah kali terakhir seseorang itu memasuki Whatsapp. Maklumat ini amat berguna untuk seseorang mengenalpasti samada rakan mereka masih lagi aktif menggunakan applikasi tersebut.
Gambar Profail
Seringkali gambar profail menjadi sesuatu yang amat peribadi. Sudah tentu seseorang tidak mahu gambar yang dikongsikan dilihat oleh semua pengguna Whatsapp.
Maklumat Umum (About) Pengguna
Fungsi ini memaparkan sedikit maklumat tentang diri anda. Adakalanya seseorang memasukkan nama mereka diruangan tersebut. Ada juga yang meletakkan kata-kata hikmah atau bait-bait motivasi.
Kesemua bahagian yang dinyatakan di atas iaitu status kali terakhir menggunakan Whatsapp, gambar profail dan maklumat umum boleh dikawalselia bentuk privasinya dengan memilih salah satu opsyen yang berikut :
- Everyone – bermaksud semua pengguna Whatsapp boleh melihat maklumat tersebut.
- Contacts – bermaksud hanya mereka yang nombor telefonnya disimpan dalam senarai contact seseorang, dibolehkan untuk melihat maklumat tersebut.
- Nobody – bermaksud tiada sesiapa pun yang dibenarkan melihat maklumat tersebut.
Status
Umum mengetahui bahawa Whatsapp telah dibeli oleh Facebook dan serentak dengan itu penerapan ciri “Status” telah dimasukkan ke dalam Whatsapp. Whatsapp yang sebelum ini bertujuan menghantar dan menerima mesej, kini telah menyediakan kemudahan kepada pengguna mereka untuk memaparkan status yang mirip kepada Facebook Story. Status yang dipaparkan hanya dalam tempoh masa 24 jam sahaja sama seperti Facebook Story.
Pengguna boleh menghadkan golongan yang dibolehkan melihat status mereka dengan memilih salah satu dari opsyen yang dibawah :
- My contacts – hanya mereka yang berada dalam senarai contact sahaja yang dibenarkan untuk melihat status seseorang.
- My contacts except – semua yang berada dalam senarai contact boleh melihat status seseorang kecuali mereka yang disenaraikan diruangan ini.
- Only share with – Kemaskini Status hanya untuk tatapan mereka yang berada dalam senarai ini.
Read receipts
Boleh dikawal samada seseorang tidak mahu pihak yang menghantar mesej mengetahui bahawa mereka telahpun membaca mesej yang diterima. Akan tetapi harus diingatkan di sini bahawa anda juga tidak dapat mengetahui samada mesej yang anda hantar kepada seseorang itu telah pun dibaca oleh mereka. Ia nampak adil, bukan?
Live location
Memberikan pilihan samada seseorang ingin berkongsi maklumat mengenai lokasi semasa mereka.
Blocked Contacts
Antara opsyen yang amat berguna untuk menghalang mereka yang tidak diingini dari menghantar mesej kepada anda. Pilih mereka yang tersenarai di contacts yang mana anda tidak mahu mereka dari cuba menghubungi anda. Ini merupakan satu fungsi yang baik untuk mengekang spammers.
Seperkara lagi yang tidak kurang pentingnya ialah sentiasa mengemaskini versi Whatapp agar setiap ralat atau pepijat (bugs) yang telah dilaporkan oleh pengguna dapat ditangani didalam versi yang terbaru. Kebiasaannya pengguna lebih cenderung mengemaskini versi Whatsapp mereka sekiranya terdapat ciri-ciri baru yang menarik.
Didalam artikel yang akan datang akan ditampilkan penerangan mengenai menu-menu lain yang terdapat didalam Whatsapp. Teruskan bersama RENTASMINDA.
Memang masih ada yang tak tahu cara nak setting privacy di whatsapp. Ada jugak yang tahu tapi lebih suka public tahu pasal dorang.