Pernahkah anda mengalami situasi Whatsapp anda tidak berfungsi? Tentu agak kalut dibuatnya bila Whatsapp yang anda gunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, saudara-mara terputus begitu sahaja. Lebih mengecewakan jika anda seorang penjual online yang amat memerlukan medium Whatsapp untuk menjana pendapatan sampingan.
Adakalanya server Whatsapp mengalami gangguan teknikal dan kita sebagai pengguna tidak dapat melakukan apa-apa hanya menanti detik ianya dipulihkan oleh pasukan teknikal Whatsapp. Adakalanya ianya adalah disebabkan kesilapan anda sendiri yang menggunakan versi Whatsapp yang tidak disokong oleh mereka. Anda seharusnya menggunakan applikasi Whatsapp yang rasmi. Jika anda menggunakan versi asli Whatsapp, disarankan untuk melakukan proses uninstal dan kemudian re-install applikasi Whatsapp melalui Google Playstore.
Sekiranya anda menerima mesej yang menyatakan akaun anda telah disekat buat sementara (Temporarily Banned), ini bermakna anda berkemungkinan besar tidak menggunakan versi rasmi Whatsapp. Lebih memburukkan keadaan sekiranya anda tidak beralih ke versi rasmi Whatsapp, akaun anda mungkin akan disekat sepenuhnya dari menggunakan Whatsapp. Anda terpaksa mendapatkan nombor telefon yang baru dan mendaftarkan nombor tersebut ke Whatsapp.
“Your phone number is banned from using WhatsApp. Contact support for help.”
Itu adalah mesej sekatan sementara dari Whatsapp sekiranya Whatsapp mengenalpasti aktiviti akaun anda melanggari Terma-terma Perkhidmatan Whatsapp. Whatsapp tidak akan mengeluarkan notis amaran sebelum menyekat akaun anda dan sekiranya anda berpendapat sekatan yang dikenakan adalah disebabkan oleh salah faham atau kesilapan oleh mereka, anda boleh menghantar email kepada mereka.
Applikasi-applikasi yang tidak disokong oleh Whatsapp termasuklah Whatsapp Plus, GB Whatsapp atau mana-mana apps yang mengatakan mampu memindahkan Whatsapp chats diantara telefon pintar. Apps yang dinyatakan di atas adalah merupakan versi Whatsapp yang telah dipinda dan ianya dibangunkan oleh pihak ketiga dan melanggar Terma-terma Perkhidmatan Whatsapp. Whatspp tidak dapat menyokong versi-versi serpihan tersebut kerana mereka tidak dapat melakukan proses validasi terhadap amalan keselamatan yang digunakan oleh versi Whatsapp tidak rasmi.
Bagaimana Untuk Menukar Ke Versi Rasmi Whatsapp App?
Sebagai langkah berjaga-jaga, lakukan backup chat history sebelum beralih ke versi Whatsapp yang asli. Dapatkan sedikit maklumat berkenaan dengan jenis Whatsapp yang anda gunakan. Klik More Options > Settings > Help > App info.
Versi GB Whatsapp
Lakukan proses berikut untuk memindahkan teks komunikasi Whatsapp ke versi Whatsapp rasmi. Perlu ditegaskan di sini, tiada jaminan untuk anda berjaya memindahkan teks Whatsapp anda kerana Whatsapp tidak menyokong applikasi-applikasi tidak rasmi.
- Tunggu sehingga tempoh Sekatan Sementara anda berakhir.
- Di GB Whatsapp, klik More Options > Chats > Back up chats.
- Pergi ke Phone Settings > Storage > Files
- Cari folder GB Whatsapp dan klik (jangan lepaskan klik untuk memilihnya).
- Di bahagian atas sebelah kanan klik More > Rename. Tukar nama folder kepada “Whatsapp”.
- Pergi ke Playstore dan muat-turun versi rasmi Whatsapp.
- Sewaktu proses installation, anda dikehendaki mengesahkan nombor telefon anda.
- Apabila Whatsapp memberitahu “Backup found”, klik Restore > Next. Tiada jaminan bagi proses Restore tetapi anda wajar mencuba.
- Whatsapp akan mula berfungsi dengan himpunan chat-chat lama anda.
Versi Whatsapp Plus
Versi ini lebih mudah proses pemindahannya.
- Muat-turun versi rasmi Whatsapp di Playstore dan lakukan proses pemasangan Whatsapp.
- Sahkan nombor telefon anda.
Adalah dinasihatkan untuk anda memilih versi asli Whatsapp kerana terdapat situasi di mana Whatsapp mengemaskini versinya dan ciri-ciri tambahan dalam versi terbaru tidak wujud dalam versi Whatsapp tidak rasmi. Sekian dan selamat menggunakan versi asli Whatsapp.