Dalam merentasi kemajuan teknologi maklumat masa kini, transaksi online banking menjadi satu kemudahan buat semua pelanggan bank. Kita tentu tidak menjangka bahawa satu transaksi dihujung dunia mampu dipindahkan ke satu akaun disebelah dunia yang lain dalam masa yang singkat. Perkara yang difikirkan pelik satu ketika dahulu kini mampu direalisasikan.
Mengikut petikan dari laman Web Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia, terdapat 29 bank yang menawarkan perkhidmatan pemindahan duit secara online. Bank-bank tersebut adalah :
- Affin Bank Berhad
- Alliance Bank Malaysia Berhad
- AmBank (M) Berhad
- Bank of America Malaysia Berhad
- Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad
- BNP Paribas Malaysia Berhad
- CIMB Bank Berhad
- Citibank Berhad
- Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
- HSBC Bank Malaysia Berhad
- Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad
- J.P. Morgan Chase Bank Berhad
- Malayan Banking Berhad
- Mizuho Bank (Malaysia) Berhad
- OCBC Bank (Malaysia) Berhad
- Public Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
- Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad
- The Royal Bank of Scotland Berhad
- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd
- Al Rajhi Banking and Investment Corpn. Bhd.
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Bank Pertanian Malaysia Berhad
- Bank Simpanan Nasional
- Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
Terdapat 3 kaedah pindahan duit online iaitu :
- Melalui perbankan internet
- Melalui kaunter-kaunter bank
- Melalui mesin juruwang automatik (ATM) tetapi terhad kepada perkhidmatan yang tertentu sahaja.
Struktur Organisasi Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia
Berapakah had maksima pindahan duit online?
Sekiranya melalui kaunter, ia tertakluk kepada polisi bank itu sendiri dan terhad kepada had maksima pindahan sebanyak RM1 juta.
Untuk pindahan wang melalui kemudahan perbankan internet, ia juga tertakluk kepada prosidur yang diguna-pakai oleh bank tersebut dan jumlahnya antara RM5,000 hingga RM10,000.
Bagaimanakah anda mengetahui pindahan wang telah berjaya?
Sebaik saja anda selesai melakukan pindahan wang secara online, anda akan memperoleh maklumat seperti rujukan penerima, nama anda sebagai penghantar dan butiran pembayaran. Maklumat-maklumat ini dicatatkan dalam penyata akaun bank dan ia juga dapat dilihat di penyata akaun penerima.
Bagaimana dengan mereka yang tiada kemudahan internet?
Tak perlu risau kerana terdapat kiosk internet layan diri di kebanyakan cawangan bank. Ada kiosk yang dibuka hampir 18 jam sehari dan perkhidmatan mungkin akan digantung seketika di waktu malam bagi kerja-kerja penyelenggaran sistem. Tempoh penggantungan sistem ini diperlukan kerana sistem utama bank sedang memungut data-data bagi pengemaskinian maklumati dibahagian jurnal mereka.
Bagaimanakah penerima wang mengetahui bahawa telah berlakunya pindahan wang ke akaun mereka?
Terdapat ruangan bagi pengirim memasukkan e-mel atau nombor telefon si penerima. SMS juga boleh dihantar kepada si penerima sekiranya anda memilih untuk berbuat demikian.
Begitulah sedikit-sebanyak mengenai garis panduan yang perlu dipatuhi oleh bank-bank dalam menyediakan kemudahan pindahan wang secara online. Kewujudan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia membolehkan bank-bank duduk semeja dan mematuhi garis panduan yang diberikan agar mereka dapat bersaing secara beradab.
Rujukan : Laman Web Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia
Pingback: Mengelak Jangkitan COVID-19 - Rentas Minda