Apakah Maksud VOIP?

voip apps

Ringkas betul perkataannya, VOIP tetapi mempunyai pengertian yang amat besar dalam dunia teknologi maklumat masa kini. Secara ringkasnya VOIP atau juga dikenali sebagai Voice over Internet Protocol membolehkan suara seseorang melalui lebuhraya Internet. Protokol internet pada zaman ini menjadi satu keperluan untuk dimiliki oleh setiap orang.

Apakah Itu PSTN?

PSTN adalah ringkasan dari Public Switch Telephone Network. Inilah rangkaian telefon analog yang amat popular suatu masa dahulu. Setiap rumah yang melanggan perkhidmatan telefon dari Jabatan Telekom Malaysia (kini Syarikat Telekom Malaysia Berhad) menggunakan telefon dari rangkaian ini. Secara umumnya, talian dari rumah akan melalui local exhange dan dihubungkan ke talian destinasi sekiranya berada dalam kod kawasan yang sama. Bagi talian yang merentas negeri akan melalui pula state exchange dan panggilan antarabangsa akan melalui internatioanl exchange. Ia merupakan talian bersambung-sambung sehingga suara anda dibawa menuju ke nombor destinasi.

Apakah Itu PABX?

Private Automated Branch Exchange ialah sistem pertukaran talian telefon yang kerap digunakan di pejabat ataupun di bangunan-bangunan besar. Ianya adalah teknologi dalam bidang telekomunikasi yang membenarkan satu nombor telefon dihubungi oleh beberapa pemanggil dan menyusun-atur panggilan-panggilan dalaman sesebuah organisasi. Dalam erti kata lain, satu nombor yang dihubungi (nombor talian umum) akan disambung ke nombor-nombor sambungan didalam sesebuah organisasi. PABX juga membenarkan panggilan dari dalam organisasi ke talian luar.

Anda kini telah pun mengetahui serba sedikit berkenaan PSTN dan PABX, dan sekarang kita akan beralih kepada teknologi terkini yang lebih menjimatkan iaitu Voice Over IP (VOIP).

Contoh-contoh Applikasi VOIP

Pada ketika ini terdapat banyak applikasi VOIP yang sentiasa berlumba-lumba untuk meningkatkan tahap kualiti suara yang menjadi kriteria terpenting dalam pemilihan applikasi. Sebagai contoh Skype pada peringkat awalnya di pasaran VOIP, kualiti suara memang agak mengecewakan namun pada hari ini, bercakap dengan seseorang menggunakan Skype umpama bercakap menggunakan talian telefon konvensional iaitu melalui sistem PSTN.

Skype

Skype dikenali ramai sebagai perisian komunikasi yang membolehkan anda melakukan panggilan telefon secara percuma atau panggilan kos rendah ke mana-mana pengguna Skype samada panggilan ke telefon bimbit, ke VOIP ataupun ke talian PSTN. Skype juga menyediakan platform untuk panggilan video. Ketika era permulaan VOIP, penggunaan Skype memang amat menggalakkan berbanding pada hari ini kerana telah muncul perisian-perisian komunikasi baru yang setanding Skype.

skype voip
Skype

Pautan : https://www.skype.com

Whatsapp

Satu nama besar dalam bidang telekomunikasi yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata setiap telefon mudah-alih mempunyai applikasi Whatsapp didalam telefon mereka. Whatsapp menjadi amat popular pada ketika sehinggakan syarikat gergasi Facebook sanggup membeli Whatsapp pada harga USD19.6 billion.

whatsapp voip
Whatsapp

Pautan : Whatsapp

Facebook Messenger

Agak mengelirukan apabila Facebook membeli Whatsapp pada harga yang tinggi sedangkan mereka telahpun mempunyai applikasi Facebook Messenger.

applikasi voip facebook messenger

Walaupun Facebook mempunyai bilangan pengguna yang ramai namun dari segi pemasaran mereka terhadap Facebook Messenger agak lemah. Jangan terperanjat jika ada di antara pengguna Facebook yang langsung tidak memasang Facebook Messenger di telefon mereka.

Pautan : Muat-turun Facebook Messenger di sini.

Google Duo

Sebuah applikasi yang dibangunkan oleh gergasi perisian Google pada tahun 2016. Google Duo membolehkan komunikasi panggilan suara dan video dalam bentuk high definition (video berkualiti tinggi). Tambahan pula komunikasi didalam Google Duo adalah selamat kerana ia menggunakan kaedah end-to-end encryption (bermaksud hanya pihak yang sedang berkomunikasi sahaja yang dapat membaca/mendengar mesej tersebut).

applikasi voip Google Duo

Applikasi Google Duo adalah percuma menjadikan ia salah satu applikasi yang popular bagi penggemar media sosial. Panggilan menerusi Google Duo adalah menggunakan nombor telefon dan sekiranya panggilan tidak berjawab, pemanggil boleh merekodkan audio dan mesej video. Ini merupakan antara ciri-ciri hebat yang terdapat pada Google Duo.

Google Duo boleh dimuat-turun di Google Playstore. Setelah anda memasang applikasi ini, anda akan diminta memasukkan kod verifikasi yang dihantar ke kotak SMS anda. Selepas proses verifikasi, applikasi Google Duo akan membaca senarai kontak anda bagi memudahkan anda membuat panggilan ke teman-teman kontak. Jika dilihat pada komen-komen di playstore berkenaan applikasi ini, rata-ratanya memberikan komen yang positif.

Pautan : Muat turun Google Duo di sini.

Kesimpulan

Sebenarnya terdapat banyak applikasi VOIP di pasaran samada ianya percuma atau pun berbayar. Hakikatnya percuma bukanlah bermakna ia tidak berkualiti, ia masih tergolong dalam applikasi yang mampu memenuhi keperluan seseorang dalam komunikasi bersama pihak lain. Apa yang disediakan oleh Skype, Whatsapp, Facebook Messenger dan Google Duo sudah lebih dari mencukupi untuk seseorang berkomunikasi dengan rakan-rakan. Antara ciri-ciri penting yang perlu anda lihat dalam pemilihan applikasi VOIP adalah dari sudut ciri-cirinya seperti komunikasi dalam bentuk teks, perkongsian gambar, perkongsian rakaman audio dan panggilan video dengan seorang atau lebih.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.