Sedikit informasi mengenai cara transfer duit online melalui perkhidmatan Maybank2u. Pindahan Segera Wang Antara-bank atau dikenali Instant Interbank Fund Transfer (IBFT) dan Interbank GIRO (IBG) kini ditawarkan oleh Maybank kepada para pelanggannya.
Dengan had transaksi sebanyak RM30,000 sehari, sememangnya amat memudahkan pelanggan untuk melakukan pindahan ke bank-bank lain yang mengambil bahagian. Bank-bank yang bersekutu dengan Maybank untuk pindahan ini adalah :
- Affin Bank
- Alliance Bank
- Bank Pertanian Malaysia Berhad
- Al Rajhi Bank
- Bank Islam
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
- Bank Simpanan Nasional
- Public Bank
- RHB
- UOB
- AmBank
- CIMB Bank
- Citibank
- Hong Leong Bank
- HSBC
- Kuwait Finance House
- Standard Chartered Bank
Senarai di atas terkemaskini pada ketika artikel ini diterbitkan.
Kepantasan Pindahan Wang Secara Online
Rasa tergerak di hati ini untuk melakukan sedikit ujian untuk Instant Interbank Fund Transfer. Modal yang digunakan ialah RM50 dan dipindahkan ke akaun simpanan di CIMB.
Lihat pada tarikh dan masa transaksi.
Bandingkan dengan tarikh dan masa transaksi dalam 2 imej yang di atas. Jelas sekali julat masa seminit sahaja yang diperlukan untuk melakukan pindahan ke akaun bank destinasi.
Kelebihan Transfer Duit Online
- Pindahan serta-merta ke akaun bank-bank lain samada ke akaun simpanan, akaun semasa, kad kredit, akaun pinjaman dan sebagainya.
- Tidak perlu lagi bersusah-payah beratur di kaunter atau di mesin ATM. Bahkan tidak perlu lagi bersaing di kesesakan lalulintas untuk sampai ke bank.
- Selamat dan boleh dipercayai. Tidak perlu lagi membawa wang tunai.
- Verifikasi atas nama akaun penerima secara online. Ini dapat mengelakkan kesalahan pindahan ke akaun orang lain.
- Semua pelanggan Maybank2u dapat menikmati kemudahan ini.
Langkah-langkah di atas mengandaikan anda telahpun menyimpan maklumat Favourite Interbank Transfer sebelum ini dan kerana itulah nombor TAC tidak diperlukan lagi.
Cara Transfer Duit Online
- Di bahagian Banking Menu pilih Transfer
- Klik Favourite Interbank Transfer
- Pilih bank dalam senarai Favourite List dan klik Continue
- Masukkan jumlah yang ingin dipindahkan dan pilih samada Instant Interbank Transfer atau Interbank GIRO pada mod pilihan pindahan.
- Klik Continue
- Sahkan maklumat pindahan dan klik Confirm untuk mengesahkan pindahan.
Instant Interbank Fund Transfer akan dicaj RM0.53 (S/C RM0.50 + GST RM0.03) setiap transaksi.
Interbank GIRO akan dicaj RM0.11 (S/C RM0.10 + GST RM0.01) setiap transaksi.
Sistem pada asasnya membenarkan pindahan maksima RM3,000 sehari tetapi jumlah ini boleh ditingkatkan sehingga RM30,000 sehari dengan cara menukar had limit di bahagian penyelenggaraan akaun.
IBFT tersedia dari jam 4:30am sehingga tengah malam setiap hari termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Manakala IBG hanya tersedia pada masa-masa yang berikut :
Masa Transaksi Dilakukan Masa Wang Diterima
Buss. Days (Mon-Fri)
Before 5:00am Same buss. day By 11:00am
5:00am – 8:00am By 2:00pm
8:01am – 11:00am By 5:00pm
11:01am – 2:00pm By 8:20pm
2:01pm to 5:00pm By 11:00pm
After 5:00pm Next buss. day By 11:00am
Non-buss. days (Sat, Sun & Federal Territory PH) Next buss. day
Kesimpulan Tentang Cara Transfer Duit Online
Kesimpulannya jika dilihat pada caj yang dikenakan untuk IBFT amat rendah, rasa tidak berbaloi pula jika kita memilih IBG kerana pindahan IBFT berlaku dengan serta merta tidak kira apa hari sekalipun. Cara transfer duit online memang agak merumitkan jika kita belum pernah mencuba kerana ramai yang bimbang jika wang tersalah masuk ke akaun orang lain. Ini tidak berlaku kerana nama penerima akan terpapar di skrin. Terima kasih kepada kecanggihan teknologi yang mengizinkan perkara ini berlaku. Bahkan nama penerima akan tetap dipaparkan di skrin walaupun akaun penerima adalah dari bank yang berlainan dengan bank si penghantar. Ini lah kesepakatan di antara bank yang membolehkan maklumat ringkas penerima dikongsikan di bank penghantar.
Jika anda seorang penyimpan ASB, anda juga dapat memanfaatkan fungsi pindahan wang secara online dari akaun bank anda ke akaun ASB. Dengan kemudahan ini, membolehkan anda menambah pelaburan sedia-ada. Dapatkan penerangannya di topik Cara Pindahan Wang ASB Online.
Usah bimbang tentang keselamatan selagi anda memasuki laman web Maybank2u yang betul. Bagaimana kes-kes penipuan online Maybank2u berlaku? Ikuti penjelasannya di artikel Penipuan Maybank2u Online Banking.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Pingback: Cara Pindahan Wang ASB Online | Rentas Minda
Pingback: Pindahan Wang Interbank GIRO (IBG) | Rentas Minda
Nak tnye klau bank on9 hari sabtu lmbat masuk ke maybank?
terus masuk..instant transfer
Hai nak tanya, Maybe sahaja ke ada Instant Transfer ni? BSN ada tak?
Lagi satu, Favourite List tu, Akaun Pemilik atau Akaun Penerima? Terima Kasih atas perhatiannya.
BSN pun ada puan. Favourite list to akaun penerima.
Kalau nk daftar maybank2u ni kena ada akaun bank maybank ke
tuan ingin lakukan transaksi apa melalui maybank2u?
Kalau tersilap transfer menggunakan ibg macam mana ye?
system akan paparkan transaksi yg puan pilih untuk pengesahan. jika dah disahkan, maka transaksi yg sah pun berlaku. tak boleh u-turn. kena minta penerima pulangkan duit kpd penghantar.
Sy tf on bsn ke maybnk pukul 7.57am.. Rm1500.. Tp sy cek tak masuk lagi duit sy rm1500 tu dlm mybnk sy..duit dlm akaun bsn sy sudah tolak rm1500 tu..macam mana ya kita nk tengok balik betol tak no akaun kita tf 2?n memg ambik masa ka kalu pindah bsn k mybnk?? Em😢
saya rasa transaksi tersebut adalah jenis IBG. Ia mengambil sedikit masa. Info dari web bsn..
Question : How long does it take for the funds to be transferred to the other bank’s account?
Answer : Similar to any other IBG services, the funds will be deemed as successfully transferred within 3 working days
Jika jenis IBFT, pindahan berlaku serta-merta.
Orang tu nk transfer duit masuk kat kita pakai no akaun bank,nma penerima dan jenia akaun jha kan
yep…perlu ada nama, bank. jenis akaun tak perlu
Sy dpt Terima duit dari seseorng. Tpi dia guna open giro/IBFT transfer tpi duit xmasuk Pon. Dia transfer pada pagi sabtu Dan Hari ahad Pon xmasuk lagi dlm akaun. Sy bleh dpt balik ke duit tu..
bank apa yg dia guna tu tuan?
Transfer dari akaun mana?
Bagaimana ye sy nk transfer duit dlm akaun M2U saya ke akaun bank laen
dibahagian pilihan bank, pilih lain2 bank. Senang aje. Ikut arahan di skrin.
boleh x saya gunakan akaun maybank tapi saya nak tarik duit dari bank rakyat ke akaun maybank saya?
tarik tak boleh. Tolak boleh. masuk ke bank rakyat online dan transfer ke akaun maybank.
Pingback: Cara Guna Secure2u Maybank - Rentas Minda