Login to CIMB Clicks

cimbclicks akaun pelanggan

CIMB Group ialah sebuah bank universal ASEAN yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Ia juga merupakan salah sebuah bank pelaburan terbesar di Asia dan juga salah sebuah Islamic bank yang terbesar di dunia.

cimb group snapshot

Produk-produk yang ditawarkan oleh CIMB merangkumi akaun simpanan/semasa, kredit kad, pinjaman, pelaburan dan insurans.

cimb produk individu

 

cimb produk perniagaan

Dalam melicinkan operasi yang bersesuaian dengan kemajuan teknologi maklumat ditambah pula dengan persaingan sengit dengan bank-bank lain, pihak CIMB bank telah menyediakan platform perbankan atas talian. Umumnya masyarakat Malaysia telah mula celik IT dan berupaya menggunakan perbankan atas talian, namun terdapat segelintir kelompok yang masih tidak tahu atau ragu-ragu untuk menggunakan perkhidmatan yang telah tersedia buat mereka. Ramai yang tertanya-tanya bagaiman login to cimb clicks. Ianya boleh dilakukan di komputer desktop mahupun di telefon pintar atau smartphone.

Login to CIMB Clicks

  1. Taipkan di URL => https://www.cimbclicks.com.my/   Pastikan alamat cimb clicks adalah betul. Ini adalah untuk mengelakkan anda memasuki laman web penyangak online. Saya pernah menerangkan bagaimana duit anda dicuri oleh penyangak online di posting penipuan Maybank2u online banking. Klik pada tab Login sepertimana ditunjukkan dalam bulatan berwarna biru.cimbclicks main
  2. Login screen akan dipaparkan seperti dibawah. Sila masukkan user ID dan klik button [Next].
    cimbclicks login skrin
  3. Seterusnya anda amati secure word yang dipaparkan. Jika itu bukannya secure word yang anda setkkan sebelum ini, maka, keluar dari laman web tersebut dengan serta-merta. Kemungkinan anda sedang menatapi skrin phishing. cimbclicks secure word
  4. Dan terakhir sekiranya user ID dan password dikenalpasti sebagai pengguna yang sah, maka, sistem akan memaparkan skrin akaun pelanggan.

    cimbclicks akaun pelanggan

    Sumber : CIMB (Skrin Akaun Pelanggan)

  5. Pada skrin akaun pelanggan, anda sebagai pelanggan sudah boleh melakukan transaksi perbankan atas talian dari segi pembayaran kepada pihak lain, membayar hutang menggunakan baki yang ada akaun simpanan/semasa, membuat pembayaran bil-bil utiliti, menukar secure word dan sebagainya.

Login to CIMB Clicks amatlah mudah sesuai dengan peredaran masa yang memerlukan setiap rakyat Malaysia mengetahui perkembangan dunia IT. Di zaman yang serba canggih ini kita tidak boleh lari dari turut sama terlibat melengkapkan diri dengan pengetahuan IT selari dengan apa yang dipelajari oleh generasi muda.

 

 

1 Comment

  1. Pingback: Mengelak Jangkitan COVID-19 | Rentas Minda

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.