Update ke-2 tentang duit dari program Google Adsense. Kalau dulu dekat 4 tahun nak dapat USD104.01 tapi yang terbaru ni aku dapat USD114.73 dalam tempoh 1 tahun. Korang mesti nak gelak terguling-guling sebab aku nampak macam bongkak je dengan kisah USD114.73 dalam tempoh setahun. Setahun memangla lama kalau nak dapat sebanyak tu. Lainla kalau aku cakap sebulan dapat USD114.73 kannnn…
Tapi dulu masa dapat payment receipt dari Google Adsense kali pertama tu, aku memang tak fokus langsung, main hentam je dan tinggal gitu je content blog. Tak update blog langsung. Iklan Google pun main pasang ikut suka je. Lepas tu aku berubah….dah terus buat sikit perubahan pada layout blog dan hasilnya dalam setahun dah dapat USD114.
Nak ikutkan memang la sikit tapi apa yang aku rasa bangga ialah perbandingan 4 tahun dengan 1 tahun. Sebagai motivasi jugak tu untuk orang macam aku ni. Google Adsense tak menipu rupanya. Ramai yang mengeluh kerana tak dapat satu sen pun. Kenapa?
Sebabnya ialah “Content Is King”. Memang betul kata-kata sifu diluar sana. Blog aku hanya blog berbahasa Malaysia aje. Kalau aku buat bahasa Inggeris, rasanya boleh dapat sehari…ye sehari USD114. Joli katak aku kalau dapat sehari USD114. Kalau dapat sebulan USD10,000 pihak Google sendiri akan datang serah cek kat korang.
Tapi untuk tahun 2017 ni aku nak target sebulan USD100. So setahun dapatla USD1200. Tukar ke duit ringgit, banyak jugak dapat tu. Boleh la guna untuk cuti-cuti Malaysia. Jom tengok apa yang pakcik Oanda.com dah kirakan untuk aku.
Arghh…lega cecah gak RM500, satu permulaan yang baik di awal 2017. Nak buat target USD100 sebulan pulak lepas ni. Google Adsense tak menipu kalau korang tak menipu. Google cuma akan blok akaun Google korang kalau korang didapati melakukan klik pada iklan Google di lama web korang. Lebih parah kalau dalam akaun korang, dah ada nilai yang hampir dengan treshold amount. Treshold amount ni adalah nilai yang korang kena set dibahagian setting. Cecah je nilai tu, Google akan sediakan payment receipt secara elektronik. Korang hanya perlu print dan bawa sahaja ke cawangan Western Union. Aku tak galakkan korang pergi ke Pos Malaysia untuk tukar payment receipt ke bentuk wang tunai sebab Pos Malaysia urusan nak isi form macam leceh sikit la. Lagipun staf Pos Malaysia mungkin tak pernah handle kes Google Adsense Payment Receipt. Satu lagi, disebabkan jarang orang guna khidmat Western Union di Pos Malaysia hinggakan user-id Western Union staf tu pun ada masalah. Ada aku ceritakan pasal masalah ni dalam blog aku ni. Ini kisahnya – Duit Google Adsense Melalui Western Union.
Dalam kes aku ni, aku pergi ke Kajang, nama cawangan tu Horizon Remit Kajang 1st floor no 40-A, Jln Tun Abdul Aziz. Staf tu yang isikan borang kat aku. Lepas aku dapat duit, aku hulur sikit kat staf tu sebab tolong aku isikan form. Kalau kat tepi mahkamah, tukang isi form dapat bayaran tau.
Ada perbezaan sikit pada nilai pertukaran USD ke MYR di antara Oanda.com dan Horizon Remit. Tak kisah la, tak banyak mana pun bezanya, cuma RM6 aje. Rates dalam Oanda.com memang selalu lebih tinggi. Boleh kita guna sebagai panduan sahaja.
Ok itu saja catatan hepi aku untuk hari ini. Dalam pada aku menulis ni pun, dah nampak banyak jugak income Adsense untuk hari ini. Sejak kebelakangan ini banyak klik yang aku dapat. Semua genuine klik. Kena jujur bila menulis agar artikel tak nampak kaku lesu bosan di fikiran pembaca. Sekarang dah mampu cecah USD 15-20 sebulan, so dalam 5 bulan dah boleh menuai.
Semoga aku lebih bersemangat menulis artikel-artikel panduan yang lebih berkualiti di tahun 2017 ini. Kualiti itu penting bukannya kuantiti. Kalau rasa penat dan takde idea, berhenti dulu dan save sebagai draft. Dah hilang penat, sambung balik. Tu je pesan aku dari seorang yang masih lemah dalam bidang ini.
Selamat mencuba.