Diam tak diam rupanya Whatsapp telah menampilkan ciri-ciri seperti Facebook iaitu “Status”. Jika di Facebook, pengguna sentiasa mengemasikini status seperti sedang minum teh tarik tepi jalan dengan hash tag #tehtariktepijalinkohado. Macam dah jadi satu trend pula asal buat sesuatu je terus nak bagitau semua orang. Apa nak jadila korang ni..(termasukla aku! hehehe…).
Sedikit maklumat tentang versi terbaru Whatsapp.
- Version – 2.17.79
- Dikemaskini Pada – 22/2/2017
- Status Muat-turun Hingga Kini – 1,000,000,000+
- Saiz Fail Kemaskini – 15.34 Mb
Pastikan ruang di telefon masih berbaki minimum 16Mb untuk membolehkan versi baru dipasang pada applikasi Whatsapp sedia-ada di telefon anda. Kalau tidak, buang la mana-mana applikasi yang tidak penting atau dapatkan smartphone baru berkapasiti dalaman (internal) 64Gb. Sengaja ditulis dalam Bahasa Malaysia dalam kurungan bahasa Inggeris kerana agak janggal perkataan teknikal diterjemah ke Bahasa Malaysia. Tak kisahla …asalkan maksudnya jelas dan sampai ke minda pembaca.
Dari segi populariti applikasi Whatsapp ini memang tidak dinafikanlah dengan muat-turun sehingga kini mencecah lebih 1 billion. Versi terbaru ini telah dilancarkan baru-baru ini pada 22/2/2017.
Fungsi menarik whatsapp versi terbaru ini membolehkan seseorang memberitahui rakan-rakan yang ada dalam senarai contact di telefon mengenai sesuatu perkara dalam bentuk gambar dan video. Pada gambar dan video tersebut, boleh dimasukkan caption atau teks mengikut citarasa anda. Macam Facebook.
Jika anda membuka applikasi Whatsapp, akan kelihatan satu menu baru seperti yang dibulatkan dalam imej diatas.
Manakala dibahagian tab pula terdapat satu tab baru iaitu “Status”. Apabila anda sentuh pada tab “Status”, anda dapat melihat senarai status rakan-rakan anda sepertimana imej di atas. Jika ingin melihat status rakan anda, silalah sentuh senarai tersebut.
Anda tentu teruja ingin mengemaskini status, maka, tap (sentuh) “My status” dan mulakan kemaskini. Anda akan diminta samada untuk :
- Mengambil gambar
- Memilih gambar yang telah ada didalam smartphone
- Mengambil video
Setelah itu, anda boleh masukkan caption (teks) sebelum mengesahkan imej yang menjadi status terkini anda. Jika dahulu hanya status berbentuk teks sahaja yang disediakan tetapi kini keadaan amat berbeza. Status ini akan hilang selepas tempoh 24 jam. Bukankah cara lama dengan status terus kekal adalah lebih baik? Tentu anda masih merindui status lama seperti “Hey there, I’m using Whatsapp.” Ramai juga yang kurang selesa kerana status dalam versi baru ini tidak mampu kekal melebihi 24 jam.
Difahamkan fungsi menarik Whatsapp versi terbaru ini mampu menjadikan Whatsapp lebih diminati ramai. Tambahan pula segala mesej akan melalui proses end-to-end encryption di mana penukaran data-data status kepada bentuk yang hanya boleh dibaca oleh Whatsapp demi mempertingkatkan tahap keselamatan maklumat sekiranya data jatuh ke pihak lain.
Mari kita lihat pula senarai status dan siapakah yang telah membaca status tersebut. Dalam contoh di atas, terdapat 3 bahagian yang perlu anda ketahui yang dilabelkan sebagai A,B dan C.
- A – Buat status yang baru
- B – Lihat siapakah mereka yang telah membaca status anda
- C – Hantar status anda ke mana-mana individu atau ke mana-mana grup
Dalam masa yang sama, anda juga dapat melihat status rakan-rakan anda. Dalam contoh di atas, sekiranya tap ke atas “Naja Rentas Hidup”, status “Naja Rentas Hidup” yang memperlihatkan imej barisan botol minyak wangi akan dipaparkan dengan caption “Koleksi Mewangi”. Anda juga dapat membalas status tersebut dengan tap pada Reply.
Jadi, bagaimana pendapat anda tentang fungsi menarik Whatsapp versi terbaru ini? Menarik atau tidak, bergantung kepada cara penggunaannya. Ada yang merasakan ianya sekadar fungsi biasa-biasa tapi jika kena pada tempatnya, ia amat berguna.