Cara Guna Zoom Meeting

Dapatkan penerangan mengenai cara-cara guna guna zoom meeting di blog ini.

Zoom Meeting telah dibangunkan oleh Eric Yuan telah mengasaskan Zoom dan perisian ini dilancarkan pada 2013. Dari seorang yang biasa menjadi luarbiasa. Beliau merupakan graduan Applied Mathematics dan Engineering dari negaranya, China. Beliau memberanikan diri merantau ke Amerika Syarikat dan bekerja di syarikat WebEx. Namun syarikat WebEx telah diambil-alih oleh syarikat Cisco. Di Cisco, karier beliau semakin berkembang. Namun begitu, beliau tidak merasa selesa di Cisco dan memutuskan untuk meletakkan jawatan. Sejurus selepas itu, Yuan telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Zoom.

Zoom menawarkan pakej penggunaan secara percuma dan berbayar. Apa yang ditawarkan secara percuma telah memadai untuk anda berkomunikasi dalam jumlah yang kecil.

Sign-up Zoom Meeting

Sepertimana applikasi-applikasi yang lain, kewajipan sign-up memang diperlukan untuk menggunakan applikasi Zoom Meeting. Sila lengkapkan proses sign-up bagi membolehkan anda memasuki bahagian tetapannya.

Proses Sign-up Zoom Meeting

Tidak dapat dipastikan apakah perlunya mengisi ruangan di atas sedangkan applikasi tersebut tidak menyimpan data berkenaan tarikh lahir. Anda perlu mengikuti arahan-arahan selanjutnya untuk melengkapkan ruangan pendaftaran pengguna Zoom Meeting.

Menjadualkan Zoom Meeting

Seterusnya, anda boleh menjadualkan mesyuarat yang akan dihoskan oleh anda sendiri.

Menjadualkan Mesyuarat Zoom

Untuk plan percuma Zoom Meeting, anda diberikan tempoh jangkamasa mesyuarat selama 40 minit. Bagus juga ada had masa sedemikian untuk memberitahu semuanya yang hadir bahawasanya mesyuarat ini ringkas sahaja dan memerlukan semua pihak bekerjasama membentangkan isu-isu secara ringkas tetapi padat.

Butiran Penting Dalam Menjadualkan Zoom Meeting

Anda boleh mengawal mesyuarat yang dijadualkan dengan mengisi beberapa input seperti dibawah:

  • Topic berkenaan mesyuarat tersebut
  • Keterangan ringkas mesyuarat
  • Tarikh dan Masa mesyuarat akan dijalankan
  • Jangkamasa mesyuarat
  • Timezone
  • Tentukan samada panggilan mesyuarat ini akan diadakan secara berkala
  • Meeting ID. Kongsikan Meeting ID dengan mereka yang dijemput
  • Set password dan berikan kepada mereka yang dijemput
  • Tentukan samada video boleh digunakan oleh hos dan peserta
  • Pilihan mesyuarat samada peserta boleh memasuki Zoom bila-bila masa, audio direkodkan sewaktu mesyuarat berlangsung, mute peserta apabila memasuki Zoom

Setiap mesyuarat yang telah didaftarkan akan berada dalam senarai mesyuarat. Anda boleh memulakan mesyuarat walaupun mesyuarat tersebut belum tiba pada ketetapan masa yang anda daftarkan. Anda juga masih boleh memulakan mesyuarat walaupun mesyuarat tersebut telahpun berakhir.

Pada ketika artikel ini ditulis, tarikh semasa ialah 30/11/2020 dan mesyuarat tersebut sebenarnya telahpun berakhir. Namun, anda masih boleh memulakan mesyuarat dengan menekan butang “Start”.

Antara beberapa fungsi yang terdapat dalam zon mesyuarat Zoom ialah :

  • Mute – mematikan fungsi audio mikrofon supaya peserta mesyuarat yang lain tidak dapat mendengari sebarang bunyi dari anda.
  • Start Video – kamera di komputer anda akan merekod imej yang berada di depannya (iaitu diri anda) dan imej video ini akan terpapar di skrin peserta mesyuarat yang lain.
  • Security
    • Lock Meeting – mesyuarat dikunci dan tiada siapa lagi yang boleh memasuki mesyuarat tersebut.
    • Enable Waiting Room – ruang menunggu bagi peserta mesyuarat yang baru memasuki mesyuarat.
    • Hide Profile Pictures – menyembunyikan gambar profil.
    • Share Screen – kawalan samada peserta mesyuarat dibenarkan berkongsi skrin.
    • Chat – tetapan jika peserta mesyuarat dibenarkan chatting sesama peserta mesyuarat yang lain.
    • Rename Themselves – tetapan jika peserta mesyuarat dibenarkan menukar nama mereka.
    • Unmute Themselves – tetapan jika peserta mesyuarat dibenarkan unmute suara mereka.
    • Start Video – tetapan jika peserta mesyuarat dibenarkan menukar nama mereka.
    • Remove Participant – anda boleh mengeluarkan peserta mesyuarat.
    • Suspend Participant Activities – anda boleh menghentikan penyertaan peserta yang tertentu buat seketika.
  • Participants – melihat senarai peserta mesyuarat. Dipaparkan dibahagian sebelah kanan skrin.
  • Chat – memaparkan aktiviti chatting disebelah kanan skrin.
  • Share Screen – membolehkan anda menunjukkan skrin kepada semua peserta.
    • One Participant Can Share At A Time – tetapan untuk menghadkan hanya seorang peserta dibenarkan berkongsi skrin pada satu-satu masa.
    • Multiple Participants Can Share Simultaneously – membenarkan ramai peserta berkongsi skrin pada satu-satu masa.
  • Record – Anda boleh merekod mesyuarat ini.
  • Reactions – Anda boleh meletakkan reaksi terhadap mesyuarat ini seperti icon ketawa, terkejut, gembira dan sebagainya.

Kesimpulan

Zoom Meeting merupakan sebuah applikasi yang amat mudah digunakan. Perletakan fungsi-fungsinya di skrin tidak berselerak dan pengguna amat mudah meneka apakah fungsi button yang terdapat dibahagian bawah skrin Zoom Meeting. Dari segi kualiti audio, ianya amat bergantung kepada kelajuan broadband anda. Kelajuan broadband yang rendah akan memungkinkan berlakunya kelewatan dalam penerimaan isyarat imej dan audio. Namun begitu keistimewaan Zoom ialah ia mampu bekerja pada tahap had minima kelajuan internet.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.