Cara Pindahan Wang ASB Online

auto labur myASNB

Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada tahun 1978 sebagai salah satu elemen penggerak Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengorak langkah seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dengan menyediakan satu platform perkhidmatan dalam talian (online) bagi produk Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Sebelum anda dapat menggunakan perkhidmatan ini, anda perlulah mengikuti prosidur yang ditetapakan iaitu melakukan proses pendaftaran terlebih dahulu.

Pendaftaran Pengguna MyASNB
  • Langkah 1 – Kemas kini maklumat peribadi (nombor telefon) anda di cawangan atau ejen ASNB. Langkah 1 ini adalah perlu sebagai langkah-langkah keselamatan untuk memastikan bahawasanya anda adalah individu yang sebenar sebagai pemegang akaun pelaburan ASN dan/atau ASB.
  • Langkah 2 – Ikuti langkah mudah untuk pendaftaran myASNB
  • Langkah 3 – Aktifkan akaun myASNB anda
  • Langkah 4 – Mula melabur dalam unit amanah ASNB

Peringatan : Kata laluan sementara akan diberikan sebaik sahaja anda selesai mendaftar. Sila rekodkan untuk kegunaan kali pertama pada skrin login masuk.

Ejen-ejen ASNB adalah Maybank, Maybank Islamic, CIMB, CIMB Islamic, RHB, RHB Islamic, Pos Malaysia, Bank Simpanan Nasional (BSN), Affin Bank, Alliance Bank, AmBank, AmBank Islamic, Bank Muamalat, HongLeong Bank, HongLeong Islamic Bank, Bank Islam, AFFIN Islamic.

Didalam video yang akan dipertontonkan kepada anda, terdapat satu ruangan untuk anda mengesahkan penerimaan terhadap Terma & Syarat dan Dasar Privasi. Untuk lebih jelas berkenaan perkara tersebut, anda diberikan pilihan untuk membaca dan mengesahkan penerimaan anda terhadap terma dan syarat yang dijelaskan oleh pihak PNB melalui portal ASNB Online. Tandakan kotak “Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat dan Dasar Privasi”. Klik SETUJU dan ikuti sahaja turutan proses sepertimana dalam video dibawah.

Pengesahan Penerimaan Terma dan Syarat

Berikut dipertontonkan cara-cara pendaftaran myASNB untuk memudahkan anda mengikuti langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar penggunaan ASB Online.

Cara Mendaftar myASNB

Ramai yang tertanya-tanya, apakah kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh perkhidmatan ASB Online. Adakah ia membolehkan pelabur ASB dan pelabur ASN membuat transaksi sepertimana perkhidmatan yang disediakan oleh bank-bank tempatan?

Berikut adalah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh ASNB Online:

  • Menambah pelaburan dalam unit amanah ASNB secara percuma
  • Menyemak urusniaga terkini
  • Butiran pelaburan terperinci;
  • Membuka akaun baharu unit amanah ASNB

Nota: Tiada kemudahan untuk melakukan pengeluaran wang melalui sistem myASNB. Tiada pilihan didalam sistem untuk memindahkan wang pelaburan ke akaun-akaun bank pelabur.

Perkhidmatan myASNB ini disediakan dalam 2 platform iaitu secara portal dan secara applikasi telefon pintar. Namun begitu bagi mereka yang ingin menggunakan applikasi myASNB di telefon, mereka perlulah terlebih dahulu mendaftar di portal myASNB.

Applikasi myASNB pula boleh dimuat-turun melalui link berikut :

Kemudahan telah ada untuk memudahkan aktiviti pelaburan anda. Pilihan tetap di tangan anda samada ingin terus berurusan di kaunter ejen-ejen ASNB yang memakan masa yang lama atau duduk berehat di rumah sambil-sambil menonton TV masih boleh melakukan urusan penambahan unit-unit pelaburan.

Disamping itu dapatkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan cara transfer duit online yang memudahkan anda memindahkan wang dari satu bank ke bank yang lain secara online. Zaman telah berubah di mana kita tidak boleh lari dari menggunakan kecanggihan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian kita.

Semoga informasi ini bermanfaat.

1 Comment

  1. Pingback: Cara Transfer Duit Online | Rentas Minda

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.