Cara Transfer Duit Online CIMB Paling Mudah

cimb mobile apps

Rentetan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa pada ketika ini membuatkan rakyat Malaysia banyak memilih untuk melakukan pembelian secara dalam talian dengan tujuan untuk mengelakkan bertemu dengan penjual secara terus. Sekiranya penjual melakukan COD (Cash On Delivery), pastikan Penjarakan Sosial (Social Distancing) dipraktikkan dengan sempurna.

Bagaimana Transfer Duit Online CIMB?

Berikut diperturunkan tutorial bergambar tentang cara transfer duit online CIMB. Ianya tidaklah sesukar manapun dan tutorial ini telah disusun secara rapi dengan menunjukkan langkah demi langkah sehinggalah anda berjaya melakukan pemindahan wang menggunakan sistem perbankan online CIMB.

Langkah 1 : Pergi ke sistem perbankan online CIMB. Pastikan alamat laman Web adalah yang betul. Ataupun anda klik pada pautan sistem perbankan online CIMB ini dan RentasMinda akan membawa anda ke laman web perbankan online CIMB yang sebenar. Imej latarbelakang adalah imej dinamik yang sentiasa bertukar selang beberapa saat. Anda mungkin melihat latarbelakang imej yang berbeza dengan imej dibawah. Jangan panik, pastikan alamat URL adalah https://www.cimbclicks.com.my/.

CIMBClicks Welcome Screen

Langkah 2 : Login ke sistem perbankan online CIMB.

Sistem Perbankan Online CIMB

Masukkan ID pengguna anda di bahagian Enter User ID sepertimana imej di atas dan klik Login. Selepas itu, anda dikehendaki mengesahkan SecureWord sepertimana ditunjukkan dalam imej dibawah.

cimbclicks secureword
CIMBClicks SecureWord

Sekiranya SecureWord anda adalah benar, anda perlu menanda Yes, this is my SecureWord dan masukkan password anda. Selepas itu klik Login.

Langkah 3 : Membuat pilihan Pay & Transfer

cimbclicks dashboard
CIMBClicks Dashboard
cimbclicks pay and transfer
Cara Transfer Duit Online CIMB

Langkah 4 : Memasukkan butir-butir transaksi pindahan ke akaun lain.

cimbclicks transfer other bank
CIMBClicks Pindahan Wang Ke Akaun Bank Lain

Di sini anda perlu mengenalpasti samada pindahan itu melibatkan akaun di dalam bank CIMB ataupun pindahan ke akaun di bank-bank yang lain. Didalam tutorial ini, ia menunjukkan pindahan ke akaun pihak ketiga di bank yang lain. Klik To Other Banks. Pilih bank pihak penerima, pilih pindahan segera (Instant Transfer) atau pindahan biasa (Normal Transfer). Pilih jenis pindahan sebagai Fund Transfer.

cimbclicks butiran pindahan
CIMBClicks Butiran Pindahan
cimbclicks butiran pindahan
CIMBClicks Butiran Pindahan

Masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan di ruangan Amount dan nyatakan bilakah anda inginkan perpindahan wang tersebut berlaku di ruangan When. Secara automatik sistem akan memaparkan tarikh hari semasa.

Ruangan Recipient Reference dan Other Payment Details adalah ruangan yang tidak wajib diisi. Namun, jika anda memindahkan wang ke akaun penerima atas tujuan pembelian barang sebagai contoh, ruangan ini amat berguna untuk anda menyatakan apakah tujuan pemindahan wang tersebut. Mungkin di ruangan Recipient Reference boleh diisi dengan nama anda dan nombor telefon manakala di ruangan Other Payment Details boleh diisi dengan nama barang yang dibeli. Maklumat ini akan muncul dibahagian penyata transaksi yang dapat dilihat oleh si penerima. Isikan maklumat ini seberapa ringkas kerana ada had jumlah huruf yang dibenarkan.

Ruangan Notify Recipient pula boleh digunakan untuk sistem menghantar notifikasi kepada penerima wang dalam bentuk SMS atau Email. SMS dikenakan bayaran manakala email adalah percuma. Jika anda inginkan si penerima menerima mesej dengan kadar yang segera, pilihan SMS amat digalakkan. Anda tentu tidak mahu penjual barangan yang anda beli terlepas-pandang pembelian yang telah anda lakukan. Kadar bayaran 20 sen setiap SMS adalah amat berpatutan. Dengan cara ini anda tidak perlu menghantar resit transaksi bayaran online yang telah anda lakukan kepada penjual.

Langkah 5 : Klik Transfer Money untuk mengarahkan sistem melakukan pindahan. Sistem akan memaparkan maklumat yang telah anda pilih dan anda diminta mengesahkannya.

cimbclicks confirm transaction
CIMBClicks – Mengesahkan Transaksi

Seterusnya anda akan diminta untuk mengesahkan maklumat transaksi yang telah anda pilih dan sistem memerlukan TAC untuk melakukan transaksi bagi pihak anda. Anda boleh mendapatkan penerangan di artikel lain di blog RentasMinda berkaitan dengan tajuk “Apakah Itu TAC?“. Penerangan mengenai TAC tidak dihuraikan di sini. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada Request TAC dan masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS ke ruangan Enter TAC. Selepas itu klik Confirm dan pindahan duit secara online pun berlaku.

Kesimpulan :

Penggunaan sistem perbankan online memang memudahkan para pelanggan bank untuk melakukan transaksi atas talian di mana-mana sahaja asalkan kawasan tersebut mempunyai capaian ke rangkaian Internet. Perhatikan saja pada tutorial ini, Cara Transfer Duit Online CIMB yang begitu mudah untuk diikuti. Jika dilihat pada susunan menu yang terdapat dalam sistem perbankan online, ianya amat mudah difahami kerana konsep aliran penggunaan sistem telah dibuat kajian yang menyeluruh oleh pihak bank. Anda hanya perlu mengikuti arahan-arahan yang terdapat di skrin. Ambil langkah-langkah keselamatan dengan tidak berkongsi maklumat login ID, kata-laluan dan kod TAC dengan pihak lain. Amalkan penciptaan kata-laluan yang tinggi tahap keselamatan dengan menggabungkan huruf besar dan kecil, nombor dan simbol-simbol khas seperti ~, !,# dan sebagainya. Ini dapat mengelakkan dari akaun anda diceroboh oleh seorang hacker. Jangan sesekali melayan panggilan dari mereka yang disyaki sebagai scammer dan juga jangan klik pada pautan berkaitan bank anda didalam email yang dihantar oleh scammer. Pastikan alamat laman web bank anda adalah yang asli (https://www.cimbclicks.com.my/). Ini dapat mengelakkan anda menjadi mangsa phishing. Apakah itu phishing dan bagaimana ia mengancam pengguna perbankan online? Dapatkan maklumat lanjut mengenai penipuan melalui kaedah phishing di artikel Penipuan Maybank2u Online Banking.

Rujukan :

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.