Apakah itu WhatsApp Business?

whatsapp business papar katalog

Dengan jumlah pengguna hampir 1.5 billion menjadikan WhatsApp amat popular dikalangan applikasi komunikasi berasaskan Internet. Sebut saja WhatsApp di hadapan budak sekolah rendah apatah lagi dikalangan murid sekolah menengah, hampir kesemuanya tahu apa itu WhatsApp. Agak sukar untuk kita beralih ke applikasi perbualan yang lain kerana rata-ratanya setiap telefon pintar mempunyai applikasi WhatsApp . Untuk tidak ketinggalan berhubungan dengan rakan-rakan mahupun keluarga, kita akhirnya terjebak jua untuk menggunakan WhatsApp.

Rajah dibawah menunjukkan populariti WhatsApp yang telah dianalisa oleh Statisca.com.

jumlah pengguna Whatsapp

Mengapakah WhatsApp begitu popular?

Pada peringkat permulaan, memang WhatsApp agak sedikit ketinggalan kerana terdapat had pada bilangan ahli didalam sesebuah grup WhatsApp. Ini menjadikan applikasi seperti Telegram menyerlah pada ketika itu.

Adakah WhatsApp business percuma?

Whatsapp business adalah percuma dan tersedia untuk dimuat-turun di Google Playstore.

Bolehkah kita menggunakan nombor telefon yang sama untuk WhatsApp dan WhatsApp Business?

TIDAK. Ia hanya terhad untuk 1 nombor telefon yang unik. Ini bermaksud anda perlukan 2 kad SIMM, 1 untuk Whatsapp dan 1 lagi untuk WhatsApp Business. Ini tidak menjadi masalah besar kerana kebanyakan telefon mempunyai slot tambahan untuk SIMM ke-2.

Apakah yang terjadi sekiranya kita memuat-turun applikasi WhatsApp business sedangkan kita telah pun mempunyai applikasi WhatsApp?

Anda mempunyai pilihan untuk melakukan pemindahan kandungan perbualan ke akaun WhatsApp business. Pastikan anda melakukan backup secara manual sebelum memutuskan untuk memindahkan kandungan perbualan WhatsApp. Ini kerana rekod perbualan anda tidak dapat dipindahkan semula ke WhatsApp sekiranya anda memutuskan untuk berhenti menggunakan WhatsApp business. Oleh yang demikian fikir semasak-masaknya apabila memilih opsyen memindahkan kandungan perbualan WhatsApp ke WhatsApp business.

Bagaimana memuat-turun WhatsApp business?
  • Muat-turun Whatsapp business secara percuma di Google Playstore.
  • Sahkan nombor telefon anda. Ini adalah nombor telefon untuk sebarang komunikasi dengan pelaggan anda.
  • Restore (pindahkan) rekod perbualan anda sekiranya anda memilih opsyen ini.
  • Masukkan nama perniagaan anda.
  • Cipta profail dengan melakukan tap pada More Opsyen : > Settings > Business Settings > Profile

Ciri-ciri WhatsApp Business

  • Menyediakan ruang untuk pengguna meletakkan maklumat Business Profile seperti nama, alamat, keterangan ringkas berkenaan perniagaan yang dijalankan, email dan website rasmi syarikat. Untuk mereka yang menjalankan perniagaan, mereka haruslah mudah dijumpai dikenali oleh semua orang.
  • Untuk memudahkan pengguna berinteraksi dengan bakal pelanggan, telah disediakan satu ciri yang diberi nama “Quick Replies” yang bermaksud pengguna boleh membuat ketetapan mesej yang kerap digunakan untuk membalas mesej pelanggan.
whatsapp business quick replies
WhatsApp Business Quick Replies
  • Juga disediakan opsyen mesej automatik untuk anda membalas mesej secara automatik sekiranya anda tidak dapat membalas mesej dengan serta-merta. Fungsi ini juga membolehkan anda menghantar mesej-mesej tertentu secara automatik sebaik sahaja pelanggan mula berkomunikasi dengan anda.
mesej automatik whatsapp business
WhatsApp Business – Mesej Automatik
  • Untuk memudahkan proses penyaringan pelanggan dan chat, Whatsapp for Business menyediakan kemudahan Label. Anda boleh mencipta label anda sendiri dan mula melabelkan setiap pelanggan dan chat. Dengan cara ini, ia memudahkan anda menyusun strategi terhadap pelanggan tertentu, contohnya label yang diberi nama SudahBayar, BelumBayar, Berminat dan sebagainya.
  • Statistik Komunikasi merupakan elemen penting yang perlu diambilkira oleh mereka yang serius dalam meningkatkan jualan. Anda boleh menggunakan data statistik ini melihat kembali keberkesanan komunikasi dan melakukan perubahan dalam kaedah komunikasi yang dapat menarik minat bakal pelanggan anda.
  • Seringkali kita dibebani oleh masalah untuk mencari kumpulan-kumpulan mesej seperti Unread, Group, Broadcast List dan Label. Dengan ciri penapis ChatList, anda kini boleh memilih himpunan mesej yang perlu diberi perhatian.

Sekian, semoga artikel ini bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.