Cara Download Video Youtube

cara download video youtube

Petang Selasa yang dingin selepas hujan mengajakku untuk berkongsi cara download video YouTube dengan mudah tanpa download software. Aku ni jenis dah malas nak download software untuk satu-satu benda tu. Aku lebih suka guna web-based software yg tak payah download. Segala setting just buat kat bahagian akaun kita dan lepas tu buatla apa yang aku suka.

Bukan apa, kalau software yang kena download dan install kat desktop, nanti kalau software tak best, kenala uninstall pulak. Tu yang malas betul aku nak buat.

Petang ni kena download video dari Youtube. Jangan korang ingat aku ni jenis orang yang suka download video orang lain pastu edit dan upload balik kes Youtube. Sori bro, wa bukan jenis tu. Respek sikit hasil kerja orang lain.  Tapi kalau korang download video orang lain lepas tu edit dan upload balik ke server Youtube DAN… DAN… korang promote produk orang tu, tak apalah buat camtu. Faham ye, bagi nasihat sikit petang Selasa ni, hehehe…

Selak-selak Google jumpa la satu software ni nampak macam ok. Aku pun cuba la, dan hasilnya not bad. Namanya ClipConverter. Dari muka depan website ni memang takde commercial value langsung. Lebam je sana-sini. Software buatan orang Jerman beralamat di Lunaweb Ltd, Postfach 11 47, 85739 Garching / Germany. Kalau korang gi Jerman singgah-singgah ofis diaorang sambil tunjukkan yang korang pengguna setia produk diaorang.

cara download video youtubeCara Download Video Youtube

Memang sempoi habis software ni. Tak banyak kerenah, input yang perlu hanya sedikit aje. Itu yang paling aku suka, letih la layan software yang banyak cikada kena masuk input berjela-jela. Sepatutnya semua software maker kena fikir apakah cara termudah untuk guna software mereka.

cara download video youtube

Diperturunkan di sini cara download video youtube. Tengok gambar diatas sebagai rujukan.

  1. Masukkan URL video yang hendak didownloadkan dan klik Continue. Atau kalau korang nak convert video korang, jadi korang kliklah “Upload and Convert File”.
  2. Pilih jenis conversion – MP4, 3GP, AVI, dan lain-lain lagi. Nak convert audio pun boleh juga.
  3. Klik Start. Korang akan dibawa ke skrin yang baru.
  4. Klik Download.

Kelajuan boleh diterima akal. Ianya banyak juga bergantung kepada saiz fail yang telah diconvertkan. Saranan aku la, pilih format file yang bersesuaian dengan kegunaan fail tu nanti. Kalau pilih fail beresolusi tinggi pun takde gunanya video nampak cantik hebat tapi slow. Setakat ini saja perkongsian cara download video youtube.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.