Whatsapp Versi Terbaru

Tidak dapat dinafikan lagi Whatsapp kini amat popular sebagai medium komunikasi menggantikan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang dahulunya SMS disediakan oleh pihak operator talian telefon.

Berbanding SMS yang mengenakan caj minima sebanyak 5 sen hingga 30 sen suatu masa dahulu, kini kos telefon dapat dijimatkan kerana Whatsapp tidak mengenakan sebarang bayaran bagi setiap mesej yang dihantar.  Whatsapp menggunakan pakej data yang dibeli dari pihak operator telefon dalam kuota data pakej bermula dari 256Mb hingga ke saiz Gigabait.

Sebagai contoh jika data pakej yang diambil adalah 256Mb, kuota ini akan berkurangan apabila anda menghantar atau menerima mesej. Kuota ini diberi setiap 30 hari dan akan hangus baki kuota apabila tempoh 30 hari berakhir. Untuk 30 hari yang berikutnya, kuota kembali kepada 256Mb. Namun begitu sekiranya anda hanya pengguna tegar Whatsapp berbentuk teks sahaja, pengurangan kuota ini akan berlaku dalam jumlah yang sedikit. Jangan sesekali memuat-turun imej dan video menggunakan fungsi mobile data. Jika kuota anda kecil, tunggu sehingga telefon anda memasuki kawasan yang menyediakan khidmat Wifi.

Anda boleh setkan Whatsapp untuk memuat-turun imej dan video sekiranya telefon memasuki kawasan Wifi. Bertanyalah kepada tuanpunya Wifi akan password yang diperlukan untuk menyambungkan telefon anda dengan perkhidmatan Wifi. Rata-rata sekarang ini restoran-restoran mempunyai perkhidmatan Wifi bagi menarik minat pelanggan berkunjung ke premis mereka, terutamanya restoran-restoran mamak.

Cara mensetkan Whatsapp untuk memuat turun imej dan video apabila connected ke Wifi kedai mamak.

Whatsapp set download optionDi bahagian menu, pilih settings => data usage => When using mobile data. Check  dibahagian checkbox yang disediakan. Kebiasaannya jika saiz data pakej adalah kecil, sewajarnya anda uncheck semua option yang di atas.

Whatsapp versi terbaru mempunyai beberapa ciri antaranya :

  • Boleh zoom in dan zoom out gambar sewaktu process rakaman. Hanya perlu menarik sentuhan jari di skrin dalam arah ke atas dan ke bawah.
  • Emoji yang lebih besar sedikit berbanding sebelumnya. Ciri-ciri ini pada hakikatnya tidak lah penting.
  • Jika di iPhone, opsyen Archive, Read All dan Delete tersedia di muka hadapan Whatsapp.
  • Chat dibuka lebih pantas berbanding yang sebelumnya.

Selain itu dalam versi yang terdahulu, terdapat beberapa ciri-ciri yang menarik antaranya :

  • Whatsapp Web memudahkan proses komunikasi. Pengguna lebih gemar menggunakan Whats Web kerana anda dapat menaip dengan pantas di keyboard komputer berbanding di smartphone.
  • Encryption yang bermaksud setiap teks, photo, video, pesanan suara, dokumen dan panggilan telefon yang dibuat akan ditukar kepada kod-kod yang hanya boleh dibaca oleh Whatsapp si penerima. Sekiranya bahan tersebut dipintas oleh pihak lain, ianya tidak dapat difahami oleh pihak tersebut. Proses encryption ini berlaku secara end-to-end dimana hanya Whatsapp si penghantar dan Whatsapp si penerima sahaja yang boleh membaca bahan tersebut. Bahkan pihak Whatsapp sendiri tidak dapat membaca bahan tersebut. Secara peribadi, saya amat mengagumi ciri-ciri ini yang dapat meningkatkan kredibiliti Whatsapp dikalangan pengguna. Download Whatsapp Security White Paper di sini. Anda boleh melihat status komunikasi individu atau kumpulan untuk mengenalpasti samada mereka telah menggunakan Whatsapp versi terbaru yang mempunyai ciri-ciri encryption ini. whatsapp encryption statusIkuti penerangan lanjut di posting Whatsapp Menggunakan Data Encryption.
  • Perkongsian dokumen membolehkan anda menghantar fail-fail seperti fail PDF ke seseorang. Ini memudahkan anda berinteraksi dengan rakan-rakan lain dan tidak perlu lagi menggunakan email untuk berkongsi dokumen.
  • Petunjuk Mesej yang diperkenalkan amat berguna sekali didalam sesebuah grup Whatsapp. Seringkali terdapat banyak perbualan yang berlaku didalam sesebuah grup hinggakan anda mendapati sukarnya untuk menarik perhatian semua bahawa anda sedang bertanya mengenai mesej yang dihantar oleh ahli grup. Caranya hanya dengan klik pada mesej yang ingin dirujuk dan pergi ke menu dan klik ikon referring.

whatsapp referring message

Whatsapp versi terbaru jarang sekali diketahui oleh pengguna kerana Whatsapp tidak pernah memberitahu pengguna berkenaan versi terbaru yang telah memasuki pasaran. Kebanyakan dari kita hanya mengetahui berkenaan versi terbaru melalui rakan-rakan. Itulah antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh Whatsapp.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.