Harga Huawei P40 dan Huawei P40 Pro

huawei p40 pro fotografi

Dalam pada negara China teruk dilanda wabak COVID-19, syarikat gergasi telefon mereka, Huawei Technologies Co. Ltd. meneruskan daya saing mereka di gelanggang telekomunikasi dengan melancarkan telefon bimbit model Huawei P40 dan Huawei P40 Pro.

Akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan Huawei Malaysia telahpun membuka pilihan bagi pengguna membuat pra-tempahan kedua-dua model tersebut.

Harga Huawei P40 ialah RM2799 dan harga Huawei P40 Pro pula ialah RM3899. Terdapat beberapa hadiah sampingan bernilai lebih dari RM1300. Tempahan yang diterima akan diproses dan dihantar kepada pembeli mulai 11 April 2020. Kebetulan pembeli pada ketika ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan, maka memang sewajarnya kaedah pembelian melalui pembelian dalam talian.

harga huawei p40 pro
Harga Huawei P40 dan Huawei P40 Pro

Perbezaan di antara Huawei P40 dan Huawei P40 Pro

Secara ringkasnya perbezaan di antara Huawei P40 dan Huawei P40 Pro hanyalah pada memori, saiz skrin, bateri dan ketajaman imej dari kamera depan dan belakang.

spesifikasi huawei p40 pro
Spesifikasi Huawei P40 dan Huawei P40 Pro

Amat jelas sekali perlumbaan oleh pengeluar telefon pintar lebih menjurus kepada teknologi imej. Kualiti imej yang diambil, antara aspek penting dalam pemilihan sesebuah telefon pintar oleh bakal pembeli. Oleh itu Huawei P40 dan Huawei P40 Pro didatangkan dengan ciri-ciri kamera yang berspesifikasi tinggi.

Kualiti Zoom Imej Huawei P40 Pro
kualiti imej huawei p40
Kualiti Imej Huawei P40

Rata-rata penggemar telefon terkini terdiri dari golongan muda dan segmen ini kemungkinannya menjadi sasaran pengeluar-pengeluar telefon menghasilkan sebuah gajet yang mampu menggantikan fungsi sebuah kamera digital. Tidak ramai yang memiliki kamera digital ketika ini kerana kamera digital tidak dapat memuat-naik foto-foto yang diambil ke Internet. Di zaman penggunaan media sosial yang semakin popular, foto yang diambil akan dikongsikan seberapa segera ke saluran Facebook, Whatsapp, Telegram, Instagram dan sebagainya. Itulah namanya trend.

Bukan 1 kamera, bukan 2 tapi 4 kamera disediakan untuk Huawei P40 Pro. Itu tidak termasuk kamera hadapan untuk berselfie. Memang tidak akan mengecewakan para penggemar foto yang ingin memuat-naik foto secepat mungkin.

Antara ciri-ciri kamera Huawei P40 Pro adalah :

50 MP Ultra Vision Camera

  • 1/1.28 inch Ultra Vision Sensor
  • RYYB colour filter array
  • Octa PD Autofocus
  • Take in massive light and detail for super clarity.

12 MP Telephoto Camera

  • 5x Optical Zoom2
  • 10x Hybrid Zoom3
  • 50x Max Zoom
  • Meet the unseen details.

40 MP Ultra Wide Cine Camera

  • 1/1.54 inch sensor
  • Ultra Low-light video
  • Ultra Slow-motion video
  • Telephoto video
  • 4K Time lapse video
  • Cinematic video camera with multiple features.

3D Depth Sensing Camera

  • Real-time depth detection
  • Create professional-level bokeh effects.

32 MP Front Camera with auto-focus and a IR depth camera

Imej Dari Kamera Depan 32 MP

Bagi penggemar permainan video, telefon ini yang dikuasakan oleh pemproses Kirin 990 5G menjanjikan kelajuan dalam kelasnya. Hasil dari pemproses berkelajuan tinggi ini dapat dilihat dari kelancaran pergerakan imej permainan video menggunakan kuasa bateri yang rendah dan kurang mengeluarkan haba.

Ringkasan :

Jika dilihat pada penampilan ciri-ciri yang ketara pada model ini ialah pada kualiti gambar yang diambil. Rata-rata pengguna telefon pintar berspesifikasi tinggi amat diminati oleh golongan muda dan mereka amat mementingkan kualiti gambar yang mampu dihasilkan oleh telefon bimbit. Bagi mereka yang meminati permainan dalam telefon pintar, Huawei P40 Pro mampu menarik perhatian mereka melalui pergerakan video yang lancar dan telefon tidak cepat menjadi panas kerana kecanggihan teknologi yang ada pada pemproses Kirin 990 5G. Manakala, jualan pada harga di bawah RM4000 boleh dikatakan harga yang kompetitif jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain dalam kelas yang sama.

Rujukan :

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.