Plan Digi Prepaid Terbaik biGBonus

pelan digi prepaid terbaik

Ketahui mengenai plan pakej Digi biGBonus yang dapat memenuhi citarasa pelayaran internet anda dilaman web ini.

Amat gah pada namanya, Digi kini menampilkan barisan plan prepaid terbaik buat kegunaan rakyat Malaysia. Dengan pakej bermula dari RM28, anda dapat membuat panggilan percuma ke atas semua rangkaian ditambah pula dengan had data internet yang berpadanan dengan apa yang anda bayar. Sebenarnya, Digi juga menawarkan satu pelan lain yang setara dengan pakej plan Digi Prepaid biGBonus ini tetapi jika dibandingkan dengan barisan pakej plan Digi Internet Cili Padi, pakej plan Digi biGBonus ini pada dasarnya lebih menarik. Di artikel kali ini akan bentangkan apakah pakej plan Digi Prepaid biGBonus agar anda dapat maklumat yang lebih jelas.

Plan Digi Prepaid RM28

Antara ciri-ciri pakej plan Digi Prepaid RM28 ialah panggilan tanpa had ke atas semua rangkaian. Ini sememangnya amat berbaloi bagi mereka yang banyak membuat panggilan telefon serta kurang menggunakan internet. Sebenarnya bagi mereka yang mempunyai kemudahan internet di rumah (home broadband), jumlah 4Gb sebulan sudah memadai. Tambahan pula pada zaman ini terdapat banyak premis yang menyediakan kemudahan Wifi dan ini tentu sahaja dapat menjimatkan had internet Digi yang anda langgani. Gunakan Wifi percuma sekiranya tempat yang anda kunjungi mempunyai kemudahan tersebut.

Selain dari 4Gb saluran internet berkelajuan tinggi yang diberikan, anda juga dapat menikmati tambahan sejumlah 30Gb sebulan pada tetapan 1Gb setiap hari sekiranya anda menggunakan internet dari jam 1pm hingga 7pm.

Plan Digi Prepaid RM50

Plan selanjutnya ialah pakej plan Digi Prepaid RM50 untuk setiap 30 hari. Dengan tawaran internet berkelajuan tinggi sebanyak 9Gb, diikuti dengan 90Gb percuma dan panggilan percuma ke atas semua rangkaian telefon, ia amat sukar ditolak oleh bakal pengguna. Jumlah 90Gb tersebut adalah pecahan 3Gb setiap hari bermula dari jam 1pm hingga 7pm untuk tempoh sebulan.

Plan Digi Prepaid RM70

Lihat pula apa yang ditawarkan oleh plan Digi Prepaid RM70. Tawaran merangkumi 14Gb internet berkelajuan tinggi yang juga disertakan dengan 3Gb percuma setiap hari dari jam 1pm hingga 7pm selama 30 hari. Jumlah data internet yang diperolehi oleh pelanggan dalam tempoh sebulan ialah sebanyak 14Gb + 90Gb bersamaan 104Gb. Rasanya tidak habis data internet anda jika dalam tempoh sebulan itu anda juga menggunakan perkhidmatan wifi yang banyak didapati di premis-premis restoran.

Ringkasan

Terdapat 3 pakej yang ditawarkan oleh Digi untuk plan internet bigBonus ini iaitu plan Digi Prepaid RM28, RM50 dan RM70. Ketiga-tiga plan ini menyediakan capaian internet berkelajuan tinggi pada had kuota asas dan tambahan sejumlah besar kuota yang boleh digunakan dari jam 1pm hingga 7pm. Secara ringkasnya pakej Digi RM28 menyediakan sejumlah 34Gb, manakala pakej Digi RM50 sebanyak 99Gb dan 104Gb untuk pakej Digi RM70. Kesemua kuota ini mempunyai tempoh laku selaman sebulan. Jika dilihat pada ketiga-tiga pakej ini, pakej Digi Prepaid RM50 amat berbaloi untuk dimiliki kerana jumlah data internetnya tidak jauh beza dengan pakej Digi Prepaid RM70.

Rujukan

Digi Prepaid Next => https://www.digi.com.my/shop/prepaid-plans/prepaid-next

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.