Kelebihan Oppo A93

kelebihan Oppo A93

Oppo kembali lagi menggegarkan dunia telekomunikasi dengan pelancaran Oppo A93. Pada harga RM1299 menjadikan ia sebuah peranti pintar yang hebat didalam kelasnya. Jom ikuti apakah kelebihan yang ada pada telefon pintar Oppo A93.

kelebihan Oppo A93
Pelancaran Oppo A93

Kelebihan Oppo A93

  • Masih mengekalkan ciri-ciri telefon pintar masa-kini dengan penampilan sisi lengkung yang amat selesa apabila memegang gajet canggih ini.
  • Amat nipis dalam kelasnya dengan ketebalan hanya 7.48mm menjadikan ianya begitu ringan sekali dengan hanya mencatatkan berat 164g. Lihat saja pada gambar dibawah yang membuktikan berat dan saiz anggaran.
kelebihan oppo a93
Berat Oppo A93
  • Bagi mereka yang gemar berswafoto ianya menyediakan 2 kamera dibahagian hadapan.
  • Untuk gambar yang lebih jelas, 4 kamera dibahagian belakang amat mengujakan.
  • Kesemua kamera dilengkapi dengan fungsi teknologi Kepintaran Buatan (Artificial Intelligent – AI).
kelebihan oppo a93 - kamera
6 Kamera AI Oppo A93
Oppo A93 Potrait
Oppo A93 AI Night Flare
Oppo A93 AI Super Night Potrait
  • Rakaman video yang berkualiti tinggi, sesuai untuk mereka yang gemarkan vlogging. Kurang goyang berbanding telefon lain yang sekelasnya.
  • Bagi peminat permainan video, Oppo A93 dilengkapi dengan MediaTek Hyper Engine iaitu MediaTek Helio P95 dengan kapasiti 8GB + 128GB. Manakala pemprosesnya adalah 8 Core dengan kelajuan 2.2Ghz
kelebihan oppo a93 - chipset
Oppo A93 Processor
  • Tempoh masa pengecasan yang singkat, hanya 5 minit diperlukan untuk kegunaan 4 jam masa perberbualan.
kelebihan oppo a93 - keupayaan bateri
Oppo A93 Tempoh Masa Penggunaan

Kesimpulan

Jika dilihat pada senarai kelebihan Oppo A93, sudah tentu kita merasakan harganya melebihi angka 2000. Walaupun model A93 digolongkan sebagai gajet peringkat pertengahan dalam siri model telefon Oppo, ianya tetap diberikan fungsi-fungsi canggih yang setara dengan kelas yang lebih tinggi. Apa yang anda dapat dari gajet ini sememangnya amat berbaloi dengan bayaran yang dibuat.

Sekian.

Sumber : Oppo Malaysia Website

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.