Cara Screenshot Di PC

lightshot logo

Tidak kiralah anda sedang menggunakan komputer desktop atau laptop kerana objektifnya tetap sama iaitu ingin melakukan screenshot untuk tujuan dicetak, dikongsikan di laman sosial ataupun untuk disimpan di harddisk.

Sebenarnya cara screenshot di PC telah ada tersedia menggunakan kekunci [prt-scr] beserta applikasi Paint sebagai medium untuk melakukan suntingan dan seterusnya menyimpannya ke dalam harddisk. Walau bagaimanapun proses editing ini agak leceh.

Di luar sana banyak applikasi yang setara dengan Paint yang membolehkan hasil screenshot diolah mengikut saiz tertentu dan dimasukkan teks serta warna yang diingini. Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai applikasi screenshot yang saya gunakan iaitu applikasi Lightshot. Ianya mudah digunakan dan ringkas pula dari segi penggunaannya.

lightshot logo

Sedikit sebanyak yang anda perlu tahu tentang Lightshot…

Berkongsi screenshot melalui internet
Mudah jika anda ingin berkongsi foto, imej, sebahagian dari laman web atau apa jua bahagian di skrin bersama rakan anda. Sebenarnya jika anda berkomunikasi dengan mana-mana individu yang bertindak memberikan khidmat sokongan  ke atas applikasi yang anda gunakan, mereka akan meminta screenshot bagi memudahkan mereka melakukan siasatan. Dengan Lightshot, imej yang diambil amat mudah dikongsikan seperti kandungan blog, Twitter, Facebook dan sebagainya.

Rekod Mengenai Screnshot Yang Telah Diambil
Anda boleh menjejak semua screenshot yang diambil dengan log masuk ke prntsscr.com.

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=FU1-LNmI34o[/embedyt]

Menyalin Hasil Screenshot Ke Clipboard
Anda boleh menyalin screenshot ke ruang ingatan Clipboard dan menampalnya ke mana-mana applikasi seperti Word, Paint, Photoshop dan lain-lain lagi.Caranya ialah dengan menekan kekunci Ctrl+C. Pilihan lain ialah dengan terus menekan Ctrl key sebelum memilih kawasan yang diingini.

Menyunting Imej Yang Diambil
Anda boleh menyunting screenshot yang diambil dengan serta-merta tanpa perlu membuat tampalan di penyunting imej seperti Paint dan sebagainya. Cara ini dapat menjimatkan masa suntingan dan mudah menyiman imej tersebut terus ke dalam format yang dikehendaki.

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=TC3Bauh1yS4[/embedyt]

Penerangan mengenai cara screenshot di PC menggunakan Lightshot melalui video Youtube di atas sudah memadai untuk seseorang memahami tentang kaedah penggunaan Lightshot. Terdapat beberapa fungsi lain tetapi ia agak setara dengan fungsi yang terdapat pada applikasi print screen yang lain. Saya amat menyarankan anda menggunakan applikasi ini kerana ia amat ringan walaupun komputer sedang menampung beban yang tinggi mengawal-selia applikasi-applikasi lain yang sedang dibuka.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.