Apa Itu Mesh Wifi Unifi?

Sebelum kita mengikuti lebih lanjut berkenaan topik di atas, elok juga kita membuat sedikit kajian tentang wireless Mesh. Wireless Mesh atau Mesh Tanpa Wayar ini bukanlah satu bentuk network yang baru, ianya telah lama digunakan cuma pada peringkat awalnya ia digunakan dalam bidang ketenteraan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan Mesh Wifi, anda boleh melayari artikel berkenaan Apa Itu Wireless Mesh didalam blog ini.

Secara ringkasnya Mesh Wifi merujuk kepada satu bentuk rangkaian yang bersambungan di antara satu sama lain dan menggunakan SSID yang sama. Apabila ke semuanya menggunakan SSID (Service Set Identifier) yang sama, maka, berlakunya penyambungan Wifi tanpa terputus apabila anda bergerak dari satu kawasan didalam rumah ke bahagian rumah yang lain.

Harga sebuah unit Mesh Wifi pada ketika ini agak mahal. Carian di laman jualan online Shopee menunjukkan harga sekitar RM250 yang didatangkan dengan 2 unit. Sebelum anda memilih pakej yang diwar-warkan di Shopee atau Lazada, pastikan anda menilai keluasan ruang di rumah anda. Perlu juga mengambilkira aras di rumah anda dan berapa banyak sekatan dinding yang ada. Untuk makluman anda, lebih banyak sekatan dinding, lebih lemah isyarat yang sampai ke Mesh Wifi. Sudah tentulah lebih banyak peranti Mesh Wifi yang dipasang, lebih luaslah kawasan liputannya.

TM Unifi Mesh Wifi Harga Mampu Milik

Jadi, apakah itu Mesh Wifi Unifi? TM Unifi telah mengorak langkah dengan membuat penawaran kepada pelanggan mereka untuk menikmati teknologi Mesh Wifi dengan cara memberikan peranti tersebut kepada pelanggan mereka dan memasukkan jumlah bayaran ansuran bagi Mesh Wifi yang diberikan. Ingat ye! Peranti tersebut bukanlah diberi secara percuma akan tetapi kemudahan ansuran yang ditawarkan mampu meringankan beban pelanggan yang inginkan liputan Wifi yang menyeluruh di kediaman mereka.

Berapakah Harga Mesh Wifi Unifi?

Unifi menawarkan 2 pakej ansuran yang berharga RM35 sebulan dan RM15 sebulan. Pelanggan dikehendaki melanggan untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 bulan.

Harga Mesh Wifi Unifi

Maklumat gambarajah di atas diambil dari laman Web Unifi.

Pakej Mesh Wifi Unifi didatangkan dengan 2 unit Mesh Wifi iaitu Deco M9 Plus Unifi dan Deco M4 Unifi dengan keupayaan yang berbeza. Sudah tentu peranti yang lebih mahal lebih berkeupayaan berbanding yang murah. Jika dilihat pada imej di atas, pakej RM35 sebulan menyediakan liputan seluas 4,500 kaki persegi. Ia juga membolehkan 100 peranti menggunakan Wifi pada setiap masa. Namun ini bukanlah faktor yang perlu dipertimbangkan untuk kegunaan di premis kediaman kerana jumlahnya terlalu besar. Secara realistiknya hanya 10-15 peranti sahaja yang akan menggunakan Wifi pada masa sama. Jumlah itu lebih sesuai untuk kedai siber yang menempatkan puluhan komputer untuk kegunaan pelanggan mereka.

Perbandingan Kediaman Pengguna Mesh Wifi Dan Yang Tidak Menggunakan Mesh Wifi

Maklumat gambarajah di atas diambil dari laman Web Unifi.

Pelanggan Unifi tidak perlu bimbang sekiranya Wifi Router mereka bukan dari jenama yang sama dengan jenama TP-Link kerana Mesh Wifi TM Unifi boleh bekerjasama dengan jenama yang lain. Memandangkan produk TM Unifi telah lama wujud, berkemungkinan peranti Wifi Router Unifi telah lama rosak dan telah digantikan dengan jenama yang lain oleh pelanggan.

Bagaimana Melanggan Mesh Wifi Unifi?

Amat mudah untuk mendaftar sebagai pelanggan Mesh Wifi Unifi. Tawaran ini hanya diberikan kepada pelanggan Unifi sedia-ada. Pelanggan hanya perlu ke laman Web Unifi untuk melakukan proses pendaftaran Mesh Wifi. Kemudian pelanggan perlu memilih samada ingin membuat pembayaran sekaligus sebanyak RM360 atau memilih untuk melanggan RM15 sebulan bagi tempoh 24 bulan.

Kesimpulan

Strategi TM Unifi untuk mengekalkan pelanggan mereka yang telah menggunakan perkhidmatan Unifi Broadband nampaknya telah berjaya. TM telah cuba menyediakan opsyen bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki Mesh Wifi mereka. Pada harga serendah RM15 sebulan dan diikat kontrak selama 24 bulan, sememangnya amat berbaloi. Sebagai penyedia talian broadband yang telah kukuh di pasaran tempatan, mereka cuba untuk menarik minat orang ramai untuk terus bersama mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.