Maksud Algoritma

contoh carta-alir

Algoritma bermaksud susun-atur langkah demi langkah sesuatu proses dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Itu adalah definasi secara umum mengenai maksud algoritma. Sebagai menguatkan pernyataan di atas, setiap langkah atau juga dikenali sebagai proses mesti dipatuhi tanpa meninggalkan atau melangkah ke proses seterusnya tanpa menyudahkan proses yang sebelumnya.

Ramai yang mengaitkan algoritma dengan sistem komputer. Memang benar ia gunakan dalam membangunkan sesebuah sistem kompur. Akan tetapi algoritma sebenarnya telah wujud sebelum lahirnya komputer. Kita mungkin tidak menyedari bahawa di setiap organisasi mengamalkan algoritma dalam banyak perkara, contohnya algoritma memohon cuti tahunan, cuti kecemasan, cuti tanpa rekod dan sebagainya.

Algoritma Memohon Cuti Tahun

  1. Mengisi borang permohonan cuti
  2. Mendapatkan kelulusan penyelia
  3. Sekiranya penyelia tidak meluluskan permohonan tersebut, proses terhenti disini.
  4. Sekiranya penyelia meluluskan permohonan tersebut, serahkan borang tersebut kepada kerani pentadbiran untuk direkodkan.

Contoh di atas dengan jelas menerangkan maksud algoritma dalam bentuk yang mudah difahami. Untuk mengukuhkan pemahaman anda, berikut adalah carta-alir yang mewakili algoritma memohon cuti tahunan.

algoritma mohon cuti

Kebanyakan pelanggan sukar menggambarkan sesebuah algoritma. Mereka lebih mudah memahami proses yang dilakarkan melalui carta-alir. Mengapa ini berlaku? Ini disebabkan manusia lebih tertarik akan sesuatu yang bersifat grafik.

Ringkasan

Algoritma mewakili satu turutan proses untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan dan ianya lebih mudah difahami jika dipersembahkan dalam bentuk grafik seperti carta-alir.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.