Pengeluaran i-Lestari KWSP

logo kwsp

Dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan akibat dari wabak Coronavirus COVID-19, kerajaan telah meluluskan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi individu yang mencarum dengan KWSP. Pengeluaran i-Lestari KWSP ini dilihat sebagai sebahagian dari langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak COVID-19.

panduan pengeluaran i-lestari kwsp
Panduan Pengeluaran i-Lestari KWSP

Berikut adalah petikan dari BH Online bertarikh 23/3/2020.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.

Perdana Menteri berkata inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun. Beliau bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini. Katanya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Katanya inisiatif itu akan membabitkan dana berjumlah RM40 billion.

“Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.”

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion,” katanya.

Bagaimana Membuat Pengeluaran Wang KWSP?

Sebelum anda bermula untuk memohon pengeluaran i-Lestari KWSP, sebaiknya anda telahpun mempunyai i-akaun KWSP yang telah diaktifkan. Sila rujuk di artikel KWSP i-Akaun terbitan blog RentasMinda.

Berikut adalah maklumat-maklumat yang perlu anda ketahui untuk melakukan pengeluaran i-Lestari KWSP melalui akaun 2. Terdapat beberapa cara untuk menghantar borang yang telah lengkap diisi mulai 1 April 2020 .

  • Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun web Ahli. Pengeluaran i-Lestari TIDAK BOLEH dibuat melalui aplikasi mobil i-Akaun. Klik di sini untuk Panduan Pengguna.
  • Secara e-mel yang dialamatkan kepada : ilestarimohon@epf.gov.my
  • Secara hantaran pos/kurier kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720,
Petaling Jaya

Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

kwsp pengeluaran i-lestari
Pengeluaran Wang i-Lestari KWSP

Perlu diingatkan sekali lagi di sini bahawa pengeluaran ini hanyalah dari Akaun 2 pencarum KWSP. Ini bertujuan mengekalkan amaun yang berada di Akaun 1 sebagai simpanan persaraan. Selain dari pengeluaran khas lanjutan dari kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan, pencarum juga boleh mengeluarkan wang dari Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun ataupun pengeluaran bagi tujuan mengurangkan baki pinjaman perumahan, pembelian rumah dan sebagainya. Rujuk laman Web KWSP untuk mengetahui jenis-jenis pengeluaran wang KWSP yang dibenarkan.

Ringkasan :

Kerajaan Malaysia telah membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan sebahagian dari simpanan akaun 2 KWSP. Ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan impak wabak COVID-19. Jumlah yang dibenarkan ialah RM500 sebulan selama 12 bulan dan permohonan boleh dilakukan bermula 1 April 2020. Mereka yang berumur dibawah 55 tahun diberikan pilihan untuk membuat pengeluaran menerusi i-Lestari KWSP. Pencarum boleh membuat permohonan melalui online, emel ataupun melalui surat. Bagi permohonan secara online, anda perlu mengaktifkan i-Akaun KWSP anda.

Rujukan :

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.