Apakah Taktik Scammer Malaysia

pejabat scammer

Semenjak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi kegiatan penipuan melalui penipuan perbankan online, penipuan atas talian telefon dan penipuan menggunakan media sosial. Taktik scammer Malaysia ini kebiasaannya akan menggunakan elemen-elemen cemas terhadap mangsanya.

Apakah Taktik Scammer Malaysia?

Mereka berjaya menimbulkan rasa cemas kepada mangsa ataupun membangkitkan rasa keterujaan mangsa terhadap berita yang dikhabarkan. Kumpulan scammer ini menghubungi mangsa secara rawak dan kes yang dibawakan oleh mereka kebiasaannya berkisar tentang perkara yang berikut :

  • Mangsa mempunyai saman tertunggak dan kes akan disebut di mahkamah.
  • Akaun bank mangsa telah digunakan oleh pihak ketiga untuk penggubahan wang haram.
  • Kad pengenalan mangsa telah digunakan oleh seseorang untuk membuat pinjaman bank dan kini pinjaman telah mempunyai tunggakan yang banyak.
  • Kad kredit telah digunakan oleh seseorang dan jumlah hutang telah meningkat tinggi.
  • Mangsa telah memenangi cabutan bertuah dan meminta mangsa membayar sejumlah wang untuk membolehkan mangsa menebus cabutan bertuah tersebut.
  • Mangsa membeli pakej pelancongan yang menarik dan hakikatnya pakej tersebut tidak pernah wujud.
  • Memerangkap mangsa melalui email mengatakan pihak bank meminta pelanggan mengemaskini maklumat.

Dalam kes-kes yang melibatkan rasa cemas tentang saman, penggubahan wang haram, mereka membuat penyamaran sebagai seorang pegawai polis. Jika ianya berkaitan dengan institusi kewangan, mereka menyamar sebagai pegawai bank dan pegawai polis. Kegiatan mereka secara berkumpulan kerana panggilan telefon dari seorang pegawai bank akan disambungkan pula ke talian yang disambut oleh seorang pegawai polis. Adakalanya lakonan pegawai SPRM juga termasuk dalam plot cerita bergantung kepada jenis kes rekaan mereka. Lakonan mereka memang boleh diklasifikasikan yang terbaik dan mampu meraih anugerah pelakon terbaik Grammy Awards. Bagi kes penipuan perbankan online pula mereka menggunakan kaedah pengklonan laman web institusi perbankan dan mangsa terjebak kerana menjangkakan mereka memasuki laman web perbankan yang sebenar. Manakala bagi kes membabitkan pakej pelancongan dan cabutan bertuah pula, mereka menyamar sebagai pegawai dari syarikat yang berkaitan dan berusaha memujuk mangsa untuk mempercayai cerita yang mereka sampaikan.

Golongan Yang Menjadi Sasaran Scammer

Ramai yang beranggapan mereka yang tidak mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi akan menjadi mangsa mereka. Manakala golongan berpendidikan bebas dari ancaman scammer. Ini merupakan pandangan yang salah. Mereka juga berjaya memperdaya golongan professional.

Laporan akhbar Sinar Harian membuktikan scammer bukan sahaja menyasarkan golongan biasa seperti suri-rumah sebagai mangsa tetapi mereka juga giat menyasarkan golongan professional sebagai sasaran utama. Mereka mungkin berpendapat dengan taktik penipuan yang sama, mereka dapat mengumpan golongan yang mempunyai banyak wang. Beban kerja yang sama ke atas 2 kategori mangsa yang berbeza, boleh mendatangkan pulangan yang lumayan dari golongan professional.

taktik scammer

SHAH ALAM – Kegiatan Macau Scam atau jenayah penipuan melibatkan kewangan dilihat semakin rancak apabila mereka kini bukan saja menyasarkan golongan ‘biasa-biasa’ seperti suri rumah sebagai mangsa tetapi semakin aktif menjadikan golongan profesional dan berpelajaran tinggi sebagai sasaran utama mereka. Golongan tersebut seolah-olah menjadi sasaran mudah buat mereka walaupun dikategorikan sebagai individu yang pastinya lebih arif tentang maklumat penipuan seperti itu tetapi masih boleh terpedaya dan percaya bulat-bulat tanpa usul periksa. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kegiatan Macau Scam kebanyakannya melibatkan panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), mahkamah, Bank Negara Malaysia (BNM) atau agensi-agensi lain.

Sinar Harian : Sabtu 11 Apr 2020

Bagaimana Mengelakkan Perangkap Scammer

Kaedah yang paling berkesan ialah dengan tidak melayan panggilan dari scammer. Sekiranya mereka mengatakan mereka seorang pegawai polis dan mula membuka cerita rekaan mereka, anda hanya perlu katakan yang anda akan menghubungi pihak polis untuk mendapatkan kepastian. JANGAN sekali-kali menghubungi pihak polis menggunakan nombor telefon yang diberikan oleh mereka. Terus tamatkan perbualan.

Sekiranya mereka adalah pegawai bank, lakukan perkara yang sama seperti di atas dan hubungi talian khidmat pelanggan bank anda untuk pengesahan kes.

Bagi menangani perangkap yang dipasang di email pula, jangan sekali-kali klik pada pautan yang diberikan dalam email tersebut. Anda akan dapat mengetahui samada link yang diberikan adalah palsu. Namun ini memerlukan sedikit pengetahuan IT untuk mengenalpasti pautan tersebut adalah asli ataupun tidak. Untuk lebih selamat, JANGAN KLIK pautan tersebut.

Menyemak Akaun Scammer

Kini telah tersedia kemudahan untuk menyemak samada scammer tersebut telah direkodkan oleh pihak berkuasa dengan memasuki laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM.

pdrm semak scammer

Apa yang ada didalam rekod PDRM adalah berdasarkan apa yang dilapor oleh orangramai. Oleh itu adalah penting untuk mereka yang rasa ditipu oleh scammer untuk tampil membuat laporan polis agar pihak polis dapat melakukan siasatan dan mengemaskini sistem mereka. Ramai mangsa yang agak keberatan untuk membuat laporan polis kerana bagi mereka jumlah kerugian adalah sedikit dan tidak mahu membuang masa ke balai polis untuk membuat laporan dan menghadiri sesi pertemuan dengan pegawai penyiasat.

Mengapa Scammer Berani Mendedahkan Akaun Bank Mereka Bagi Tujuan Pemindahan Wang

Mereka sudah tentunya berani berbuat demikian kerana akaun-akaun tersebut adalah bukan akaun mereka yang sebenar. Itu adalah akaun-akaun keldai yang telah dibuka oleh seseorang setelah menerima ganjaran yang tertentu. Mereka yang sanggup melakukan perkara ini adalah golongan yang dihimpit masalah kewangan dan ada juga yang gelap mata apabila ditawarkan sejumlah wang yang banyak tanpa mengetahui risiko yang bakal ditanggung. Setelah akaun dibuka, mereka akan memberikan id pengguna dan kata-laluan perbankan online dan nombor PIN ATM kepada scammer. Nombor telefon yang digunakan untuk pendaftaran perbankan online di mesin ATM juga adalah nombor telefon keldai. Kad SIMM ini juga akan diserahkan kepada scammer. Sekiranya terjadi kes penipuan yang terkait dengan akaun bank dan nombor telefon scammer, pihak polis akan menjejaki pemilik akaun/telefon yang sebenar.

Kesimpulan

Jangan berkongsi apa-apa maklumat dengan scammer apabila sedang berhadapan dengan mereka yang tidak dikenali. Sebaiknya tamatkan perbualan dan hubungi pihak yang berkenaan yang berkaitan dengan kes yang disebut oleh scammer untuk pengesahan. Sekiranya scammer menghubungi anda melalui email, jangan membalas email tersebut dan jangan klik pada pautan yang diberikan. Buat laporan polis sekiranya anda ditipu atau disyaki ditipu.

Rujukan :

Bacaan Lain Yang Disyorkan :

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.