Cara-cara Belajar Secara Online

belajar secara online

Kaedah pembelajaran secara online bukan lagi menjadi sesuatu yang sukar untuk dilakukan kerana pada hari ini kemudahan internet mudah didapati di mana-mana jua. Baik di bandar-bandar besar, bandar-bandar kecil mahupun di kampong-kampong, kemudahan internet telah tersedia. Paling tidakkan liputan Streamyx pastinya ada di kampong-kampong sekiranya liputan jalur lebar atau broadband belum lagi disediakan. Semua rakyat Malaysia kini berpeluang belajar secara online yang menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit dengan adanya prasarana jalur lebar internet.

Kesan Wabak COVID-19 Terhadap Bidang Pendidikan

Pada ketika artikel ini ditulis, dunia sedang berperang dengan wabak COVID-19 dan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang diancam oleh virus tersebut. Virus yang amat merbahaya itu telah mengorbankan 37 orang dari 2,626 orang yang disahkan dijangkiti. Angka tersebut adalah tepat pada ketika artikel ini ditulis. Dengan kuasa yang ada pada pemerintah, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan. Serentak dengan itu, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, universiti dan kedai-kedai telah diarah menghentikan operasi pada tempoh masa yang ditetapkan.

Apabila ini berlaku, murid-murid sekolah tidak dapat meneruskan pengajian mereka dan komunikasi dengan guru secara nyata telah terputus. Lebih memburukkan keadaan, ada yang akan mengambil peperiksaan besar pada tahun 2020 seperti UPSR, PT3 dan SPM. Terdapat sebilangan guru yang mewujudkan kaedah komunikasi secara online seperti Whatsapp, Telegram, Zoom dan sebagainya. Sebagai tambahan, mereka juga menggunakan Google Drive untuk perkongsian bahan pembelajaran.

Seharusnya ibubapa perlu tahu bahawasanya pihak sekolah tidak dapat menyediakan bahan pembelajaran yang menyeluruh melalui kaedah pembelajaran online ini. Selain dari apa yang dipelajari secara online dengan guru-guru yang terlibat, ibubapa juga perlu mencari bahan-bahan yang sesuai sebagai latihan mempertingkatkan penguasaan anak-anak dalam setiap subjek yang dipelajari.

Cara-cara Belajar Secara Online Mengatasi Kekangan Perintah Kawalan Pergerakan

Melalui medium internet terdapat banyak sumber untuk ibubapa memuat-turun set soalan-soalan peperiksaan ataupun set soalan latih tubi yang berkaitan dengan anak-anak mereka. Ada yang disediakan secara percuma dan ada yang berbayar. Bagi yang berkemampuan, pilihlah yang berbayar kerana susunan topik-topik mereka lebih kemas dan pelanggan boleh berhubung dengan penyedia set soalan-soalan tersebut.

Belajar Tuisyen Online Berbayar

Sistem belajar online berbayar ini kebiasaannya ibubapa mengambil serius kerana mereka telah mengeluarkan sejumlah wang sebagai pelaburan untuk melihat kemenjadian akademik anak-anak mereka. Berikut adalah beberapa laman Web yang menawarkan sistem belajar secara online.

Pencil.my membantu meningkatkan kemahiran akademik pelajar untuk peringkat umur Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi mempersiapkan penguasaan mereka menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Mereka juga ada menawarkan sistem belajar online bagi murid-murid yang akan mengambil peperiksaan PT3 dan SPM.

belajar secara online - pencil.my

Pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan secara online dan ini sudah tentu akan mengurangkan rasa bosan belajar secara luar talian. Fungsi interaktif mampu menggalakkan perkembangan minda pelajar seolah-olah mereka sedang berinteraksi dengan seseorang.

Kadar Bayaran Pencil.my
Sekolah Rendah : RM50 sebulan + RM320 Activation Fee
PT3 : RM70 sebulan + RM320 Activation Fee
SPM : RM90 + RM320 Activation Fee

i-LEARN Ace menggunakan kaedah menghubungkan pelajar, guru dan ibubapa. Pendekatan yang digunakan oleh sistem ini lebih menyeluruh dengan pembabitan ketiga-tiga pihak tersebut.

belaja online - i-LearnAce
Belajar Secara Online : i-LearnAce
i-Learn Ace guru-pelajar-ibubapa
i-LEARN Ace : Menghubungkan Guru-Pelajar-Ibubapa

Modul pengajaran ini merangkumi aspek yang berikut :
• Nota
• Peta Minda
• Penilaian
• Kemajuan
• Ganjaran
• Kamus
• Video Pengajaran
• Applikasi Mudah-Alih
• Tugasan

i-Learn Ace menawarkan pakej-pakej berikut :

Pakej Sekolah Rendah dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
• Bahasa Melayu
• English
• Sains
• Matematik
• Bahasa Cina (untuk SRJKC)

Pakej Menengah Rendah (SMK)
• Bahasa Melayu
• English
• Sains
• Matematik
• Sejarah
• Geografi

Pakej Menengah Atas (SMK)
• Bahasa Melayu
• English
• Sains
• Biologi
• Fizik
• Kimia
• Matematik
• Matematik Tambahan
• Sejarah
• Ekonomi
• Prinsip Perakaunan
• Pendidikan Islam
• Pendidikan Moral

Manakala pelan harga i-LEARN Ace pula adalah seperti berikut :
• Akaun pelajar untuk 180 hari : RM193
• Akaun pelajar untuk 365 hari : RM385
• Akaun guru untuk 365 hari : RM385

Pelajar juga boleh menyertai MindTech Education untuk mendapatkan harga ahli seperti dibawah :
• Akaun pelajar untuk 180 hari : RM175
• Akaun pelajar untuk 365 hari : RM350
• Akaun guru untuk 365 hari : RM350

CMN Academy sebuah syarikat yang menyediakan Prosidur Operasi Standard (Standard Operation Procedure – SOP) kepada tutor-tutor professional. Wawasan syarikat tersebut adalah menyediakan Pembelajaran Berimpak Melalui Teknik Pembelajaran Yang Kreatif dan Berinnovasi.

cmn online tutor

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat ini ialah :

  • Tuisyen di rumah dan tuisyen secara online
  • Penyediaan Modul – antaranya Innovasi Pembelajaran Sains dan Matematik secara kreatif bersama Funtastic.
  • Bengkel Funtastic Matematik Tambahan
  • Simposium Tutor Professional Malaysia
cmn modul funtastic sains matematik

Menariknya syarikat ini begitu komited dalam bidang pendidikan melalui paparan misi seperti berikut :

  • Sentiasa mengutamakan keperluan kepada mereka yang belajar.
  • Menerima masuk mereka yang hebat sebagai tutor dan ahli pasukan CMN.
  • Membangunkan penyelesaian teknikal untuk membantu tutor dan pelajar mereka.
  • Melabur dalam pembangunan pembelajaran untuk warga CMN.
  • Pengurusan projek yang cemerlang.
  • System yang mampu bertahan lagi berkesan dan mendukungi Prosidur Operasi Standard.

Tutor Infiniti sebuah lagi laman Web yang menawarkan beberapa pakej langganan pada harga yang amat kompetitif. Pakej yang berharga RM70 sehingga RM150 amat berpatutan.

tutor infiniti - belajar tuisyen online

Subjek yang disediakan mengikut tahap peperiksaan.
UPSR (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik)
PT3 (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik)
SPM (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah)

tutor infiniti - pakej yang ditawarkan
Contoh-contoh pakej yang ditawarkan

Mengapa Tutor Infiniti?

  • Memahirkan diri dalam menjawab soalan
  • Menganalisis bentuk-bentuk soalan
  • Membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan
  • Mengenal pasti kelemahan diri dalam mata pelajaran
  • Membezakan kehendak soalan
  • Tahu mengurus masa ketika menjawab soalan
  • Meningkatkan keyakinan diri ketika menjawab peperiksaan sebenar

Ringkasan :

Memadai dengan 4 laman Web yang menyediakan platform belajar secara online yang berbayar bagi rujukan anda. Memang ada beberapa laman Web yang lain tetapi melihat kepada tarikh kemaskini laman Web yang terlalu lama menyebabkan hati tertanya-tanya adakah mereka tidak lagi menawarkan perkhidmatan belajar secara online? Kunci kejayaan anak-anak anda banyak bergantung kepada kemudahan-kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh ibubapa dan juga kemahuan pelajar itu sendiri untuk belajar tanpa dipaksa. Ibubapa seharusnya melihat sendiri kemahuan anak-anak dalam mempertingkatkan pencapaian akademik mereka sendiri. Hakikatnya tugasan yang diberi oleh guru-guru di sekolah sudah memadai untuk pelajar mengulangkaji pelajaran mereka. Manakala tuisyen adalah tapak sokongan agar apa yang dipelajari di sekolah dapat difahami dengan jelas.

1 Comment

  1. Pingback: Internet Percuma Semasa PKP - Rentas Minda

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.