Penipuan Maybank2u Online Banking

penipuan online

Kebelakangan ini makin banyak berlaku kes-kes penipuan Maybank2u online banking. Pada pendapat aku, kebanyakan mangsanya adalah terdiri dari mereka yang mudah panik bila berdepan dengan situasi sebegitu. Kunci utamanya ialah tenang membaca email yang diterima dan pastikan ia benar-benar dari pihak Maybank2u.

maybank2u login skrin
Maybank2u Login Screen

Aku dah naik jelak baca umpanan lanun-lanun diluar sana yang memancing untuk aku klik pada link yang dihantar dalam email aku. Entah kenapa tiba-tiba tergerak nak layan satu email yang mengatakan maklumat profail aku tak lengkap. Contoh email seperti imej dibawah. Jom layannnn… penyanyak tu.

maybank2u phishing email

Selepas klik pada link yang tertera pada email, aku dibawa ke laman web si lanun tu, http://dekabist.ru/language/m2uSession/Welcome.html. Kandungan web saling tak tumpah mirip maybank2u online banking tapi URLnya bukan maybank2u. Kalau maybank tentulah http://www.maybank2u.com.my/. Cuba perhatikan betul-betul skrin dibawah dibahagian yang dikotakkan dengan warna merah.

penipuan maybank2u online banking

Tapi aku layan aje sebab nak tahu macammana cara si lanun ni kebas duit mangsanya. Aku pun masukkan id dan password palsu sepertimana kotak warna biru.

maybank2u phishing process id

Tu dia, dia punya hourglass pusing tak ingat dan ambik masa sikit. Aku rasala hourglass dok pusing ligat tu sebab si lanun mungkin ada setkan sesuatu kat dalam laman web mereka untuk menghantar mesej ke telefon mereka yang mengatakan seseorang sedang cuba login ke akaun maybank. Jadi lanun-lanun yang sedang melepak atau sedang tido akan bingkas bangun mengadap komputer.

maybank2u phishing questions
maybank2u phishing confirmation questions

Penipuan Maybank2u Online Banking Tanpa Disedari

Di arah tukar soalan keselamatan la konon, sedangkan lanun-lanun di seberang sana sedang memasuki akaun maybank2u online banking anda dan sedang melakukan transaksi.  Selepas anda menukar soalan keselamatan, sistem kononnya sedang memproses dan menyimpan jawapan-jawapan ke atas soalan-soalan keselamatan yang anda masukkan. Macam betul je proses tu. Jika anda perasan, sistem sebenar Maybank2u online banking akan menghantar nombor keselamatan TAC ke telefon anda jika ianya melibatkan penukaran soalan keselamatan, penukaran alamat email dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa hanya pemilik akaun sahaja yang dibenarkan untuk membuat penukaran maklumat profail diri.

maybank2u phishing tac request

Anda akan dibawa ke skrin TAC seperti gambar di atas selepas proses Verifying Security Questions. Ia nampak seolah-olah proses yang betul dari sistem Maybank2u online banking.

MEREKA SEDANG MENANTI UNTUK ANDA MEMASUKKAN NOMBOR TAC!!!

Ok, apa yang sedang berlaku dibelakang anda? Mereka login menggunakan user id dan password yang anda masukkan. Selepas mereka login ke akaun maybank2u anda, mereka hanya memerlukan nombor TAC untuk melakukan transaksi. Betul tak?

Mereka akan mencuba agar nampak seolah-olah anda sedang menggunakan Maybank2u online banking yang sebenar. Kemungkinan anda akan diminta mengemaskini maklumat email seperti dibawah.

maybank2u phishing email update

Atau anda diminta mengemaskini maklumat imej keselamatan seperti dibawah.

maybank2u phishing security image

Selepas anda mengemaskini mana-mana maklumat yang dipaparkan, skrin meminta nombor TAC akan dipaparkan. Mereka  melakukan transaksi di belakang anda dan maybanku2 menghantar nombor TAC ke telefon bimbit anda. Bila mana anda masukkan nombor TAC pada skrin TAC yang dipaparkan, maka, tu dia, habislah duit anda. Mereka dah dapat TAC dan mereka masukkan pada skrin maybank2u yang sebenar-benarnya yang sedang ditatap oleh mereka.

maybank2u original website

Pastikan anda menggunakan alamat laman web (URL) maybank2u yang rasmi iaitu www.maybank2u.com.my. Jauhilah diri anda dari alamat phishing yang sentiasa menunggu mangsanya. Jadi berhati-hatilah dengan permainan licik si lanun. Pastikan anda sentiasa jeling-jeling pada URL yang tertera.

Atau instal program Antivirus with Internet Security di komputer anda. Program Internet Security terkini mempunyai ciri-ciri menapis laman-laman web tiruan. Aku menggunakan perisian bitDefender. Dulu guna bitDefender selepas tu IOorbit, selepas tu Kaspersky, tetapi sekarang menggunakan bitDefender sebab ianya murah, mudah dan berkeupayaan. Ketiga-tiga antivirus yang pernah aku gunakan tu memang berkeupayaan, tapi dari segi harga dan dari segi mudahnya cara guna, bitDefender mengatasi kedua-duanya. Dulu beli tak lebih RM100, dapat 3 lesen boleh pasang di 3 komputer. Boleh dapatkannya di laman web bitDefender.

Kesimpulan :

Jangan sesekali membuka email dari pihak yang tidak dikenali terutamanya email yang datangnya dari alamat organisasi atau syarikat yang diragukan. Kebanyakan email scammer cuba memperdaya mangsa dengan menggunakan email seperti contoh, maybank_customer_support@thebank.zz. Domain @thebank.zz bukannya domain Maybank2u. Melihat pada ejaannya sahaja sudah jelas menunjukkan bahawa domain tersebut bukannya dipunyai oleh Maybank2u. Apa yang anda perlu lakukan ialah menghapuskan email tersebut atau mengabaikannya sahaja. Sebagai pilihan, pasanglah perisian Antivirus with Internet Security yang mampu mengenalpasti laman-laman web tiruan. Sekian.

3 Comments

  1. Pingback: Apakah Itu TAC (Transaction Authorisation Code)? - Rentas Minda

  2. Pingback: Apakah Taktik Scammer Malaysia - Rentas Minda

  3. Pingback: Cara Transfer Duit Online CIMB - Rentas Minda

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.