Tentu ramai yang ingin tahu bagaimana kita dapat menggunakan medium internet sebagai sumber pendapatan tambahan. Jangan terperanjat jika pendapatan tambahan ini adakalanya diluar jangka jika kita dapat mengusai skop pasaran yang khusus, contohnya “Tips badan langsing dalam masa 7 hari”. Bila dengar aje topik macam ini memang berebutlah orang perempuan ingin tahu. Tapi harus diingat persaingan mengenai masalah kegemukan, duit, penyakit, agak tinggi.
Tips : Berblog biar dari hati, tulis apa yang kita ada kekuatan dalam bidang tersebut. Kalau anda seorang instructor gym, bolehlah tulis cara mengekalkan bentuk badan. Jangan kisahkan berapa pengunjung blog anda. Tulis secara konsisten dan suatu hari nanti akan ada pengunjung setia yang dahagakan tips-tips dari anda.
Ramai yang tidak tahu mengenai cara buat blog percuma. Ada yang beranggapan memiliki blog memerlukan kita menyewa tapak hosting dan domain. Cuma cara ini tidak memungkinkan anda menjual blog anda sekiranya didalam satu userid terdapat beberapa blog. Jika tidak faham tidak mengapa, nanti anda akan faham bila anda sudah memulakan proses membina blog.
Cara Buat Blog Percuma
Langkah 1 : Buka Akaun Google
Buka akaun Google jika anda belum lagi mempunyai akaun tersebut. Disarankan anda buka yang baru walaupun anda telah ada akaun gmail. Ini bertujuan agar nama username nanti lebih mirip kepada fokus pasaran anda nanti. Contoh jika anda berhasrat untuk berblogging tentang niche badan cantik, anda boleh pilih nama-nama seperti anggunmenawan, sihat24jam, sihatmantop. Jika nama-nama seperti itu yang dipilih, anda boleh berblogging mahupun menjual produk-produk kesihatan melalui bisnes online. Faham setakat ini?
Nota : Perhatikan imej yang dibulatkan. “Satu akaun untuk mengakses Google+, Gmail, Youtube, Google Chrome dan sebagainya. Oleh itu pemilihan nama yang sesuai amat perlu. Jangan buka akaun menggunakan gmail akaun sedia-ada kerana kita tidak mahu campur-adukkan email peribadi dan bisnes.
Pergi ke https://accounts.google.com/SignUp untuk membuka akaun Google.
Langkah 2 : Login ke Blogger
Login terlebih dahulu di sini => https://www.blogger.com dan masukkan userid dan password yang digunakan dalam langkah 1.
Buat masa ini, pilih sahaja “Create a limited Blogger profile”. Bila anda mula mahir nanti, anda boleh kembali untuk menukar setting samada mahu dikenali menggunakan platform Google+ Profile ataupun Blogger Profile. Saya tidak menulis dengan terlalu terperinci kerana langkah-langkah yang perlu diambil menerusi skrin telah cukup jelas. Seterusnya anda dikehendaki untuk
Masukkan sahaja nama yang bersesuaian dengan niche yang disasarkan. Jika ingin letak nama sendiri juga tidak menjadi masalah.
Anda telah menghampiri proses terakhir dalam membina blog. Klik “New Blog” dan seterusnya anda akan dikehendaki mengisi maklumat mengenai blog yang akan bina.
Masukkan title blog, pilih nama blog dan pilih template. Untuk pengetahuan anda, title dan template boleh diubah setelah blog dibina tetapi nama blog tidak boleh diubah sama-sekali. Nama blog adalah seperti “sasajadisado.blogspot.com”. Lakukan pemilihan nama blog dengan penuh hati-hati.
Imej di atas menunjukkan blog anda yang telah siap dibina tetapi masih lagi kosong dan mengguna-pakai default setting. Anda perlu mengubah beberapa setting parameter agar bersesuaian dengan blog anda.
Langkah 3 : Ubah Setting
Untuk menjadikan blog anda lebih menarik dan sesuai dengan niche pasaran anda, lakukan yang berikut :
- Template – ubah template mengikut niche. Jika niche tentang pengembaraan, maka, template Travel lebih sesuai.
- Settings -> Basic – masukkan description tentang blog anda
- Settings -> Post and Comments – bahagian ini mengawal berapa artikel yang anda ingin paparkan kepada pembaca. Bolehkah pembaca memasukkan komen di blog anda? Adakah komen perlu diluluskan oleh anda terlebih dahulu sebelum ianya dipaparkan di laman blog anda.
- Settings -> Language and formatting – Anda boleh mengubah format tarikh dan masa yang akan dipaparkan di laman blog anda.
Kebiasaannya, itu sahaja settings yang perlu diubah. Lain-lain settings anda boleh cuba dan lihat apakah yang berubah sebaik sahaja pindaan disimpan di blog. Saya hanya nyatakan settings yang penting-penting sahaja.
Setelah anda mengikuti 3 langkah penting mengenai cara buat blog percuma di atas, anda sudah mula rasa sedikit confident untuk menggodek-godek bahagian-bahagian lain yang terdapat didalam settings blog anda. Jangan takut kerana susunan menu agak teratur memudahkan anda mencari settings yang ingin diubah. Mula lakukan penambahan artikel yang mempunyai isi yang menarik, padat, teratur dan paling penting tiada unsur-unsur menciplak karya orang lain.
Didalam terbitan artikel yang lain, akan saya selitkan bagaimana sebuah blog percuma menjana pendapatan pasif.