Semakan Status Kawalan Imigresen

status kawalan imigresen

Terima kasih kepada perkembangan teknologi makluat yang telah memudahkan kita untuk membuat semakan status kawalan imigresen sebelum kita berhasrat ke luar negara.

Sebelum membuat bayaran deposit kepada syarikat pelancongan yang akan membawa anda ke luar negara, anda disarankan untuk membuat semakan status kawalan imigresen untuk memastikan anda tidak dihalang meninggalkan Malaysia di pintu keluar negara. Ini untuk mengelakkan anda mengalami sebarang kerugian kesan dari sekatan tersebut.

Kecanggihan Dunia IT

Dunia IT pada zaman ini amat canggih di mana setiap data dapat dikongsi di antara setiap entiti yang bersangkut-paut. Tidak seperti zaman dahulu di mana perkongsian maklumat secara serahan fail fizikal yang memerlukan masa untuk dikemaskini oleh pihak jabatan yang menerima maklumat tersebut.

Kebiasaannya perkongsian melalui teknologi maklumat berlaku melalui pindahan maklumat secara pemprosesan berkelompok (batch processing) yang berlaku di malam hari ataupun di awal pagi (selepas 12am). Pemprosesan di malam hari atau di awal pagi dilakukan dengan tujuan mengurangkan kesesakan di sistem komputer. Sistem akan dimatikan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada pengemaskinian berlaku di sistem penerima. Paling minima hanya 3 bentuk data yang diperlukan iaitu nombor kad pengenalan, status halangan dan jenis halangan.

Contoh : nombor kad pengenalan – 310103105885, status halangan – YA, jenis halangan – PTPTN.

Itu adalah sebagai contoh sahaja, kemungkinan terdapat beberapa lagi data yang dikongsikan seperti nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya. Namun dengan 3 bentuk data yang disebutkan tadi sudah memadai untuk sistem imigresen mengenalpasti mereka yang perlu dihalang dari keluar negara.

Bagaimana imigresen tahu siapakah pemilik nombor kad pengenalan tersebut jika hanya nombor kad pengenalan sahaja yang diterima dari sistem PTPTN? Sesebuah sistem komputer boleh menerima data dari pelbagai sumber. Dalam hal ini, sistem komputer imigresen boleh mendapatkan maklumat dari sistem jabatan pendaftaran negara.

Mengapa Saya Dihalang Ke Luar Negara Oleh Imigresen?

Berikut adalah golongan yang akan dihalang keluar negara :

  • Mereka terdiri dari golongan bankrap
  • Mereka yang tidak membayar pinjaman balik wang PTPTN
  • Mereka yang gagal menjelaskan cukai pendapatan LHDN
  • Mereka yang telah mendapat perintah mahkamah menghalang ke luar negara.
  • Mereka yang telah disenarai-hitamkan oleh mana-mana jabatan kerajaan atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimana Menyemak Status Kawalan Imigresen?

Ianya amat mudah untuk dilakukan, hanya dengan pergi ke link Semakan Status Kawalan Imigresen.

status kawalan imigresen

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik “Semak”. Jika rekod anda bersih, sistem akan memaparkan mesej “Tiada Halangan”.

Sekali lagi diingatkan kepada rakyat Malaysia untuk membuat semakan terhadap status mereka di Jabatan Imigresen Malaysia melalui link http://sspi2.imi.gov.my/ untuk memastikan anda benar-benar “bersih” dari rekod yang menghalang anda ke luar negara. Elakkan masalah besar timbul di pintu keluar negara apabila anda dihalang dari menghadiri majlis-majlis penting seperti mesyuarat berkaitan perniagaan di luar negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.