Ciri-ciri Baru Whatsapp Versi 2.16.352

Dengan rekod pengguna Whatsapp yang semakin ramai di seluruh dunia, pihak Whatsapp terpaksa melakukan penambahbaikan ciri-ciri yang terdapat didalam versi yang sebelumnya. Berikut adalah beberapa ciri-ciri baru Whatsapp versi 2.16.352. Baru sebentar tadi Whatsapp saya terkemaskini secara automatik kerana saya mensetkan opsyen auto-update applikasi Whatsapp secara automatik.

Ciri-ciri Baru Whatsapp Versi 2.16.352

Whatsapp Versi 2.16.352

Menampilkan keupayaan melukis atau memasukkan teks dan emoji ke atas foto atau video yang diambil melalui Whatsapp. Anda juga boleh memilih saiz brush atau jenis font.
Didalam sesebuah grup, anda boleh menarik perhatian ahli grup yang tertentu dengan menaip simbol @ dan satu senarai ahli-ahli grup akan dipaparkan untuk anda memilih mereka yang berkenaan. Satu fungsi yang mirip kepada elemen tagging di Facebook. Ahli grup berkenaan akan menerima notifikasi dalam bentuk sound notification walaupun grup berkenaan telah disetkan silent oleh ahli grup berkenaan.
Pentadbir grup boleh menjemput seseorang untuk menyertai grup dengan menghantar link. Untuk berbuat demikian, anda hanya perlu ke Group Info => Add Participants => Invite to group via link.
Barisan emoji yang baru. Emoji akan kelihatan lebih besar di dalam skrin chat Whatsapp.

Setakat itu sahaja ciri-ciri baru Whatsapp versi 2.16.352 yang direkodkan di internet. Sebaik-baiknya anda kekal dalam mod auto-update untuk membolehkan sistem melakukan kemaskini secara automatik bilamana sahaja Whatsapp melancarkan versi terbaru. Kadangkala versi baru juga dilancarkan bersama dengan beberapa unsur pembaikan terhadap kecacatan pada versi sebelum-sebelumnya. Ramai di antara kita yang sebenarnya tidak menyedari kecacatan Whatsapp dalam versi sebelumnya kerana kita tidak pernah menyentuh ciri-ciri tersebut. Hahaha…

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.