Samsung Menarik-balik Model Galaxy Note7

samsung galaxy note7 bermasalah

Gergasi pengeluar telefon bimbit jenama Samsung telah menarik balik model Samsung Galaxy Note7 susulan insiden telefon dari model yang berkenaan telah meletop secara tiba-tiba. Insiden yang berlaku di US itu menjadi tamparan hebat kepada syarikat telefon terkemuka itu yang berpangkalan di Korea Selatan.

Samsung telah mengeluarkan arahan untuk semua pengguna mematikan telefon tersebut dan kembalikan kepada mereka untuk penggantian kepada telefon model Samsung Galaxy S7 Edge.

Bagi penggemar variasi Note sudah tentu ini amat mengecewakan kerana mereka telah biasa menggunakan telefon dalam kelas yang sama sebelum ini. Untuk beralih ke varian yang lain sudah tentu akan menyusahkan mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru.

 

Bagaimana Samsung Galaxy Note7 Boleh Terbakar?
Pada awalnya mereka mengesyaki ianya ada kaitan dengan bateri telefon tersebut. Tindakan dibuat untuk menggunakan bateri dari pembekal yang berbeza. Namun masih lagi terdapat kes telefon tersebut terbakar. Usaha menjadi jalan buntu dan akhirnya Samsung menghentikan pengeluaran Galaxy Note7.

Adakah Kes Ini Mempunyai Kesan Kepada Pengguna Di Malaysia?
Samsung Galaxy Note7 belum lagi dijual di Malaysia akan tetapi terdapat juga pengguna yang membelinya secara online. Dikhabarkan terdapat 4,000 unit telah terjual di Malaysia melalui pratempahan dalam talian (online).

samsung galaxy note7 bermasalah

Image from www.gsmarena.com

Petikan dari akhbar Utusan Malaysia berkaitan penarikan balik telefon model Galaxy Note7 yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Anda juga boleh menghubungi talian 1-800-88-7799 untuk maklumat lanjut.

______________________________________________

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung Malaysia), meminta semua pemilik Samsung Galaxy Note 7 mematikan peranti mereka serta-merta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Menurut Samsung Malaysia, pengguna boleh memulangkan semula telefon berkenaan bagi mendapatkan balik wang mereka atau menukarnya deng­an Samsung Galaxy S7 edge.

Jelas syarikat itu, pemilik Samsung Galaxy Note 7 akan dihubungi bermula esok oleh Unit Khidmat Pelanggan Samsung, pengendali rangkaian mudah alih berkaitan atau rakan peruncit mengenai butiran pemulangan balik wang atau program pertukaran telefon berkenaan.

“Pengguna juga boleh meng­hubungi talian Samsung Malaysia di 1-800-88-7799. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku,” jelas syarikat itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Samsung Malaysia memberi­tahu, Galaxy Note 7 belum dijual di Malaysia tetapi sebanyak 4,000 unit telah terjual melalui jualan pratempahan dalam talian, kebanyakannya dijual oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan rakan kongsi niaganya.

Sebelum ini, Samsung Electronics Co. Ltd. dilaporkan sedang menyelaras jadual pengeluaran model Galaxy Note7 sebagai langkah bagi memastikan kualiti dan keselamatan produknya.

Penggantungan pengeluaran Galaxy Note 7 itu dibuat selepas peranti gantian model berke­naan dilaporkan terbakar.

Samsung memberitahu Reuters, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap laporan mengenai kerosakan berkaitan haba dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi menyelesaikan masalah berkenaan selari dengan langkah yang diluluskan Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna AS.

______________________________________________

Tujuan Samsung menarik-balik model Galaxy Note 7 adalah atas dasar keselamatan pengguna disamping menjaga reputasi mereka sebagai salah seorang pengeluar telefon bimbit terkemuka di dunia. Kisah mengenai Samsung menarik-balik model Galaxy Note7 diperingkat global juga terpapar didada-dada akhbar tempatan walaupun belum ada lagi kes sebegitu dilaporkan oleh pengguna di Malaysia. Anda dinasihatkan untuk mematikan telefon tersebut serta-merta dan membuat penukaran dengan segera. Kebiasaannya pihak pengeluar akan memberikan tempoh yang tertentu untuk pengguna melakukan penukaran dan selepas tempoh tersebut, pihak Samsung tidak lagi bertanggungjawab sekiranya berlaku kes-kes yang tidak diingini yang melibatkan model Samsung Galaxy Note7.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.