Lupa Kata Laluan

Di zaman serba canggih ni, otak kita makin sempit nak menghimpun segala macam maklumat. Serba-serbi kena ingat. Tak tertahan rasanya nak menghafal semua perkara. Bayangkanlah nombor PIN kad ATM bank kena ingat, kata laluan online banking kena ingat, segala macam user id dan katalaluan email yang berderet kalau disusun mahu agaknya berkilometer jauhnya. Simptom lupa kata laluan adalah sesuatu yang lazim di zaman teknologi yang semakin canggih ini.

Cara-cara Penggunaan Keepass

Aku banyak terhutang budi pada pencipta perisian ini, KeyPass. Ingat ye bukan kipas siling atau dinding, tapi  KeyPass. Mungkin agaknya ringkasan dari Key dan Password.

keypass login

Imej diatas adalah skrin login. Antara lain untuk memastikan jika orang lain menggunakan komputer anda, mereka tidak dapat login masuk ke mana-mana laman web yang menggunakan id anda. Lihat saja senarai Website dibawah yang mana agak mustahillah kalau aku tulis kat kertas. Mau demam!!!

keypass password list

Sebaik sahaja masuk, anda akan dapat melihat semua senarai laman web yang telah anda rekodkan didalam KeyPass.  Selepas itu anda hanya perlu pilih laman web mana yang ingin dibuka dengan right-click pada entry yang dipaparkan dan pilih jenis browser yang diingini. Contoh ada ditunjukkan seperti dibawah.

keypass auto launch

Selepas laman web yang dikehendaki terbuka, anda klik ruang login di laman Web tersebut dan toggle kembali ke applikasi KeyPass (tekan kekunci [Alt]+[Tab]). Selepas itu klik “Perform Auto-Type” dan Keypass akan mengisi ruang user id dan password dalam laman Web yang telah terbuka sebelum ini (lihat contoh dibawah). Senang bukan! Selesai sudah penyakit lupa kata laluan dengan penggunaan applikasi kecil ini.

keypass auto fill-in

Sudah tentulah sebelum perkara di atas dapat dilakukan oleh KeyPass, ia memerlukan maklumat seperti user id, katalaluan dan  alamat laman Web (URL). Maklumat ini perlu diisi seperti ditunjukkan dalam imej dibawah. Tak dapatla aku nak tunjukkan secara terperinci berkenaan penggunaan applikasi KeyPass ini kerana cara pemasangannya amat mudah.

Dapatkan applikasi ini di http://keepass.info/

Sebenarnya banyak applikasi yang setara dengan KeyPass ini tapi ini adalah applikasi yang ke-3 yang pernah aku gunakan dan di antara 3 applikasi tersebut, KeyPass adalah yang termudah untuk digunakan dan ianya PERCUMA!!! Masih lupa kata laluan anda, katakan TIDAK dengan download applikasi tersebut di sini.

keepassdroid for smartphone

Untuk versi smartphone android, applikasi ini dikenali sebagai KeePassDroid. Setakat ini memang ramai yang memberikan feedback yang positif tentang applikasi ini.

Ringkasan :

Secara amnya memang applikasi ini amat memudahkan kerja-kerja seseorang yang memiliki puluhan laman Web yang ingin diselenggara. Amat menyusahkan sekiranya setiap user id dan password disimpan di cebisan kertas dan terpaksa merujuk kepada rekod simpanan untuk memasuki laman Web mereka. Keadaan menjadi lebih buruk sekiranya rekod simpanan user id dan password hilang dari simpanan. Keepass adalah selamat digunakan kerana ia juga memerlukan user id dan password untuk memasuki applikasi tersebut. Ini bertujuan memelihara keselamatan maklumat user id dan password anda sekiranya komputer anda digunakan oleh orang lain. Namun begitu rekod-rekod berkaitan perbankan online adalah dinasihatkan untuk tidak disimpan didalam Keepass.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.