Mengapa Facebook Sanggup Membeli Whatsapp Pada Harga USD19.6 Billion?

facebook video

Pernahkah anda mengalami situasi dimana anda memohon pekerjaan dengan sebuah syarikat tetapi syarikat tersebut menolak permohonan anda. Setelah itu anda mereka-cipta satu alat yang hebat dan menjadi popular seluruh dunia. Seterusnya selang beberapa ketika, syarikat tersebut membeli hak cipta rekaan anda dan anda menjualnya kepada syarikat tersebut.

Inilah yang terjadi kepada Brian Acton dan Jan Koum. Mereka pernah memohon untuk bekerja dengan syarikat Facebook tetapi malangnya permohonan mereka tidak berjaya. Pada tahun 2009, dua sahabat yang merupakan bekas pekerja Yahoo! telah mengasaskan syarikat Whatsapp Inc. Bermula dari detik itu mereka berjaya mencipta platform media sosial Whatsapp yang terus bersinar menjadi salah satu applikasi perbualan yang popular untuk kegunaan telefon pintar.

whatsapp version 2.19.175
Applikasi Whatsapp

Pada Februari 2014, Facebook mengumumkan rancangan mereka untuk membeli Whatsapp dan nilai harga yang diletakkan oleh Whatsapp Inc. ialah sebanyak USD16 billion yang mana USD4 billion dalam bentuk tunai dan bakinya USD12 billion dalam bentuk saham Facebook. Facebook bersetuju membayar USD19.6 billion sebagai pampasan untuk pekerja Whatsapp diserapkan ke dalam syarikat Facebook.

Mengapa Facebook Sanggup Berhabisan Untuk Whatsapp?

Hasil (USD) yang diperolehi oleh Whatsapp adalah sangat kecil berbanding Facebook. Perbandingannya adalah hasil Whatsapp cuma 10% dari apa yang diperolehi oleh Facebook. Namun begitu, Whatsapp Inc. merupakan syarikat yang berkembang maju berdasarkan kepada jumlah pengguna yang menggunakan applikasinya di seluruh dunia. Ia meninggalkan FB Messenger, sebuah applikasi perbualan yang dihasilkan oleh Facebook. Dalam masa 4 tahun sejak pelancarannya Whatsapp berjaya mengumpul 419 juta pengguna, manakala Facebook hanya berjaya mengumpul 145 juta pengguna untuk tempoh 4 tahun. Jauh ketinggalan berbanding Whatsapp.Jadi amat jelas Facebook membeli Whatsapp disebabkan pertambahan pengguna yang terus meningkat secara drastik bukannya atas dasar nilai hasil yang diperolehi syarikat.

whatsapp key statistics
Sumber Imej : www.linkedin.com

Mengikut sebuah tulisan dari BuzzFeedNews.com kadar penghantaran mesej oleh Whatsapp dalam sehari adalah sebanyak 8.2 billion berbanding 3.5 billion oleh Facebook Messenger.

jumlah mesej whatsapp dan messenger
Perbandingan Jumlah Penghantaran Mesej Whatsapp dan FB Messenger

Data Policy
This policy describes the information we process to support Facebook, Instagram, Messenger and other products and features offered by Facebook (Facebook Products or Products). You can find additional tools and information in the Facebook Settings and Instagram Settings.

Pepatah mengatakan Information is King. Itulah yang menjadi kunci mengapa Facebook membeli Whatsapp kerana untuk bersaing di masa depan, sumber maklumat amat penting kepada Facebook untuk merencana strategi pengiklanan yang berkesan dalam skop yang lebih luas. Setiap perkongsian lokasi didalam applikasi Whatsapp sebagai contoh sedang berada di restoran, diketahui oleh Facebook. Ini bukan satu kesalahan kerana telah dicatat dalam Data Policy Facebook yang telah pun dipersetujui oleh pengguna. Melalui maklumat yang sebegini, Facebook dapat mengenalpasti apakah bentuk iklan yang bersesuaian dengan minat seseorang.

Kesimpulan :

Jelas sekali Facebook tidak memandang pada keuntungan yang dijana oleh Whatsapp Inc. tetapi Mark Zuckerberg melihat dari sudut populariti Whatsapp, jumlah pengguna, kadar penggunaan Whatsapp yang tinggi dalam sehari dan trafik perkongsian imej, video, mesej suara yang tinggi dalam sehari. Pada ketika Mark Zuckerberg membeli Whatsapp, beliau telah menjangkakan Whatsapp akan menjadi medium komunikasi yang akan menggantikan populariti SMS (Short Messaging System) yang dikendalikan oleh syarikat operator telefon. Ini memang benar-benar berlaku pada hari ini. Samada anda menyedari atau tidak, syarikat telekomunikasi kini mengalih strategi pelan pemasaran mereka dengan menawarkan panggilan percuma ke semua operator domestik dan mengenakan bayaran pada pakej data internet. Mereka tahu bahawa ketika ini amat kurang pengguna telefon menggunakan perkhidmatan suara konvensyenal. Ramai yang menggunakan mesej suara dan mesej bertaip (teks). Sekian.

Rujukan :

1 Comment

  1. Pingback: Privacy Policy Whatsapp Terbaru 2021 Yang Mengelirukan - Rentas Minda

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.