Jika kita telah mempunyai nama domain, maka, langkah selanjutnya ialah dengan membeli web hosting untuk menempatkan kandungan laman web anda. Web hosting ini bolehlah diumpamakan sebagai tapak kedai yang anda sewa dari pemilik kedai. Dalam hal ini pemilik kedai adalah syarikat-syarikat hosting yang menawarkan pakej-pakej sewaan bergantung kepada keperluan pemilik sesebuah perniagaan (pemilik domain).
Lebih besar saiz hosting bermakna lebih besar ruang penyimpanan fail-fail yang mampu dimuatkan. Ibarat sebuah kedai besar yang mampu memuatkan banyak peralatan dan produk yang ingin dijual. Konsep pengertian web hosting adalah sama dengan konsep ruang sebuah kedai yang disewa.
Namaun demikian bagi sesebuah syarikat yang besar ataupun syarikat-syarikat yang perlu menyimpan data sulit mengenai seseorang; mereka akan mempunyai kemudahan web hosting mereka sendiri, contohnya syarikat perbankan. Bank mempunyai web hosting mereka sendiri yang ditadbir oleh kakitangan teknologi maklumat bertujuan menjamin tiada kebocoran maklumat kepada pihak ketiga. Sistem hosting yang dibangunkan oleh pihak bank mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dengan perlaksanaan sistem firewall. Didalam artikel yang lain saya akan menerangkan apakah itu firewall.
Bagi syarikat-syarikat kecil yang tidak memerlukan penyimpanan data-data sulit syarikat mahupun pelanggan, mereka akan menggunakan khidmat syarikat hosting.
Antara syarikat hosting tempatan yang menyediakan perkhidmatan yang terbaik adalah :
Terdapat banyak syarikat hosting antarabangsa dan antara yang popular adalah syarikat hosting Hostgator. Saya berpendapat sekiranya kita memilih syarikat luar negara mempunyai banyak kelebihan dari segi support. Kebiasaannya saya memperuntukkan masa yang banyak disebelah malam dan perbezaan timezone amat penting. Sewaktu kita malam, mereka berada di siang hari, maka, mudah bagi kita berkomunikasi dengan mereka dalam hal-hal yang berkaitan teknikal. Sekiranya sasaran pengunjung laman web adalah dari USA, maka, hostgator amat bersesuaian kerana server mereka berada di USA.
Jarak server dan maklumat geografi sasaran pengunjung laman web amat penting dalam menjamin kelajuan sesebuah laman web. Sudah tentu kita tidak mahu masa yang terlalu lama diambil oleh komputer untuk menukar setiap mukasurat di sesebuah laman web. Perkara ini bergantung kepada jarak hosting server dengan komputer pengunjung laman web.
Secara purata, kadar bayaran yang dikenakan adalah serendah RM60 yang meliputi kos pembelian nama domain dan hosting. Kos tidaklah semahal manapun berbanding dengan pulangan yang diterima samada berbentuk wang ataupun populariti. Ingat! Laman web mesti popular untuk menjana pulangan wang yang baik.
Bacaan yang disyorkan => http://rentashidup.com/dunia-it/apa-itu-nama-domain