Kerapkali kita melihat kemunculan laman-laman Web baru yang mempromosikan produk mereka samada produk berbentuk barangan ataupun perkhidmatan. Tidak kurang juga segelintir yang sekadar suka-suka mengisi masa lapang dengan menjadi Webmaster sesebuah laman ataupun Administrator sesebuah blog atau forum.
Secara ringkasnya nama domain boleh diumpamakan sebagai sebuah nama kedai yang kebiasaannya terpahat di pintu masuk utama sesebuah tapak kedai. “Restoran Bujang Lapok Maju Kari Kepala Ikan” adalah contoh sebuah nama kedai. Perkataan “Maju” adalah perkataan yang sering diguna-pakai oleh restoran-restoran mamak. Agaknya dengan mengambil berkat dari orangramai yang senantiasa menyebut “maju” dalam merujuk kedai tersebut, maka, semakin majulah restoran tersebut. Dah melalut-lalut pulak cerita pasal kedai mamak.
Ok, tarik nafas dalam-dalam dan sambung coretan….
Contoh-contoh nama domain seperti www.maybank2u.com atau www.bharian.com.my atau www.google.com.my di atas begitu sinonim dengan kita. Ada nama domain yang panjang tetapi lazimnya mereka mendaftarkan nama domain yang lebih pendek supaya mudah diingati. Kategori nama-nama domain juga sering berhubung-kait dengan kandungan domain. Contohnya .com merujuk kepada laman web commercial, .info merujuk kepada laman web information dan sebagainya. Namun jika diperhatikan pada hari ini, kategori laman web tidak lagi mencerminkan kandungan laman web itu sendiri. Pemilik laman web lebih cenderung memilih .com, kerana perkataan .com itu sendiri sentiasa bermain di fikiran pengguna apabila mereka menaip alamat sesebuah laman web di bahagian URL.
Nama domain sahaja tidak memadai untuk membentuk sesebuah laman web. Ianya ibarat sebuah perniagaan yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia tetapi tidak mempunyai kedai untuk menempatkan sesebuah produk. Oleh itu nama domain amat berkait rapat dengan hosting. Apa itu hosting?
Pingback: Apa Itu Web Hosting? | Rentas Minda