Kadang-kadang benda-benda baru dalam Whatsapp tak pernah pun orang nak ambik tahu. Kita tahu baca, taip reply pastu hantar. Simple je. Tapi perlu jugak ambil tahu kalau ada yang penting.
Baru-baru ni Whatsapp dah boleh tag nama ahli grup. Caranya mudah aje, cuma taipkan simbol @ diikuti oleh nama ahli grup.
Sepertimana imej di atas, anda cuma perlu taip @ diikuti nama ahli grup seperti contoh yang dibulatkan dengan warna merah. Kalau tahu ejaan, teruskan aje menaip nama. Setelah keluar senarai, pilihlah orang yang dikehendaki.
Contoh @Razman bila nak belanja aku ha?
Sejak Whatsapp dibeli oleh Facebook, terus je si Mark Zuckerberg berfikir nak masukkan ciri-ciri Facebook dalam applikasi Whatsapp ni.
Sekali pandang ciri-ciri ini macam tiada keistimewaannya sebab tiada notifikasi yang keluar pun di handphone bila nama kita ditagkan. Ada la sikit istimewanya, buat permulaan kira ok la. Kebanyakan orang sekarang jadi member dalam banyak grup. Sampai tak larat nak baca semua mesej. Ada yang secara tiba-tiba bila bangun pagi je dah dimasukkan dalam grup tertentu. Penyudahnya banyak grup yang kita mute kan. Kalau tak mute memang tak boleh tidur dengar bunyi notifikasi mesej baru yang masuk dalam inbox grup.
Dengan melakukan tagging pada orang tertentu, akan menyebabkan Whatsapp membunyikan notifikasi bagi grup yang dalam kondisi mute.
Setakat itu aje kelebihan Whatsapp versi terbaru ini. Mungkin di masa depan, Whatsapp mampu menyenaraikan mesej yang telah ditagkan dengan nama seseorang dalam grup tersebut. Maksudnya begini, bila masuk sahaja dalam grup, ada satu menu kat atas tu yang boleh menyenaraikan mesej yang telah ditagkan dengan nama individu tersebut. Jadi tak perlu lah nak scroll mencari mesej tersebut. Faham. Tak faham takpe, tunggu hingga benda ni jadi realiti. Tak susah pun kalau si Mark tu nak buat.