Penipuan Dalam Internet

bnm phishing terima fund luar negara

Lama dah tak jengok email, naik berhabuk dah email.

Zaman sekarang, email personal memang dah tak popular sejak smartphone memasuki pasaran. Ditambah pula dengan keupayaan internet yang semakin canggih kelajuannya, menjadikan smartphone sebagai peranti perhubungan yang popular. Hanya perlu instal applikasi komunikasi tertentu seperti Whatsapp, Telegram, Wechat, Facebook Messenger dan sebagainya. Senarai ini hanyalah sebilangan kecil applikasi komunikasi yang sering ada dalam telefon pintar seseorang. Tambahan pula tiada kos yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya. Pengguna hanya perlu membeli kuota data internet yang dirasakan cukup untuk kegunaan mereka selama sebulan. Jika pengguna memasuki kawasan liputan Wifi, maka, tiada langsung pengurangan terhadap baki pakej data tersebut.

Penipuan Dalam Internet Semakin Membimbangkan

Kebiasaannya kotak spam akan penuh dengan email spam yang dihantar oleh mereka yang ingin mempromosikan produk mereka. Tidak kurang juga penyangak online banking yang cuba memancing pengguna yang kurang berpengetahuan tentang internet. Mereka menggunakan strategi phishing yang ringkasnya menyalin laman web sebenar dan menghantar link laman web palsu tersebut kepada kumpulan sasaran mereka.

Sebagai contoh, ini adalah email spam yang masuk ke kotak spam saya. Sekali pandang memang teruja kerana adanya transaksi yang telah masuk ke akaun bank saya samada secara sengaja atau tidak sengaja. Ibarat kena loteri bila dapat email yang sebegini.

bnm phishing terima fund luar negara

Jika anda turut dapat email yang sebegini dan anda sedang membaca posting saya ini, maka, anda dikira amat bernasib baik kerana saya ingin tunjukkan apakah kesudahannya sandiwara penipuan dalam internet ini. Rujuk pada imej di atas. Pertama sekali saya cuba Google kata kunci “KsemjGMs.pdf”. Mana lah tahu jika telah ada insan yang telah menyelidik fail tersebut. Hasil carian adalah “Your search – KsemjGMs.pdf – did not match any documents.” Itu adalah mesej dari tuan Google.

Email tersebut dihantar oleh seseorang dari Bank Negara berdasarkan alamat email adalah nigel.taylor@bnm.gov.my. Mungkin betul, mungkin tidak kerana mungkin juga ada insan yang bernama Nigel Taylor bekerja di Bank Negara.

Saya cuba melayan email ini dengan membuka fail KsemjGMs.pdf dan isinya adalah seperti imej dibawah.

bnm phishing terima fund

Saya memang amat berhati-hati jika mengesyakki email yang masuk ke kotak email saya adalah kumpulan email penyanyak. Lihat pada pautan luar ke atas pautan “Proceed”. Jelas menunjukkan pautan itu bukannya ke laman web Bank Negara, sebaliknya ke lazzarottoroberto.it/components/com_media/

Saya juga membuat carian di Google.com berkaitan “lazzarottoroberto.it” dan hasilnya adalah seperti imej dibawah.

bnm phishing terima fund

Ooo…wujud laman web sepertimana pautan yang diberi. Apa motifnya? Saya cuba masuk ke laman web tersebut tetapi tidak berjaya. Rujuk imej dibawah. Sambungan diresetkan setiap kali cuba memasuki laman web ini.

sambungan internet tidak berjaya

Saya telah cuba beberapa kali di waktu yang berbeza dan hasilnya tetap sama seperti imej di atas. Kemungkinan kesan dari peningkatan mendadak trafik mengarah ke laman web tersebut lalu mengakibatkan ia kehabisan kuota bulanan. Setiap hosting mempunyai had kuota bulanan berdasarkan kepada pakej yang disewa oleh mereka. Tidak diketahui mengapakah laman web tersebut bermasaalah.

Kes-kes penipuan dalam internet ini banyak tujuannya, ada yang meminta menghubungi nombor yang tertera didalam email yang anda terima. Ada juga yang membuat phishing ke atas laman web sesebuah bank. Ingin tahu bagaimana duit anda didalam akaun bank dikebas oleh penyangak internet? Maklumatnya ada di posting penipuan Maybank2u online banking.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.