Saingan produk-produk telefon bimbit amat sengit sekali. Perang kepelbagaian fungsi dalam setiap model baru jenama telefon bimbit tidak akan ada kesudahannya. Artikel ini lebih menjuruskan kepada aspek imej, keselamatan dan kelajuan pemprosesan. Aspek-aspek ini merupakan kunci utama dalam pemilihan sesebuah telefon pintar oleh pengguna. Ini kerana di zaman populariti media sosial, setiap pengguna gemar mengambil gambar dan memuat-naik imej ke laman-laman sembang seperti Whatsapp, Telegram, Facebook, Instagram dan sebagainya.
Perhatikan imej yang diambil dari Huawei Mate 30 Pro, menakjubkan sungguh, gambar yang jelas di atas keseluruhan paparan skrin.
Tidak cukup dengan itu, objek yang jauh dapat difokuskan dengan teknologi zoom sehingga 30x Digital Zoom. Huh, tak payah berebut ke depan untuk mengambil gambar, berdiri je di belakang sambil rileks-rileks terus snap gambar. Dengan syarat korang cukup tinggi la.
Tak pandai ambik gambar tak mengapa kerana Huawei Mate 30 Pro boleh kasi adjust gambar nampak lebih anggun. Kalau dulu ambik gambar bini pun hasilnya dah macam ambik gambar nenek, kali ni ambik gambar nenek dan rupa macam anak dara ala-ala retis gitu. Itu semua dihasilkan melalui teknologi AI HDR dan ciri-ciri AI Segmentation. Ringkasnya, telefon ini menganalisa imej dengan teliti dan melakukan segmentasi kepada beberapa bahagian untuk menghasilkan kualiti imej ditahap optimum.
Dikuasakan oleh pemproses Kirin 990 yang mensasarkan pemproses berkelajuan tinggi, kadar keterlambatan data yang rendah dan kekuatan memproses imej yang tinggi. Itu semua adalah ciri-ciri yang ada pada pemproses Kirin 990.
Berkenaan dengan bateri pula, jangan bimbang, dengan kuasa 4200mAh mampu memberikan tahap penggunaan telefon sehari penuh. Salah satu sebab mengapa ianya mampu bertahan lama ialah penggunaan pemproses Kirin yang menggunakan kuasa secara efisyen dan ia juga mempunyai sistem kepintaran pengurusan kuasa. Disamping itu, tempoh masa mengecas semula telefon ini amat singkat sekali.
Lebih menarik lagi, Huawei Mate 30 Pro menyediakan kemudahan Multi-screen Collaboration yang bermaksud anda boleh menjadikan telefon ini sebagai pasangan kepada komputer anda. Apabila ini berlaku, apa yang terpapar di skrin telefon akan dapat juga dilihat di skrin komputer.
Kesimpulan : Pada harga sekitar RM3900 bergantung kepada saiz kapasiti storage, sudah cukup menimbulkan rasa ngeri untuk memilikinya. Akan tetapi ciri-ciri yang terdapat pada telefon ini sudah mampu untuk melenyapkan rasa ngeri tersebut. Ianya sebuah telefon pintar yang mampu memuaskan hati pengguna yang gemarkan aktiviti mengambil gambar dan video.