Android dan Open Handset Alliance

new android logo

Tahukah anda bahawa pada peringkat asalnya Andriod bukanlah dibangunkan untuk sistem pengoperasian telefon secara menyeluruh. Ianya dirancang sekadar untuk telefon pintar yang tahu lokasi pemilik telefon dan kegemaran pemilik telefon tersebut. Fungsinya amt terhad sekali. Pada tahun 2013 ketika Rubin berucap di Tokyo, beliau mengatakan bahawa Android pada awalnya bertujuan untuk memajukan sistem pengoperasian kamera digital. Dengan teknologi tersebut, kamera dapat berhubung secara tanpa kabel dengan komputer dan komputer seterusnya berupaya melakukan pemindahan gambar yang diambil ke Andriod Datacenter. Secara kebetulan berlaku penurunan dalam pasaran kamera digital dan mereka sedar pasaran telefon pintar lebih terbuka luas. Bertitik-tolak dari situlah mereka secara serius membangunkan sistem pengoperasian Android untuk telefon pintar.

Dengan platform yang sama, dengan sistem pengoperasian yang sama untuk kamera digital, akhirnya menjadi Andriod untuk telefon bimbit.

android dan open handset alliance
Android Versi 10

Rich Miner, Nick Sears, Chris White, Andy Rubin pengasas Andriod?

Ya, mereka itulah pengasas sistem pengoperasian Android. Pada tahun 2003 bulan Oktober dan juga pada ketika telefon pintar belum dilahirkan lagi, sebuah syarikat telah ditubuhkan di Palo Alto, California, Amerika Syarikat. Syarikat tersebut diberikan nama Andriod Inc. Selang beberapa tahun sahaja, populariti Andriod telah membayangi sistem pengoperasian yang lain seperti Symbian, BlackBerry, Palm OS, webOS dan Windows Phone.

Google Inc menyedari akan potensi besar sistem pengoperasian Android ini dan mereka bertindak pantas membeli Android Inc. Andy Rubin dan beberapa pengasas yang lain masih terus bekerja dibawah majikan yang baru. Andy Rubin juga dilantik sebagai ketua pasukan Andriod sehingga 2013. Pada penghujung tahun 2014 Andy Rubin secara rasminya meninggalkan Google Inc. Google pula secara agresif meneruskan pembangunan sistem Android.

Open Handset Alliance

Sebelum Andriod menjadi popular, pada November 2007, Andriod mewar-warkan akan teknologi baru ini dan mereka menubuhkan Open Handset Alliance. Satu gabungan yang terdiri dari nama-nama besar dalam dunia teknologi maklumat. Jika diterjemah secara langsung Open Handset Alliance adalah Persekutuan Telefon Bimbit Terbuka. Antara lain, gabungan ini diwujudkan dengan tujuan untuk merangka strategi yang realistik bagi memastikan wawasan yang telah dipersetujui menjadi satu realiti. Ia adalah gab‌ungan 84 syarikat telefon dan syarikat berasaskan teknologi.

open handset alliance
Open Handset Alliance

Dianggarkan penggunaan telefon di dunia sekitar 3 billion. Wow! Satu angka yang cukup besar untuk diterokai oleh syarikat-syarikat dalam memasarkan produk-produk mereka. Justeru Open Handset Alliance ditubuhkan untuk membolehkan ahli gabungan berkongsi idea dalam memastikan perubahan teknologi telefon bimbit sentiasa berkembang. Antara matlamat mereka ialah pembangunan sebuah Sistem Terbuka, yang lengkap dan yang boleh digunakan oleh mana-mana platform untuk sebarang peranti pintar. Peranti pintar di sini bermaksud telefon bimbit, tablet, jam tangan, televisyen, radio dan yang seangkatan dengannya.

Apabila kita menyebut tentang sebuah Sistem Terbuka (Open System) ianya bermaksud penggunaannya diberikan secara percuma. Tiada sebarang bayaran dikenakan, cuma peranti sahaja yang perlu dibeli oleh pengguna.

Kesimpulan

Tahniah kepada pengasas-pengasas Android yang telah menjadikan telefon pintar berasaskan sistem operasi Andriod berada dalam kelompok barang keperluan pengguna yang mampu dimiliki oleh semua orang. Ini kerana Android diletakkan dalam kategori Sistem Terbuka dan ianya dapat mengurangkan harga sesebuah telefon pintar tanpa meminggirkan fungsi-fungsi hebat yang diilhamkan oleh ahli-ahli gabungan Open Handset Alliance. Disamping itu, keistimewaan Sistem Terbuka ini banyak membantu ahli gabungan Open Handset Alliance menyesuaikan produk-produk baru mereka dengan versi terbaru Android yang dibangunkan melalui proses penyesuaian (customization).

Rujukan :

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.