Keistimewaan Microsoft Lumia 950

Lumia 950 Continuum

Persaingan dalam dunia telefon mudah-alih semakin sengit di antara gergasi-gergasi pengeluar smartphone seperti Samsung dan Apple. Tidak ketinggalan Microsoft cuba mengekori rapat pesaingnya dengan mengeluarkan telefon pintar Microsoft Lumia 950.

Antara lain keistimewaan Microsoft Lumia 950 yang menggunakan sistem operasi Windows 10 ini adalah; keupayaan melakukan proses penyeragaman dokumen di antara telefon dan komputer melalui Windows Store. Ciri-ciri asas penyeragaman dokumen adalah mirip kepada Dropbox. Baca artikel berkaitan Dropbox di Kerja Di Mana-mana. Aku sekarang menggunakan Dropbox bagi pemindahan fail dari handphone ke desktop computer aku. Senang, main campak-campak aje.

microsoft lumia 950

Dikuasakan oleh :

Qualcomm® Snapdragon™ 808. The latest generation hexa-core processor.

Keupayaan Dan Tempoh Mengecas Bateri :
3000 mAh / USB-C Fast Charging
Get up to 50% capacity with just 30 minutes of charging. *
Memori : 32 Gb
RAM : 3 GB
Battery Standby Time : 11 days
Juga menampilkan keupayaan mengecas secara wireless.
Dari segi paparan skrin, ia menggunakan Quad HD yang bermaksud saiz pixel berskala besar iaitu 2560 X 1440. Bila bercakap tentang pixel ini, ia merujuk kepada skala per inci – 564 pixels. Cara mengira pixels per inci tidaklah sesukar mana cuma perlukan sedikit ilmu matematik. Manakala skrinnya adalah dari jenis tahan calar. Ingat ye, ada bezanya di antara tahan calar (scratch resistant) dan kalis calar (scratch proof). Kalis calar bermaksud tak calar langsung, macam baju kalis peluru.
Rasa ingin berselfie tanpa batasan, tak jadi masalah. Seringkali terdapat rungutan penggemar selfie mengenai masalah kabur apabila objek sedikit bergoyang. Ini tidak berlaku kepada Microsoft Lumia 950 di mana ia dilengkapi dengan Rich Capture – triple LED flash semulajadi dan sensor 20Megapixels yang bertindak menghapuskan kekaburan apabila objek bergerak.
Windows Hello Beta
Apa ni? Memang best feature ni. Satu cara untuk unlock Lumia 950 dengan siri pengecaman imej muka owner. Dengan kamera infra-red yang terbina di telefon ini, ia dapat mengenali dan mengesahkan bahawa anda lah orang yang berhak menggunakan phone tersebut.
Windows Continuum
Lagi satu bunyi macam pelik je. Sambungkan aje ke display dock dan tu dia, anda dah boleh guna Word, Excel sama seperti anda menggunakan laptop.
Lumia 950 Continuum
Lain-lain spesifikasi adalah lebih kurang sama dengan jenama phone lain seperti GPS, Bluetooth dan sebagainya yang tak perlulah aku nyatakan di sini. Cukuplah kita ambil mana yang nampak hebat sahaja. Keistimewaan Microsoft Lumia 950 ini mungkin dapat menarik minat pengguna untuk memilikinya kerana penggunaan Android smartphone masih lagi nampak dominan. Ramai juga yang mungkin ragu-ragu mendapatkan apps yang terbaik dari Windows Store.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.